Tag Archives: Merentas Sempadan – Dari Amsterdam ke Antwerp

Merentas Sempadan – Dari Amsterdam ke Antwerp, Belgium

Assallammualaikum semua.. Salam kasih sayang di hari Jumaat yang mulia ini! Selamat berhujung minggu dengan orang2 yang tersayang & semoga segala urusan anda dipermudahkan oleh Allah 🙂

Hari ni saya nak sambung tentang pengalaman berada di Amsterdam & Belgium.. Kita tinggalkan Amsterdam dahulu sebab saya dah cerita 90% tempat menarik yang saya lawati di Amsterdam, so hari ni kita merentas sempadan menuju je Belgium.

Kami berangkat ke Belgium pada 20/05/2013 dengan menaiki train.. Destinasi pertama ialah Antwerp.. Ramai orang tak tau apa la tempat nama Antwerp ni sebab kalau sebut Belgium, orang akan ingat Brussels aje.. Saya pun macam tu jugak, sehinggalah saya buat research pasal Belgium.. Walaupun ia negara yang kecil, bayak tempat2 menarik & cantik untuk dilawati.  Ok jap lagi saya cerita pasal Antwerp ye..

Perjalanan dari Amsterdam mengambil masa lebih kurang 2 jam+++.  Kami menaiki train dari Schipol ke Roosendaal, dari sana bertukar train pula ke Antwerpen Centrale.  Anda juga boleh menaiki train terus dari Schipol ke Antwerp tapi kos agak mahal, maka golongan berbudget rendah cam kami ni memilih untuk naik train tukar2 aje la.. Kalau anda naik interchange trains, ada 2 option mengikut waktu train berlepas.. No 1) bertukar di Rotterdam Centrale terus ke Antwerp atau 2) bertukar di Roosendaal.  Petugas di kaunter akan print untuk anda jadual perlepasan train, dan platform untuk anda mengambil train tersebut.  Kalau dah tertulis di jadual yang train akan berlepas jam 14.02, sila jangan terhegeh2 sebab tepat jam 14.02, train akan berlepas ye..  Kos train untuk SEORANG ke Antwerpen Centrale dari Schipol ialah 24.60Euro (RM98.40). 

Masa tiba kat Roosendaal tu, kami agak terkejut gak la sebab stesen tu macam tak berfungsi je.. takder orang pun kecuali kami dengan beberapa orang penumpang dari Amsterdam yang nak ke Antwerp jugak.. Risau gak kot tersalah tempat kan.. Pastu tengok train dia pun cam buruk aje, lagik la kecut2 perut.. haha.. Tapi tengok kat papan tanda tulis Antwerpen Centrale, kami naik aje la.. Tawaqal je la kan..

Roosendaal To Antwerpen Centrale 2 Roosendaal To Antwerpen Centrale View Alon the way from Roosendaal To Antwerpen Centrale 2

View Alon the way from Roosendaal To Antwerpen Centrale Inside Train from Roosendaal To Antwerpen Centrale Inside of the Train From Roosendaal To Antwerpen Centrale

 

Lebih kurang setengah jam camtu, kami pun sampai kat Antwerpen Centrale.. Masya-Allah, cantik betul tempat ni.. Tak percaya tempat ni stesen keretapi tau! Terlalu cantik!! Kami terus carik tourist centre untuk tanya arah ke hotel.. Kami dah book Astoria Hotel melalui booking.com dengan harga 80Euro satu malam.. jarak dari Centrale ke hotel ialah lebih kurang 15 minit perjalanan.. Hotel ni terletak di bahagian belakang, nasib baik orang2 Antwerp ni sangatla baik, diorang siap tunjukkan jalan ke hotel..

 

Check in sekejap je, dalam 5 minit camtu.. kami dapat bilik kat tingkat 4, betul2 depan lif.. Masa ni hujan dah mula turun.. So terus naik.. mandi & solat.. Pastu terus makan magee sebab dah lapau sangat! huhu.. Selesa la hotel ni, ada bath tub, cerek air panas, so senang la nak buat air semua kan.. WiFi pun free. pastu ada balkoni.. tapi sebab ujan, tak dapat la nak posing2 kat balkoni.. Kami tunggu punya tunggu, ujan masih turun lagik.. pastu dalam pukul 7.00 camtu gerimis aje.. saya cakap ka hubby, kalau tunggu lagik ni, takut ujan lagi.. so kami ambik keputusan nak redah je.. Esok dah nak check out untuk ke Ghent pulak, so memang tak banyak masa nak ronda2..

Astoria Hotel Antwerp 3 Astoria Hotel Antwerp 2 Astoria Hotel Antwerp

 

Waktu keluar dari hotel tu, mak aiiiiiii, sejuknyeeeeeeeee! Baru lepas hujan + angin sejuk kan, gigil gak la!! Tapi gigih ni berjalan walaupun muka dah rasa kebas.. Anak saya dah kena bungkus dengan baju 7 lapis, selimut, shawl, sarung tangan semua.. dia duduk diam2 jer dalam stroller.. pastu sebab ujan, saya balut kaki dia dengan plastik.. nasib ko lah nak, dapat mak kaki jalan ni, semua benda dia belasah je.. hahah..

Destinasi pertama, balik semula ke Antwerpen Centrale.. tengok architecture dalam Antwerpen Centrale ni, rasa kagum… Cantik la bangunan2 kat europe ni kan & best of all, its still preserved the way it was back then..

Antwerpen Centrale ni siap dibina pada tahun 1905 oleh Louis Delacenserie.  Maknanya bangunan ni dah berusia 108 tahun tau!  Bila anda masuk ke sini, serta merta anda rasa macam berada di satu tempat yang lain, sebab keindahan bangunan ni.. Tak caya jom tengok gambar 🙂

Antwerpen Centrale Antwerpen Centrale 2 Antwerpen Centrale 3 Antwerpen Centrale 4 Antwerpen Centrale 5 Antwerpen Centrale 6 Antwerpen Centrale 7 Antwerpen Centrale 8 Antwerpen Centrale 10 Antwerpen Centrale 11 Antwerpen Centrale 12 Antwerpen Centrale 13

Lepas dah puas ambik gambar dalam Grand Centrale, ujan pun dah berhenti so kami pun menghayun kaki menuju ke old city.. Sebelum tu, ambik gambar dulu kat Antwerp Zoo, zoo TERTUA di dunia! tapi tak masuk sebab mmg tak budget nak masuk ke sini.. Kalau ada duit lebih, mungkin kami lawati gak zoo ni.. Tapi tengok dari luar pun cukuplah kan..

Antwerpen Zoo Entrance Antwerpen Zoo Entrance 2 Antwerpen Zoo Entrance 3 Antwerpen Zoo Entrance 4 Antwerpen Zoo Entrance 8

Dah posing2 sekejap, kami pun marathon ke old city.. Kedai banyak, tapi malangnya semua kedai dah tutup!!!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Dapat tengok2 je la.. Makin lama hujan makin lebat, so we had no choice but to return to the hotel.. Sedih sangat.. Owh, lupa.. Antwerp ni terkenal sebagai “world-class fashion centre” & juga “diamond centre“. Banyak kedai berlian di dalam Antwerpen Centrale tau.. macam jual ikan bilis jer.. hahaha.. Sepanjang perjalanan ke city centre, memang saya nampak banyak kedai2 branded macam levis, zara, puma, clarks, longchamp etc, tapi semua dah tutup la.. Macam di Amsterdam, bangunan di sini cantik2.. Disebabkan hujan, kami dapat ambik beberapa keping gambar aje la..

Antwerpen Belgium Antwerpen Belgium 2 Antwerpen Belgium 3 Antwerpen Belgium 4 Antwerpen Belgium 5 Antwerpen Belgium 6 Antwerpen Belgium 7 Antwerpen Belgium 8

Sebenarnya, old city tu berada kat belakang jam tu je, tapi dah hujan lebat sangat, sejuk gila + anak saya dah buat perangai Hulk dah dok melalak2, kami pun mengalah la.. Nangis woo masa jalan balik ni, sedeyyyy tak dapat jalan2.. Uhuk… Uhuk..

Jalan punya jalan, sampai la balik kat area Grand Centrale.. Perut dah berkeroncong masa tu, so kami pun mula la intai2 kedai makan..kami usha kedai2 makan dan akhirnya terpikat dengan sebuah kedai kebab ni.. Dan ternyata, ia pilihan yang tepat sebab kebab dia SUPER DUPER sedap! Lagik sedap dari kebab yang saya makan kat Istanbul.. Untuk harga 5Euro, saya dapat satu kofte, fries + air.. masa gigitan pertama tu, fuhhhhhhhhhh, heavennyaaa! sedap bangat! Sos pencicah fries tu pun sedap, kat sana dipanggil Samurai Sos!  Nama kedai ni Express Pita, kedainya berhadapan dengan bus station.. Pemandu2 bass ramai yang tapau kat sini..

Halal Food in Antwerpen Belgium
Halal Food in Antwerpen Belgium 2 Halal Food in Antwerpen Belgium 3

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati! tengok muka saya tu, heppi gila kan?? hahahah

Ni gambar2 ramuan & makanan yang sempat saya snap dengan hp masa hari kedua.. Tengok abang yang sediakan kebab tu, handsome kan? Senyummmmmmmmm je memanjang.. haiiiiiiii, patutler sedap kebab yang dia buat ni, dah ler handsome, murah senyuman lak tu! Lupa nak tanya dia dah kawin ke belum! hahahah

Halal Food in Antwerpen Belgium 4 Halal Food in Antwerpen Belgium 5

 

Lepas makan, waktu dalam 10.30 camtu.. badan pun dah letih so balik hotel je.. Tapi sempat lagik ambik gambar Grand/Antwerpen Centrale waktu malam..

Antwerpen Centrale At Night 2

Antwerpen Centrale At Night

 

 

 

On the way balik hotel, nampak la Satay House ni, orang malaysia punya.. tapi tak masuk pun, ambik gambar je.. Halal Food in Antwerpen Belgium Satay House

Esoknya, hajat di hati nak meronda lagik, tapi ujan lebattttttttttttttttttttttt sampai la waktu check out.. Adoi la, saya sedih sungguh, tak terkata sedihnya.. tak sampai 1/6 dari tempat2 menarik yang sempat saya tengok kat Antwerp ni.. Walaupun berat hati ni, kena check out jugak sebab dah tempah bilik di Ghent, kira2 30 minit perjalanan dengan keretapi dari Antwerp.. Waktu kami ke Grand Centrale pun hujan jugak, terpaksa redah.. Kesian anak saya, kena balut kaki dengan plastik sebab hujan..

Sebelum naik train ke Ghent, sempat la makan waffles kat stesen ni.. Walawehhhhhhhh, sedap! mesti korang kata si Ayu ni semua sedap, nak buat cam mane, memang dah sedap, terpaksa la kata SEDAP! hahaha.. harganya 2Euro untuk plain waffle.. Kedai ni terletak betul2 depan Antwerp’s Tourist Centre kat Antwerpen Centrale ni..

Waffles in Antwerpen Centrale

 

Kalau ada rezeki, memang saya nak datang lagi ke Antwerp ni.. nice place, warm people, we just feel so safe being here.. Mungkin kerana populasi Islam ramai di sini, make us feel a sense of belonging to this place.. Chewahhh! Tapi betul ni, antara semua tempat yang saya pergi masa kembara Amsterdam belgium, tempat ni betul2 menggamit saya untuk datang semula.. I left a piece of my heart in Antwerp, i have to return to get it back 😉