Tag Archives: manneken piss

Merentas Sempadan – Dari Ghent ke Brussels (Bahagian 2)

Assallammualaikum wbt semua, Alhamdulillah, hari ni hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan, semoga rahmat & keredhaan Allah melimpah ruah pada hari yang mulia ni 🙂

Bulan puasa tahun ni memang betul2 mencabar, awal2 lagik saya dah demam + selsema + batuk teruk.. Memang susah nak tido malam la, tekak pun kering & perit gila.. Ikutkan ati nak ponteng puasa je, tapi gagahkan juga la, pembaca semua doakan saya cepat sembuh ye, sayang korang semua! xoxo

Patutnya nak sambung pasal Grand Place, tapi dah tengok2 gambar rasanya lebih cantik gambar2 Grand Place pada waktu malam, so saya sambung aje cerita tentang tempat2 menarik di Brussels, yang jumpa secara sengaja @ tidak sengaja.. hahah

Di Brussels ni, mereka begitu memuja seorang budak kecik yang kijenya kencingggggggg aje.. patung tu dinamakan Manneken Pis atau dalam bahasa Inggerisnya – Disebabkan saya puasa dan tiada daya nak translate banyak, jom kita baca sejarah Manneken Pis ni dari Wikepedia yek! heheh

The 61 cm tall bronze statue on the corner of Rue de l’Etuve and Rue des Grands Carmes was made in 1619 by Brussels sculptor Hieronimus Duquesnoy the Elder, father of the more famous François Duquesnoy. The figure has been repeatedly stolen: the current statue is a copy from 1965. The original is kept at the Maison du Roi on the Grand Place.

There are several legends behind this statue, but the most famous is the one about Duke Godfrey III of Leuven. In 1142, the troops of this two-year-old lord were battling against the troops of theBerthouts, the lords of Grimbergen, in Ransbeke (now Neder-Over-Heembeek). The troops put the infant lord in a basket and hung the basket in a tree to encourage them. From there, the boy urinated on the troops of the Berthouts, who eventually lost the battle.

Another legend states that in the 14th century, Brussels was under siege by a foreign power. The city had held its ground for some time, so the attackers conceived of a plan to place explosive charges at the city walls. A little boy named Julianske happened to be spying on them as they were preparing. He urinated on the burning fuse and thus saved the city. There was at the time (middle of the 15th century, perhaps as early as 1388) a similar statue made of stone. The statue was stolen several times”

Patung Manneken Pis ni terletak tidak jauh dari Grand Place.. Anda akan melalui kedai2 cenderamata & waffles, coklat & ice cream sebelum menemui patung ini.. Cenderamata di kawasan Manneken Pis ni jauh lebih murah dari di kawasan Grand Place so silalah membeli belah cenderamata di sini yek! 

Souvenir Shops in Brussels Cobblestone at Brussels

Anda tahu anda sudah berada dalam kawasan “tawanan” Manneken Pis bila dah mula nampak replika Manneken Pis di kaca2 kedai.. Patung yang kat sini lebih besar dari Manneken Pis yang sebenarnya tau.. huhu

Manneken Pis 1 Manneken Pis 2
Manneken Pis 4

 

Manneken Pis Statute

Ha tengok ni, banyak Manneken Piss kan? hahha.. macam2 kaler, size & harga.. pilih la nak beli yang mana.. heheManneken Pis 3

Di kawasan ni juga ada kedai ice cream + chocolate Leonidas yang terkenal tu.  Harganya 1 Euro utk satu plain waffle @ 1 scoop ice cream.  Kami pilih untuk beli ice cream vanilla.. Mat salleh dok tengok je saya dengan anak makan ice cream.. Mesti diorang kata – “Crazy people, its cold and they choose to have ice cream instead of waffles???” hahahah.. Ada akak kisah?  Sedap ice creamnya, not too sweet, just nice..  Tengok dalam gambar tu, Manneken Pis yang sama besar dengan saya.. Jenuh nak mengabiskan kalau beli coklat besau camtu.. haha

Waffles in Brussels Waffles in Brussels 2

 

Kami meneruskan perjalan ke bahagian hadapan sedikit, tapi hujan turun, hujan batu ok! Menurut penjual waffles tu, IT RAIN 290 DAYS PER YEAR IN BRUSSELS.. ooo, baru ku tahu!.. Tapi nekad gak nak redah hujan (konon-kononnya), tapi tak terdaya sebab sakit badan kena ais, so masuk la kedai kebab lagik.. tengok, makan je kijenya kan! hahaha.. Sejuk la, laporrrrr aje! 10Celcius tau masa ni!

Suhu di Brussels bulan Mei

Depan sikit dari Manneken Pis tu, nampak kedai kebab yang HALAL! Yippee, terusss masuk, bagi salam & order makan lagi.. orang tak ramai so kami punya banyak masa untuk makan & tunggu hujan reda.. Anak saya siap dapat tido dengan nyenyak la, sejam gak dalam tu, nasib baik tak kena halau! huhu

Centrum of Kebab Brussels Halal Food

 

Alamak, terasa nak makan kebab pulak tengok kedai kebab ni! haha.. Ok, nanti kita sambung lagi ye, selamat berbuka puasa & selamat berhujung minggu, sayang anda semua! muahhh!