Tag Archives: mainan machinegun

Kalau dah namanya lelaki..

Assallammualaikum wbt

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari!

Semua pembaca yang dah ada anak, pastinya terhibur melihat telatah anak2 yang kadang-kala memang lucu.. Saya baru ada sorang anak, tapi sorang tu pun dah riuh rendah rumah dibuatnya, ada masa memang terhibur, ada masa geram jugak dengan kerenahnya.. Tapi bila berjauhan, kerenah2 dia tu la yang buat saya tersenyum sendirian..

Anak saya lelaki, so natural instinct, memang minat dengan pistol, kapalterbang & helikopter.. Kereta2 @ lori2 ni dia tak kisah sangat, tapi kalau nampak helikopter @ kapalterbang, serta merta jadik semangat & ceria.. huhu

Disebabkan dia ni cucu pertama & yang tunggal di antara keluarga saya & suami, memang dia sangat manja dan spoiled dengan macam2 mainan.. Saya dah kata tak payah beli mainan lagik, tapi sebagai atuk & nenek & mak2 sedara, diorang tak sampai hati kalau tengok mainan2 yang anak saya suka, mesti nak belikan jugak! Last 2 weeks saya kemas bilik, jumpa sebakul mainan dia.. ni baru sebakul ek, ada 2 bakul lagik yang saya malas nak tengok.. hahaha

Senjata

Ha ni la bekalan senjata yang dia ada.. Mainnya kejapppp ajer, pastu dah bosan, carik benda lain @ sepahkan rumah! huhu.

Ni pulak aksi2 dia masa baru dapat machinegun yang baru, siap dengan spek itam.. tak tahannnnn.. heheh.. ni pengaruh dari tv sama ni, dok tengok discovery channel pasal komando malaysia last year.. tu yang bukan main lagik gayanye tu..

Abang Askar 4 Abang Askar ABang Askar 2 Abang askar 3

 

Satu lagik mainan kegemaran dia, heli & kapalterbang. Agaknya terpengaruh dengan heli & kapalterbang yang lalu atas rumah kami kot sebab rumah kami dekat dengan epot subang.. hehe.. Ni pun, mainnya kejap jer, sume dah rosak ni.. Kalau satu helikopter tu boleh bertahan 2 hari, dah kira panjang umur ler tu.. haha. biasanya sehari jer dah rosak dah heli tu.. Maunya tak rosak, dia nak heli tu terbang macam yang lalu atas umah kami, dibaling2nya heli tu, terhempas, rosak la kan? Sabau jer ler..

Helikopter & aeroplane

 

Sekarang ni saya memang dah tak belikan dia mainan, cuma tukar bateri mainan aje, bukan kedekut, mainan dah banyak sangat, lebih baik saya belikan buku untuk dia..  Ni sume akan jadi kenang-kenangan di hari tua (kalau dipanjangkan umur).. Dan kalau saya diberi rezeki, dan dah jadi nenek jugak, mungkin saya pun jenis nenek yang spoiledkan cucu dengan mainan2 macam mak & ayah saya & mak & ayah mertua saya.. heheh