Assallammualaikum wbt
Nampaknya ramai dah warga kota yang dah memulakan perjalanan balik ke kampung.. Semoga semuanya selamat sampai di rumah ibu dan ayah masing2 ye.. Saya & keluarga akan bertolak ke Perlis selepas kerja esok, Insya-Allah cadangnya cam 2 petang bertolak dari Shah Alam.. Dari pengalam sebelum ini, kalau bertolak sehari sebelum raya, jalan memang clear.. tapi tak tau la tahun ni macam mana pulak.. Tawaqal aje la yek.. hehe
Kalau ada yang balik ke Selatan dan cuti lama, apa kata melawat ke Muzeum Tentera Darat di Port Dickson.. Ni kalau cuti lama la kan dan ada banyak masa terluang, kang ada pulak yang kata – “ada ke patut raya2 suruh lawat muzeum.. aje gila! huhu”
Kami melawat muzeum ni pada 22hb June, 2013. Sebenarnya ia satu percutian keluarga, kami menginap di Bayu Beach Resort selama sehari je, pastu checkout. Masa ni nasib tak menyebelahi kami sebab negara sedang dilanda jerebu teruk.. Tapi sebab dah book & janji dengan adik2, kami pergi jugak la ke PD, tapi tak fun sangat la kan sebab cuaca tak bagus 🙁
Ok, dari Bayu Beach Resort ni, anda boleh sampai ke Muzeum Tentera Darat ni dalam masa lebih kurang 10 minit.. Ada signboard sepajang perjalanan, so Insya -Allah anda tidak akan sesat.. Pada saya, ini satu muzeum yang wajib dilawati.. Sedikit sebanyak kita dapat tahu sejarah ketenteraan Tanah Melayu & pembentukan ketenteraan kita. Muzeum ni tidak ada caj masuk – PERCUMA! So anda boleh la menghabiskan masa selama mana yang anda inginkan, tapi sebelum waktu tutup la kan.. haha.. Orang2 yang cintakan sejarah pasti suka tempat ni sebab banyak khazanah lama & informasi diberikan di sini.. Ok baca sikit informasi pasal Muzeum Tentera Darat ni ok..
Kapalterbang besar ni menyambut kedatangan anda di hadapan Muzeum.
Berikut antara gambar2 kereta kebal di bahagian hadapan menuju ke muzeum..
Muzeum ni terbahagi kepada beberapa seksyen @ bilik mengikut era @ zaman masing2.. sebelum masuk anda akan nampak petunjuk ni.. baca dulu so anda dapat masuk mengikut turutan, takder la tiba2 dari Era British melompat ke Era Kesultanan Melaka kan.. haha
Ok, section pertama yang anda akan jumpa ialah Era Kesultanan Melaka. Basically kat sini sejarah awal kesultanan melaka aje la.. Kita tengok gambar2 ye…
Era British ni agak menarik sebab diletakkan arca2 pahlawan2 yang menentang British pada masa dahulu.. Berdiri bulu roma masa kat dalam section ni, tak tau la kenapa.. Mungkin dapat merasai “semangat” mereka ketika menentang penjajah dahulu.. Al Fatihah buat pahlawan2 ini..
Kat bawah ni pulak Bendara Union Jack pertama yang dikibarkan di Tanah Melayu..
Saya tak ambik gambar pulak dalam dua Era ni, tak tau nape.. Tapi saya ingat di sini ada gambar Allahyarham Leftenan Adnan, baju Allahyarham, sijil2 & file2 yang mengandungi porfolio askar-askar Tanah Melayu dahulu, poster dan macam2 lagi.. Menitik air mata tengok gambar Allahyarham Leftenan Adnan.. dulu masa kat sekolah ada satu rencana khas mengenai Allahyarham dalam buku teks, ingat tak? Al Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.. 🙁
Di bahagian tepi muzeum ada beberapa kereta kebal & motor lama.. Semuanya masih dalam keadaan baik 🙂
Dari beberapa Era ni, anda akan “dibawa” ke Terowong PKM.. Adoi, saya memang claustrophobic, rasa suffocated sangat dalam ni.. Rasa nak muntah semua ada la.. Macam mana la Tentera Jepun dulu2 boleh duduk lama2 dalam ni ye.. Tengok gambar pun saya rasa sesak nafas ni..
Serius rasa lemas dalam ni, masa nampak cahaya kat hujung terowong tu, rasa legaaaaaaaaaa sangat! Cepat2 keluar dari situ!
Dari terowong, anda akan terus ke bahagian lapang di hadapan muzeum.. kat situ ada kedai cenderamata, tapi takder barang apa pun.. huhu.. Kat depan tu ada helikopter dan tugu2.. Memandangkan jerebu yang makin teruk, kami pun tak dapat la lama2 kat luar ni, just ambik beberapa keping gambar & bertolak balik ke Shah Alam..
Amacam? best kan? kalau pegi ke PD, singgah la sini, anak2 mesti suka especially the boys.. Bukan senang nak tengok benda2 cam ni dalam everyday life kan.. Dapat informasi baru & at the same time akan rasa grateful sangat atas segala jasa2 & pengorbanan semua tentera & pahlawan yang terkorban dalam memastikan keselamatan kita semua.. Terima kasih Pahlawan2ku & Al Fatihah untuk semua yang gugur ke bumi.. Amin..