Tag Archives: lelaki terbaik

EBOOK PANDUAN CINTA UNTUK LELAKI KINI DILANCARKAN!

Salam dan selamat pagi semua..

Alhamdulillah, tiba juga hari yang saya nanti2kan…

01hb Julai, 2009 – ebook PANDUAN CINTA UNTUK LELAKI akhirnya dilancarkan!!

Mengapa agaknya saya menulis ebook ini??

Saya ada ramai kawan-kawan lelaki.. Ramai teman-teman lelaki saya merungut, katanya orang perempuan sekarang ini cuma memandang wang ringgit, bukan hati budi.. Acap kali gagal dalam percintaan, akhirnya mereka meletakkan kesalahan 100% pada orang perempuan.. Tapi, adakah mereka terfikir yang mereka juga ada kekhilafan, ada kekurangan?? Adat orang lelaki yang ada sifat ego, mereka melenting bila saya tunjukkan kesilapan mereka, tidak mahu mengakuinya.. Lantas, mengapa minta nasihat dari saya??

Ada juga beberapa orang rakan, yang bercinta bukan main hebat lagi, tapi perkahwinan hanya bertahan 2 tahun sahaja.. Si perempuan itu merasakan si lelaki hanya berpura-pura semasa bercinta, tidak menunjukkan karakter sebenar, maka rumah tangga jadi goyah dek kerana sikap lelaki itu..

Adik2, abang2, saudara2, saudari2, apabila membaca komen saya di atas,  mungkin anda merasakan saya menuding jari pada orang lelaki.. Owh, tidak2… saya cuma ingin menyedarkan betapa kedua-dua lelaki dan perempuan memainkan peranan penting dalam mendapatkan kebahagiaan dalam cinta.. Cinta harus bermula dalam diri anda sendiri, anda harus cintakan diri anda sebelum anda boleh mencintai orang lain.. Ada lelaki yang tidak mengendahkan penampilan, personaliti, dan akhirnya menyebabkan orang perempuan menjauhi dan jemu dengan mereka…

Ada pula yang tidak faham perangai orang perempuan, dan akhirnya merasakan orang perempuan ini amat menyusahkan, lantas memutuskan untuk tidak jatuh cinta..

Saya menyenaraikan beberapa masalah lelaki dalam mencari cinta, kewujudannya, kaitannya dengan Islam dan alasan-alasan yang sering digunakan bila mahu menghindari cinta.

Di antara faedah yang bakal anda perolehi dari ebook ini ialah :

 

·     Bagaimana menggunakan aset semulajadi anda untuk memikat gadis idaman.

·     Mengenali sifat dan kerenah wanita.

·     Apa ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan hati wanita.

·     Cara paling mudah dan terbaik untuk memulakan langkah pertama.

·     Tips untuk memiliki kesemua ciri-ciri lelaki idaman wanita.

·     Bagaimana anda boleh tahu dan sedar bahawa anda telah pun jatuh cinta.

·     Strategi dan teknik mengekalkan hubungan cinta sedia ada.

·     Tips mengelakkan diri dari menjadi hamba cinta.

Saya harap anda beli ebook ini dan mempraktikkan segala panduan yang diberikan.. Buku ini bukan menjurus kepada mencari cita sahaja, malah memberikan tips bagaimana anda mampu menjadi lelaki yang lebih baik..  ia sesuai untuk semua lelaki dan perempuan, yang bujang atau yang telah berumahtangga..

 

Selamat membaca, semoga anda mendapat manfaat dari ebook ini, dan semoga anda menjadi lelaki terbaik dalam hidup & cinta anda!!

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

lelaki ego jatuh cinta