Tag Archives: Lelaki Berbaju Emas Untuk Sambut Tahun 2013

Lelaki Berbaju Emas Untuk Sambut Tahun 2013

Kau ada????

Kau ada????

 

I am GoldMan!!

I am GoldMan!!

 

Assallammualaikum..

Yenna Macha? Siapa lelaki ni? Beliau ialah seorang ahli perniagaan dari Pune, Mumbai!  Beliau telah mengupah tukang emas untuk menyiapkan sehelai baju dari emas untuk menyerlahkan kehandsomean beliau bagi menyambut tahun 2013!!!

Fakta (Di petik dari akhbar tempatan):-

1)  Sepasukan tukang emas mahir menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013.

2)  Menurut laporan media semalam, sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.

3)  Baju itu didakwa berharga RM800,000.

4)  Ahli perniagaan terbabit berkata, dia menganggap pakaian dan tali pinggang itu sebagai satu bentuk pelaburan.

5)  “Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan 10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.. Ho Mai God! Zakat dah bayar ke nyah? huhuhu

6)  “Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak.  Tidak timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya.

Bila orang dah terlalu kaya, dah tak tau apa nak buat dengan duit tu, ini lah hasilnya – Baju Emas Berharga RM800k! Kau mampu ke Joyah??? Nanti ada la pulak Mak2 Datin yang nak buat baju kebaya emas lak kat Malaysia ni.. ooppsss terlebih sudah! Di saat ramai lagi warga senegara dengan beliau merempat, daif & melarat, beliau pula bergaya sakan dengan baju emas.. Syabassssssssssssssssssssss bete!

Kredit kepada sumber gambar – 🙂