Tag Archives: lelaki

Ramai rupanya yang mahu jadi lelaki hebat!!

Alhamdulillah..   Sambutan hari pertama untuk ebook panduan cinta lelaki amat menggalakkan.. Pembeli pertama seorang lelaki dari Singapura, dia membayar menggunakan paypal!!!  Sungguh mengejutkan, tak sangka saudara kita dari negara jiran ini mengikuti perkembangan ebook saya ini!

Syukur kepada Allah, lelaki hari ini semunya mahu menjadi insan yang lebih baik dalam agama, kerja, hidup dan CINTA!!  Saya sungguh berbesar hati kerana mereka sudi membeli ebook saya untuk dijadikan bacaan dan seterusnya panduan untuk menjadi lelaki yang hebat!!

Buat saudari2 yang membeli ebook ini, semoga anda dapat menyelam apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh lelaki2 di luar sana, seterusnya meyakinkan dan memberikan anda pandangan jelas tentang ciri-ciri lelaki yang anda idamkan..

Buat anda yang masih belum membeli, cepat2, jangan tunggu lagi, harganya mungkin akan dinaikkan atau saya akan menutup terus jualan ebook panduan cinta untuk lelaki ini!  Jadi, jangan lepaskan peluang!!!  Beli hari ini di www.panduancintalelaki.com!!

24 jam lagiiiiiiiiii!

Salam dan selamat pagi semua!!!

24 jam lagi!!! ya, 24 jam lagi, ebook PANDUAN CINTA UNTUK LELAKI akan datang ke pasaran!!  

Mungkin ada perempuan yang berkata – ebook ini untuk lelaki, mengapa saya harus beli?? Owh, adik-adik, kakak-kakak, buku ini bakal meyedarkan anda apa yang ada cari-cari sebenarnya dalam diri seorang lelaki…  Ada kalanya anda menyalahkan orang lelaki kerana tidak mengurat anda, ataupun seakan2 blur walaupun anda sudah beri “hint” yang anda sukakan mereka.. Mereka sebenarnya ada “masalah” lain yang bakal anda ketahui dalam ebook saya ini.. Dan jika anda sudah berpacaran, buku ini mampu dijadikan panduan untuk membentuk kekasih anda agar jadi lelaki yang terbaik untuk anda!!

Untuk para lelaki, ayuh, jangan lepaskan peluang ini!!  Jika selama ini anda tercari-cari jalan penyelesaian untuk mendapatkan cinta si dia, nah, buku ini ada jawapannya!!  Saya gunakan ayat paling ringkas, paling mudah, anda akan rasa seolah2 anda bercakap dengan saya pabila membaca ebook tersebut!  Dari personaliti kepada aspek agama dan seterusnya kepada cinta dan cara berpakaian, semuanya saya sentuh dalam ebook yang saya tujukan khas untuk para lelaki!!

Ebook ini bukan hanya untuk anda yang masih single, lelaki yang telah berumahtangga atau ada hasrat nak tambah kuota pun sangat2 dialukan untuk membelinya kerana ada kalanya, ada perangai isteri yang tidak anda fahami, dan anda tidak tahu caranya untuk mengambil hati si dia, maka panduan yang saya berikan ada manfaatnya dalam perhubungan anda!!

Jangan lupa, hanya tinggal 24 jam saja lagi dan esok anda boleh mendapatkan buku yang ekslusif dan istimewa ini untuk bacaan anda!!

p/s:  Untuk para affiliate, sedia di garis permulaan, voucher percutian bakal jadi milik anda!!! 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

kertas kerja pembinaan pondok bacaan,kuota cinta

CINTA???

Salam dan selamat tengahari semua..

Apa khabar hari ini?  Anda semua dah download e-book preview PANDUAN CINTA UNTUK LELAKI?  Kalau belum, jangan lupa dapatkannya di www.panduancintalelaki.com!

 

Saudara/i,

Cinta memang perkara yang subjektif, tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi definisi tepat tentang cinta… Definisinya amat luas.. Cinta ada dalam hati semua manusia, dari kecil hingga besar, tua hingga muda.. Namun kehadirannya dalam hidup, cukup membuatkan kita bahagia, dan tidak kurang juga derita…  Ada yang gila, ada yang suka dan ada yang mati kerana cinta.. Subahanallah, sungguh unik perasaan atau naluri halus yang dipanggil cinta ini..

 Cinta ini tidak boleh dipandang remeh dah diketepikan, kerana ia berkaitan dengan jiwa, dengan perasaan.. Ia boleh mendatangkan kebaikan dan kemusnahan.. Semua orang memerlukan cinta.. Maka janganlah berlagak ego dan menyatakan anda boleh hidup tanpa cinta.. Ada yang berkali-kali putus cinta dan akhirnya serik, lantas tidak mahu lagi ada cinta yang hadir dalam diri.. Ya, putus cinta memang pedih, namun bila putus cinta, adakah anda muhasah diri, mencari kekurangan dalam diri?  Sering kita menuding jari pada pihak yang satu lagi jika cinta kita kecundang, namun adakah kita fikir, mungkin kita faktor atau penyebab utama kegagalan itu??  Nah, mungkin dengan membaca ebook penuh Panduan Cinta Untuk Lelaki, anda bakal mendapat jawapannya! 😉

 Pada yang sedang bercinta, hargailah cinta anda, ia anugerah Ilahi yang paling indah.. Pada yang merana kerna cinta, fikirkanlah sama ada berbaloikah anda meneruskan cinta itu jika emosi dan fikiran anda terseksa saban saat, saban waktu?  Cinta dan akal harus bersatu, barulah cinta itu teguh, berkekalan dan berpanjangan!

 

p/s: – Cinta yang hakiki, cinta yang sejati memang kepada Allah Yang Maha Esa.. 

TABIAT DAN ADAB DI MEJA MAKAN

 

Salam untuk semua..

Hari ni saya nak bercerita tentang tabiat & adab di meja makan.. Post ini ditujukan khas untuk semua abang-abang dan adik-adik lelaki di luar sana.. Ada beberapa adab dan tertib yang harus anda ikuti dan amalkan setiap masa dan setiap ketika.  Adab anda di meja makan juga menjadi salah satu tarikan kepada kaum perempuan.  Ada kalanya perangai anda yang kurang sopan meloyakan tekak dan pastinya membuatkan orang perempuan menghindarkan diri dari anda!

 

1)    Mencungkil gigi

 

Salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh kaum lelaki.  Selesai sahaja makan, habis semua gigi dicungkil dan dikorek..  Selepas itu, kalau tidak diludah ke tepi, terus ditelan semula.  Aduhai, perempuan amat gelui kalau anda ada tabiat sebegini!

 

Amalan ini memang bagus untuk membersihkan gigi, namun adalah lebih baik anda ke tandas atau ke tempat-tempat yang terlindung dari pandangan orang.

 

2)    Sedawa dengan kuat

 

Burpppppppppp.. Aduhai, terasa begegar gegendang telinga mendengar bunyi sedawa anda!  Percayalah, tidak ada orang yang mahu aroma dari perut anda itu didengari dan dikongsi, apatah lagi jika anda baru sahaja makan jering dan tempoyak atau durian!

 

Seandainya anda memang tidak mampu menahan sedawa itu, tutup mulut untuk mengurangkan bunyinya.  Selepas itu, minta maaf, ucapakan “maafkan saya” @ excuse me!

 

  

3)    Kentut

 

Janganlah suka-suka hati membuang angin selepas makan.  Ada orang yang mungkin loya atau geli dengan perangai anda.  Meja makan tempat makan, bukan membuang “aroma hangit” dari perut anda!

Benar, memang tidak bagus menahan diri dari kentut, namun pergilah ke tempat tersembunyi atau tandas.  Jika sudah ada rasa-rasa senak, minta diri dan segeralah ke tempat yang tidak ada orang dan lepaskanlah seberapa banyak das yang anda mahu!

 

 

4)    Menyudu makanan dengan tangan kanan

 

Saudara, kita memang makan dengan menggunakan tangan kanan, tapi janganlah gunakan tangan yang sama untuk menyudu kuah di depan mata.  Sudahlah nampak selekeh, nasi di tangan pula pasti bertaburan.  Jika ada orang lain bersama dengan anda, pasti dia rasa tidak selesa kerana sudu telah dikotorkan dengan lauk pauk di tangan anda.

 

Gunakan tangan kiri untuk mencedok kuah atau makanan ke pinggan.  Ia menunjukkan anda seorang yang bersih dan teliti.

 

 

5)    Makan bersepah

 

Biasanya kalau ada lauk ayam atau ikan, selesai makan, tulang-tulang lauk akan bertaburan di sisi meja.  Nampak sungguh selekeh dan menyakitkan hati!

 

Jika anda mahu meletakkan sisa-sisa makanan itu, ambil satu lagi pinggan kecil, dan letaklah semua sisa di dalamnya.  Orang yang mengemas meja pun akan rasa senang hati!

 

  

6)    Gelojoh

 

Anda makan bagaikan sudah sebulan tidak berjumpa makanan.  Anda terkejar-kejar menghabiskan makanan itu, seolah-olah ada pertandingan yang harus ditamatkan.  Sudahlah gelojoh, berbunyi-bunyi pula bagaikan itik menyudu.  Aduhai, memang kembang tekak melihat lelaki makan begini!

 

Makanlah perlahan-lahan.  Kunyah perlahan-lahan agar makanan mudah dihadam.  Suap satu persatu.  Setelah habis satu suapan, baru anda susuli dengan suapan kedua.. Nah, kan nampak tertib dan sopan!

 

 

7)    Menjadikan pinggan makan sebagai tempat abu rokok

 

Selepas makan, bagaikan wajib menghisap rokok.  Yang tak seronoknya, pinggan makan di jadikan tempat meletak abu rokok.  Nampak kurang sopan, pinggan itukan tempat makanan, tempat rezeki.  Janganlah samakan ia dengan tempat membuang sampah!

 

Carilah bekas abu rokok, atau buangkan di bawah.  Jangan buat si dia jelik dengan tabiat kamu!

 

 

Nah, 7 adab ini harus anda jaga agar bukan sahaja dapat menambat cinta si dia, malah juga ibu, bapa dan keluarganya!  Selamat mencuba!

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

adab di meja makan,karangan tabiat buruk ketika makan,contoh karangan tabiat buruk ketika makan,karangan adab makan,tertib di meja makan,etika di meja makan,mempraktikkan tertib di meja makan,ADAB DIMEJA MAKAN,adab ketika makan