Tag Archives: Kundang

Harum Manis, Kundang, Pulut Ayam, Nasi Daging & Sakura

 

Assallammualaikum wbt

14 – 18hb Mac, saya berada di Perlis, adik ipar melangsungkan perkahwinan.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. Alang2 berada di sana, hajat hati nak merayap sekejap di Padang Besar.. Terlalu ramai orang di Padang Besar, jem nak masuk ke dalam, itu belum cerita pasal cari parking lagi.. Masakan tak jem, musim cuti seklah kan… Sudahnya balik dengan tangan kosong..

 

2015314101938-1

 

Di Perlis, satu perkara yang saya sangat suka ialah makanan yang murah serta pengaruh masakan Siam yang mmg sesuai dengan tekak saya.. Dari pulut, ke nasi, ke sup siam, tak dapat nak cerita panjang, saya biarkan gambar berbicara..

Makanan di Perlis

 

Pada yang dah mengidam nak makan buah magga harum manis untuk tahun 2015 ni, Insya-Allah sebulan lagi, jualan akan bermula.. Tapi saya difahamkan, tahun ini buah agak terhad & harganya mungkin agak mahal dari tahun lepas.. Waktu saya balik ni, ada la 2-3 biji buah mangga harum manis yang “tersesat”.. Alhamdulillah, rezeki, dapat la makan buah harum manis yang sememangnya manis dan enak tu.. Saya belanja gambar dulu ye kawan2.. 😉 Ada buah Kundang juga, RM22.00 sekilo.. Buah kundang ni dulunya buat baling itik aje kat kampung nenek, sekarang dah jadi buah yang rare & payah nak jumpa..

2015317121615

 

IMG-20150318-WA0010

Owh, waktu kami sampai di Kedah, Bunga Sakura Malaysia dah berbunga indah.. tak tau apa nama penuhnya.. tapi Subahannallah, mmg cantik… Pokok ni saya ambil gambarnya di Kedah…  Hajat hati nak ambik gambar di bawah pepohon bunga ni pun tak kesampaian sebab dah kesuntukan masa..

2015314082257

Sehingga bertemu lagi di coretan seterusnya, Insya-Allah J