Tag Archives: keukenhoff amsterdam

Festival Tulip di Turki

Assallammualaikum wbt

Para pembaca yang dikasihi, kalau ada sesiapa yang ingin melihat tulips di Turki, boleh pergi ke tempat yang disenaraikan di bawah oleh Puan Yeni Dogan, pemilik homestay di Istanbul yang telah saya tuliskan dalam posting di sini

Tulip Festival in Istanbul Turkey

 

Taman Gulhane pernah saya lawati pada June 2012, dan ketika itu ia dipenuhi dengan bunga mawar yang sangat menawan.. anda semua boleh baca posting tersebut di sini.  Pada yang ingin cuci mata tengok bunga tulips, boleh lihat bunga2 tersebut di posting saya semasa di Keukenhoff, Amsterdam pada tahun 2013.   Semoga bermanfaat untuk anda yang bakal melancong ke Istanbul nanti 🙂

Kembara Amsterdam 6 – Keukenhoff Syurga Bunga Part II

Assallammualaikum!!!

Salam hari Jumaat!! Yippieeeeeeeee, esok cutiiiiiiiiiiiii!! Disebabkan mood cuti2 & malas nak pikir apa2 dah ni, kita sambung gambar bunga-bungaan di Keukenhoff supaya mood ceria maintain sampai petang nanti!! hehe.. Jom layan gambar!

Keukenhoff Amsterdam 50

Aksi terlampau sebab excited nampak bungaaaaaaaaaaaaaaaaaa! hahaha

Keukenhoff Amsterdam 35

Kat belakang tu sebenarnya ladang bunga tulip.. tapi bunga2 tu dah dipotong untuk dijual…


Keukenhoff Amsterdam 34 Keukenhoff Amsterdam 36 Keukenhoff Amsterdam 37 Keukenhoff Amsterdam 38 Keukenhoff Amsterdam 39 Keukenhoff Amsterdam 40 Keukenhoff Amsterdam 41 Keukenhoff Amsterdam 42 Keukenhoff Amsterdam 43 Keukenhoff Amsterdam 44 Keukenhoff Amsterdam 45 Keukenhoff Amsterdam 46 Keukenhoff Amsterdam 47 Keukenhoff Amsterdam 48 Keukenhoff Amsterdam 49 Keukenhoff Amsterdam 51 Keukenhoff Amsterdam 52

Keukenhoff Amsterdam 53

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

bercuti di amsterdam,Percutian Ke Amsterdam

Kembara Amsterdam 5 – Keukenhoff, Syurga Bunga!

Assallammualaikum semua..

Sebelum saya memulakan penulisan, ingin saya berikan AMARAN kat sini.. posting kali ini penuh dengan gambar bungaaaaaaaaaaaaaaaaa aje, so anda akan tengok gambar bunga-bungaan sampai lebam! hik2…

Destinasi pertama kami selepas berehat2 sehari di hotel aje sebab jet lag ialah KEUKENHOFF!! Keukenhof dalam bahasa Belanda bermaksud Kebun Dapur.  Ia adalah sebuahtaman bunga yang dibuka hanya 3 bulan dalam setahun, iaitu pertengahan Mac sehingga pertengahan May.  Ia mula dibuka pada tahun 1949.. Taman ini terletak di daerah bernama Duin en Bollenstreek.

Di awal penubuhan taman ini pada tahun 1949, ia lebih bertujuan sebagai  sebuah pameran bunga agar penanam bunga dari penjuru Belanda & Eropah  dapat memamerkan bunga yang akan membantu Belanda sebagai pengeksport bunga terbesar di dunia. Namun ia kemudiannya berkembang menjadi taman bunga yang terbesar di DUNIA dengan keluasan 32 hektar!!  Setiap tahun lebih kurang 7 JUTA benih bunga tulip di tanam di taman ini.. Bukan sekadar tulip, di sini juga terdapat bunga orkid, lily, dan daffodils.

Tiket masuk ke Keukenhoff ialah Euro15 seorang, dan anda boleh menaiki bus khas yang boleh dinaiki dari pintu Arrival 4 di Schipol Airport @ dari Leiden.  Tambang pergi dan balik ke Keukenhoff ialah Euro8.  So jumlah tiket dan bus ialah Euro23.  Kami telah membeli Holland Pass (saya akan ceritakan kemudian) jadi kami cuma tukarkan free ticket kami, so naik bus & tiket masuk tu dah covered, terus masuk aje tak payah bayar apa2 lagik 🙂

Bus Keukenhoff ni comel sangat la, siap dengan lukisan bunga2 tulip di badan bus.. Tempat duduk pun selesa.. Kekerapan bus ialah setiap 15 minit, bermula dari jam 9 pagi bus terakhir ialah pada pukul 6 petang.

Kami menaiki bus pukul 10 pagi dan tiba di Keukenhoff kira-kira jam 10.30.  Sepanjang perjalanan, boleh nampak ladang2 tulip, tapi sebab kami tiba penghujung Mei, bunga2 semua dah dituai untuk dijual..

Journey to Keukenhoff In the Bus to Keukenhoff Journey to Keukenhoff 2

Owh, masa nampak signboard ni, hati dah berdebar-debar sangat… Tak tau kenapa, nervous pun ada.. ye la, dah setahun menunggu saat ni, sebab tu kot debaran kuat sangat.. huhuhhu.. syukur Alhamdulillah tercapai..

Keukenhoff Road Signboard

Sampai aje dah nampak deretan bus kat bahagian parking.. Saya dah berbisik sendirian, habislah, kompem orang ramai gila, mesti tak dapat nak ambik gambar puas2.. huhuhu

Kami diberhentikan di tepi pintu masuk.. Sambil menarik nafas panjang & berdoa supaya semuanya dipermudahkan, kami melangkah masuk ke dalam Keukenhoff.. Bismillah.. Angin sejuk menyambut kedatangan kami di sini.. Nyaman & rasa segar aje..

Keukenhoff Logo

 

Sebelum masuk, haruslah ambik gambar dulu kan :)

Sebelum masuk, haruslah ambik gambar dulu kan 🙂

 

Pintu masuk ke Kuekenhoff.

Pintu masuk ke Kuekenhoff.

 

Keukenhoff Amsterdam 1a

Ok, selepas ni, saya akan biarkan gambar berbicara agar anda dapat menghayati kecantikan bunga2 tulip di Keukenhoff.. Yang pastinya, sebaik saja melangkah masuk, saya speechless, hanya mampu mengucapkan Subahanallah sebanyak2nya di dalam hati.. Terlalu cantik, tak dapat saya gambarkan dengan kata2.. hanya gambar yang mampu berbicara..

AMARAN KERAS – terlalu banyak gambar bunga, sila jangan pengsan!


Keukenhoff Amsterdam 2 Keukenhoff Amsterdam 3 Keukenhoff Amsterdam 4 Keukenhoff Amsterdam 5 Keukenhoff Amsterdam 6 Keukenhoff Amsterdam 7 Keukenhoff Amsterdam 8 Keukenhoff Amsterdam 9 Keukenhoff Amsterdam 10 Keukenhoff Amsterdam 11 Keukenhoff Amsterdam 12 Keukenhoff Amsterdam 13 Keukenhoff Amsterdam 14 Keukenhoff Amsterdam 15 Keukenhoff Amsterdam 16 Keukenhoff Amsterdam 17 Keukenhoff Amsterdam 18 Keukenhoff Amsterdam 19 Keukenhoff Amsterdam 20 Keukenhoff Amsterdam 21. Keukenhoff Amsterdam 22 Keukenhoff Amsterdam 23 Keukenhoff Amsterdam 24 Keukenhoff Amsterdam 25 Keukenhoff Amsterdam 26 Keukenhoff Amsterdam 27 Keukenhoff Amsterdam 28 Keukenhoff Amsterdam 29 Keukenhoff Amsterdam 30 Keukenhoff Amsterdam 31 Keukenhoff Amsterdam 32

Keukenhoff Amsterdam 33

 

Esok sambung lagik ye, sila mimpi yang indah2 dikelilingi bunga2an 🙂