Tag Archives: kerja

Jangan bongkak dengan kelebihan yang ada..

Assallammualaikum..

Sedarkah anda bahawa segala apa yang berlaku pada diri anda, pada alam sekeliling anda, adalah dengan izin dan kudrat yang Allah berikan?  Sesungguhnya, untuk meneglipkan mata pun, anda tidak akan termampu tanpa izin dan rahmat Allah..

Seringkali, kita terlupa dan sering berfikir bahawa apa yang kita lakukan, kejayaan, penghormatan dan pujian yang kita dapati adalah hasil usaha titik peluh kita sendiri.. Masya Allah, u are so wrong my friend… Segala2nya datang dari Allah.. Kali ni, fokus saya lebih kepada ilmu yang mewujudkan rasa riak dan bongkak dalah diri seseorang.. Ambillah cerita ini sebagai iktibar..

Ada seorang yang saya kenali, memang rajin belajar.  Lepas satu, satu ijazah dan diploma yang diambil, dan dia lulus dengan cemerlang setiap ijazah dan diploma yang diambil.  Malangnya, dia suka mendabik dada, mengatakan dia saja yang pandai, semua orang bodoh, dan syarikat pasti tumbang tanpa dia.. Acapkali saya sakit telinga mendengar pujiannya terhadap diri sendiri, tapi apakan daya, saya makan gaji, kata2nya saya sambut dengan senyuman tipis sahaja.. Namun, pernah sekali, kerana tidak tahan mendengar kata2 pujiannya terhadap diri sendiri, saya menyindir “Syukur pada Allah, semuanya datang dari DIA”.. Si dia cuma tersengih dan terus menceritakan kejayaannya..

Saudara/saudari,

Si dia ini, berpangkat besar dalam syarikat dan berpengaruh.  Gajinya puluhan ribu ringgit, tapi solatnya rongak, hutangnya banyak.. Anak2 dan keluarga sering sakit.. Ya, mungkin ini perkara biasa, semua orang ada hutang, semua orang sakit, tapi pernahkah anda terfikir ia mungkin balasan Allah atas sifat bongkak seseorang itu?  Allah berikan ilmu yang bermanfat, pangkat yang besar, wang ringgit dan kemewahan, namun si dia lalai untuk sujud kepadaNya, lupa untuk bersyukur, leka untuk beribadat.. Nauzubilah, moga kita tidak termasuk dalam golongan orang2 yang lalai dan leka..

Bersama2lah kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah atas segala apa yang kita miliki, kita semua datang dari Allah, dan kepadaNya kita akan kembali. Usahlah rasa bongkak dan riya’ dengan apa yang kita ada.. Ilmu yang kita ada tidak lebih dari air yang mengalir di hujung jarum yang dicelupkan ke dalam lautan.. Allah yang memberi kelebihan ilmu pengetahuan itu, dan DIA boleh mengambilnya pada bila2 masa sahaja.. Semoga si dia diberikan petunjuk, taufik dan hidayahNya sebelum terlewat.. Amin.

p/s: Sekadar peringatan untuk diri saya yang sering terlupa juga, semoga pekerjaan yang saya lakukan ini juga diterima Allah sebagai satu ibadat.. Dan saya amat berharap dan berdoa agar dapat bekerja sendiri dalam tempoh masa 5 tahun lagi, itupun dengan keizinan Allah juga.. Amin..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

kebaikan tawas,jangan bongkak

Gaji tinggi dan besar atau kepuasan bekerja?

Salam semua.. Selama ni, bila anda bekerja, apa yang anda inginkan?? Gaji yang tinggi atau kepuasan dan kegembiraan bekerja?

Dulu masa di sekolah, cikgu dan emak ayah selalu pesan, belajar pandai2, biar dapat kerja yang bagus dan gaji besar.. Diaorang tak pernah pun cakap belajar pandai2, biar dapat kerja yang menyeronokkan! hahaha…

Saya pun sebenarnya dah di”brainwash” untuk pikir hanya gaji yang tinggi saja yang akan membuatkan saya gembira.. Tapi selepas dah bekerja hampir 7 tahun, pada saya gaji yang tinggi tidak menjamin keseronokkan bekerja.. Lebih besar gaji, lebih besar tanggungjawab, lebih cepat dapat penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung datang berkawan dengan kita… heheheh..  Saya bosan mengkut telunjuk dan arahan dari pihak atasan.. Yang tak boleh pun, mesti dibolehkan.. Nak marah balik, dia boss, kita pun makan gaji, ada kala saya melawan juga, tapi timun dengan durian, saya mengalah jer.. Kadang2 rasa nak muntah tengok file yang berlambak2 atas meja.. Keluar awal2 pagi, petang baru sampai rumah.. Kadang2 bawak balik kerja sampai ke rumah…  Sampai di rumah, otak penat, badan pun letih, emosi pun terganggu ingatkan kerja.. Di rumah, saya masih ada tanggungjawab sebagai seorang isteri.  Nasib baik suami seorang yang memahami, kalau nampak saya letih, dia yang tolong masak dan mengemas rumah..

Dulu saya pernah bekerja sebagai retail assistant di salah sebuah kedai bunga.. gaji kecil, dalam RM700.00 sahaja sebulan.. Tapi saya amat seronok, setiap hari menyusun bunga, menggilap pasu, melayan pelanggan.. Saya masuk kerja pada pukul 9, dan pulang jam 8.. Tak terasa langsung penatnya, malah terasa sangat cepat masa berlalu.. Hari2 saya sungguh ceria dan bersemangat.. Tapi, dek kerana inginkan posisi dan gaji yang lebih baik, dan sementelah saya sudah mendapat ijazah, saya meninggalkan kerja itu dan menjadi seorang peguam..

Memang, sebagai seorang peguam, saya ada pangkat, gaji pun ok la, tapi saya terlalu sibuk & tension, sabtu ahad pun saya bekerja, balik pukul 10.. memang tak ada life.. Lepas itu saya join bank, hurmmmm.. lagiiiiiii tension! hahahah.. Aduhai, manusia memang tak pernah puas hati dengan kurniaan Allah, kan?

Kepenatan dan ketidakpuasan itu membuatkan saya terfikir, sampai bila saya nak jadi begini?  Sampai bila saya nak bekerja dengan orang?  Kenapa saya nak harungi 5 hari yang menyeksakan di pejabat?  Boleh tak saya dapat pekerjaan yang memberikan saya pendapatan dan pada masa yang sama memberikan saya kepuasan bekerja?  Jawapannya ada, buat business!  Tapi saya perlu ada kemahiran dan pengetahuan..  Jadi, buat masa ini saya sedang “meninjau2” peluang yang baik.. Saya sedang mengumpul2 maklumat dan pasaran.. Buat masa ini, saya fokus dulu pada ebook..

Saya pasti dengan bekerja sendiri saja saya akan dapat kepuasan bekerja, saya boleh plan masa saya, dan ada lebih masa untuk suami.. Mungkin sebagai pendahuluan, pendapatannya tak seberapa, tapi mana ada benda yang kita buat, terus berjaya dan menjadi jutawan, kan?  Kenalah ada usaha dan perancangan..

Saya tak mahu lagi datang kerja dengan hati yang berat, hati yang tidak ikhlas, kerana duit yang saya dapat akan dibuat untuk beli makanan yang akan jadi darah daging saya, saya mahu pendapatan saya halal dan diberkati.. Saya sanggup buat kerja dengan gaji yang rendah asal saya happy.. Bila saya happy, prestasi kerja akan meningkat dan saya pun lebih sihat dan ceria.. heheheeh.. Duit bukan segala2nya.. Ya, kita perlu ada duit, tapi jangan bertuankan duit.. Tak guna kerja dengan gaji yang besar kalau kesihatan anda terganggu, dan anda tidak ada masa untuk famili anda..  Ya, saya bersyukur masih ada kerja, ramai yang menggangur sekarang ini.. Namun, saya berhak memilih yang terbaik untuk saya.. Dan kalau ada peluang kerja atau perniagaan yang bagus, saya tidak akan teragak2 untuk resign..  😀

Semoga Allah kabulkan doa saya untuk menjadi seorang businesswoman yang berjaya.. Amin….

 p/s – Anda pula, bagaimana?  Gaji yang tinggi @ kepuasan bekerja??

Pelawat menemui web ini melalui carian:

gaji peguam,gaji seorang peguam,gaji besar,gaji peguam sebulan,gaji kerja watson,pendapatan seorang peguam,kerja yang gajinya besar,kerja gaji besar,kerja gaji tinggi,gaji tinggi,kerjaya besar gaji,pekerjaan gaji tinggi