Tag Archives: kavon

Kelas Make-up dengan Kavon

Pada 03.06.09, saya telah menghadiri satu short couse make up dengan Kavon di MAS Training Centre, Kelana Jaya.  Pada anda yang tidak megenali Kavon, beliau adalah satu nama yang cukup gah di arena persolekan.  Bukan sahaja artis Malaysia yang mendapat sentuhannya, malah artis-artis Barat seperti David Blaine, Backstreet Boys dan Black Eye Peas juga telah merasai “tangan ajaibnya”

Aduhai, rasa seperti singkat sungguh masa 3 jam yang diperuntukkan untuk course tersebut, namun pengalaman dan ilmu yang diberikan amat berguna dan bermakna.  Ada satu ayat yang amat mengusik jiwa saya – dalam dunia ini tidak ada perempuan yang hodoh, yang ada hanya perempuan yang malas!  Benar kata-katanya.  Dengan hanya 15 minit sahaja, saya sudah nampak cantik untuk solekan ke pejabat.  Mungkin nasib menyebelahi saya, sepanjang course itu, saya berpeluang menjadi model untuk ditatarias.  Wah, merasa saya “tangan ajaib” yang telah menyolek Datin Siti Nurhaliza, Camelia, Ning Baizura, Ratu-ratu Cantik Malaysia dan artis-artis antarabangsa dengan bayaran hanya RM50.00 sahaja.

Selain itu, saya merasai kebenaran kata-kata Kavon, when you look good, you will feel good.  Betul, tahap keyakinan diri saya bagaikan melonjak apabila melihat wajah saya di cermin. 

Adakalanya, wanita telalu sibuk menguruskan suami, anak2, kerja dan rumah, sehinggakan tiada masa untuk merias dan menyolek wajah.  Saya seru kepada semua wanita, hargailah diri anda, ambil masa untuk kecantikan.  Jangan sampai suami rasa bosan melihat anda.  Jika dulu sebelum berkahwin, anda mampu duduk berjam-jam di depan cermin untuk bersolek, kenapa setelah berkahwin seoles gincu pun tidak dipakai?  Jangan biarkan keselekehan anda menjadi alasan suami cari lain! 

Di tempat kerja pula, jika kita berpakaian kemas dan bersolek ringkas sahaja, cukup sebenarnya untuk membuat orang yakin pada kerja dan kebolehan kita. 

Jika ada peluang untuk free make over atau menyetai kursus2 ringkas untuk solekan, pergilah, belajar & gunakan teknik itu untuk kelebihan anda.

Saya ulang semula sebagai kesimpulan:-

1)  Tidak ada perempuan yang hodoh di dunia ini, yang ada hanya perempuan yang malas

2)  When you look good, you will feel good!

Jadi, jangan lupa berhias dan berdandan untuk diri anda.  Insya allah, jika ada masa, saya akan menulis tips-tips untuk bersolek dengan mudah!