Tag Archives: Kapalterbang Malaysia Airlines

Sebelum take off, kita ambil gambar kenangan dulu :)

A350-900 (9M-MAC) Negaraku Livery- Malaysia Airlines

Assallammualaikum wbt

2017 bakal melabuhkan tirai dengan kenangan yang sangat manis untuk saya, suami terutamanya dan warga Malaysia Airlines.

Pada 23hb Disember, 2017 bersamaan dengan hari Sabtu, jam -945 pagi, kapalterbang Airbus A350 kedua Malaysia Airlines  dengan nombor pendaftaran 9M-MAC selamat mendarat dari Toulouse setelah menempuh perjalanan selama lebih kurang 12 jam.

Saya dan anak pastinya terlalu teruja menanti kapal terbang ini kerana suami adalah salah seorang crew teknikal yang terlibat sama membawa pulang kapal terbang kali ini.

Saya kongsikan sedikit perjalanan Encik Suami ke Toulouse.  Posting bukan untuk riak, bangga diri dan takbur sebab suami dapat ke Toulouse, tapi sekadar berkongsi kegembiraan dan pengalaman Encik Suami di sana.  Perjalanan dan pengalaman ini adalah rezeki dari Allah, dan kesyukuran dan pujian hanya kepada Allah Tuhan Semesta Alam yang memberikan rezeki kepada hamba-hambaNya.

(Gambar akan ditambah dari masa ke semasa, gambar2 ini adalah dari whatsapp yang dihantar oleh En Suami dari Toulouse.  Informasi juga akan dibetulkan dan ditambah dari masa ke semasa)

En Suami berlepas ke Heathrow pada 18hb Disember,2017 dan tiba di sana lebih kurang jam 0525 waktu London.

Welcome to Heathrow

Welcome to Heathrow

Heathrow Airport

Beli suratkhabar, dapat percuma air Evian! Bestnya kalau kat Malaysia pun macam ni..

Beli suratkhabar, dapat percuma air Evian! Bestnya kalau kat Malaysia pun macam ni..

Seterusnya, beliau menunggu penerbangan British Airways ke Toulouse jam 1335 dan tiba di Toulouse lebih kurang jam 1630 petang. Sewaktu di lounge British Airways, ada la beberapa orang yang pandang sengkek sungguh kat Encik Suami.  Maklumlah, dia pakai sweater kuning dengan kasut sukan bodoh aje, orang ingat homeless manalah yang datang ni haha.  Masa announcement dibuat untuk membenarkan penumpang Business Class untuk masa ke pesawat, orang2 yang pandang sengkek pada suami tu, berkali-kali pandang dia atas bawah.. Hurm.. lumrah dunia kan, memang judgmental manusia ni 🙁

Premium Lounge British Airways

British Airways

London dari udara.

London dari udara.

Makanan dalam British Airways

Makanan dalam British Airways

Di Toulouse Blagnac Airport, bila dah touch down, En Suami pun ambikla gambar.  Ada sorang makcik mat salleh ni tergur dia “You are not allowed to take pictures of the airport“.  Encik Suami jawab balik “I’m sorry, I don’t see any signs saying that no photos are allowed”.  Makcik tu diam dan terus jalan.. Haha..

Toulouse dari atas kapal.

Toulouse dari atas kapal.

Welcome to Toulouse Blagnac Airport

Welcome to Toulouse Blagnac Airport

Dah lepas imigresen, kena tunggu bag selama 1 jam lebih pulak! Usai mengambil bag, jalan dah mula jem sebab orang dah balik kerja.  Makan jem atas jalan selama satu jam lebih lagi huhu.

Cuaca di Toulouse memang sangat sejuk, 7 Celcius masa En Suami di sana.  Hari ni saya check, dah 4 Celcius!

Toulouse Weather

Krew yang terlibat termasuk Kapten adalah seramai 13 orang untuk pengambilan kapalterbang yang kedua ini.  En Suami adalah crew yang terakhir tiba di Toulouse, yang lain dah mula berlepas sejak dari 13hb December lagi.

En Suami memang tak sempat berjalan2 di Tolouse, sebab beliau sampai pada 19hb Disember, esoknya pulak dah kena masuk kerja.  Balik kerja pun dah malam, kedai banyak dah tutup, nak berjalan pun risau jugak sebab dah malam kan.. So beliau cuma pergi makan ramai2 dengan semua crew dan pergi Carefour yang ada kat bawah apartment je la haha

Carrefour City Toulouse

Carrefour City Toulouse

Owh, bercakap pasal penginapan, En Suami menginap di Adagio Aparthotel, Toulouse.  Ini adalah apartment satu bilik, yang mana anda boleh memasak.  (Hari ketiga di sana, Captain Azim masak nasi lemak untuk semua.  Ehem, eligible bachelor Captain Azim ni, single lagi hehe).

Adagio Toulouse Confirmation

Adagio Toulouse Hotel Amenities Adagio Toulouse

Adagio Aparthotel Toulouse

Ok, back to first day of arrival.  Lepas mandi dan solat, crew Airbus jemput semua crew MAS untuk makan malam.  Mereka dibawa ke sebuah restoran seafood, Chez Jeannot namanya.  Nampak sedap betul la hai makanan tu..  Agak malang sikit sebab kena tunggu hampir dua jam, padahal meja-meja bersebelahan dah dapat makanan walaupun tiba lebih lewat dari crew MAS.  Crew Airbus pun dah merah telinga sebab hampir 5 kali tanya bila food nak sampai.  Nampak sangat mereka bagi keutamaan pada orang2 local kan.. Sementara menunggu makanan sampai tu, mereka dihidangkan dengan roti..  Masing2 dah lapar, jadi makan la roti tu.. bila makanan sampai, dah jadi tak lalu, sebab perut dah penuh dengan roti haha

Chez Jeannot Toulouse

Seafood Toulouse 2 Seafood Toulouse

So berakhirlah hari pertama di Tolouse, habis tunggu flight, tunggu bag dan makan jem atas jalan je.

Hari Kedua, 20hb Disember, 2017, En Suami dah report duty.  Jet lag tak hilang lagi masa ni, tapi nak buat macam mana kan.  Masih gelap lagi masa En Suami keluar dari apartment, padahal dah pukul 8.00 pagi. Makanya, gambar pun kelam aje la, pakai hp cabuk pulak, lagi la kelam haha.

Bangunan yang tinggi tu adalah Stesyen Keretapi Toulouse.

Bangunan yang tinggi tu adalah Stesyen Keretapi Toulouse.

Good Morning Toulouse 2 Good Morning Toulouse

Cantik kan, Toulouse? Saya rasa lebih kurang Paris aje bangunan2 di sini..

Waktu break, diorang ramai-ramai ke mall E. Leclerc Balgnac.  Memang sedang sale gila la time tu, ye la, lagi 4 hari nak Christmas kan.  En Suami cuma beli coklat saja, sebab masa sangat singkat.

Bahagian barangan basah & sayuan. Encik Suami kata memang teringat sangat2 kat saya masa ni sbb kitaorang mmg akan pergi bahagian basah dan belek2 semua benda kalau pergi travel sama2 hehe

Bahagian barangan basah & sayuan. Encik Suami kata memang teringat sangat2 kat saya masa ni sbb kitaorang mmg akan pergi bahagian basah dan belek2 semua benda kalau pergi travel sama2 hehe

Salmon Fillet

Sejam di mall, mereka balik semula dan dibawa melawat kilang di mana airbus dipasang. Masa mereka pergi, airbus ketiga sedang dipasang. tapi no photos allowed.  Lepas tu, sambung kerja.  Usai hari pertama, En Suami balik apartment dan tidur saja sebab masih jet lag.

Airbus Delivery Centre

A350 MAB Negaraku

A350 MAB Negaraku Livery

Hari Ketiga, 21hb Disember, 2017, Captain Azim panggil turun ke apartment beliau utk gotong royong masak nasi lemak hehe.  Siapa kata orang lelaki tak pandai masak, tengok tu sambal udang marvelous dari Captain Azim 😉

Nasi Lemak Kapten

Hari ni crew MAS diraikan dengan makan tengahari dari pihak Airbus.  Salah satu menu tu ialah nasi goreng.  Tengok dalam gambar, memang takde rupa nasi goreng la hehe.

Salah seorang crew MAS dengan selamba tunjuk gambar Nasi Goreng Malaysia melalui telefonnya dan cakap “this is Nasi Goreng @ Fried Rice, this is not Fried Rice“.  Crew Airbus semua sengih aje la, dan maklumkan “this is how we serve our Fried Rice”.  “Next time when you come to Malaysia, we will show you the real Fried Rice“, kata crew MAS disambut dengan tawa kecil dari staf Airbus.

Airbus LuncheonLunch MenuAppetizerPumpkin Cream Salmon Bass Filet with Fried RiceIvory Chocolate

Hari Keempat, 22hb Disember, 2017 Hari terakhir En Suami di Toulouse, kapalterbang A350 MAB akan diterbangkan balik ke KLIA jam 1330.  Masa ni, jantung saya memang macam nak luruh la, tak tau la kenapa nervous semacam huhu.

Morning in Toulouse

Pagi terakhir di Toulouse

Pagi terakhir di Toulouse

Perbezaan waktu adalah lebih kurang 7 jam antara Malaysia dan Tolouse.  Kapal take off lebih kurang jam 830 malam (waktu Malaysia dan selamat mendarat jam 0945 pada 23hb Disember, 2017).

 

A350 MAB 9MMAC Crew

A350 MAB 9MMAC Engine

A350 MAB Negaraku Ready For Take Off

Sebelum take off, kita ambil gambar kenangan dulu :)

Sebelum take off, kita ambil gambar kenangan dulu 🙂

Ready for take off

Ready for take off

A350 MAB 9MMAC Up in the sky - bangga melihat lambang MAS di langit biru.. Semoga terus terbang tinggi!

A350 MAB 9MMAC Up in the sky – bangga melihat lambang MAS di langit biru.. Semoga terus terbang tinggi!

 

Cuaca agak berkabus pada pagi 23hb DIsember tu.  Tapi itu tidak menghalang kita semua untuk menikmati kecantikan “special livery” di badan kapalterbang A350 MAB tersebut.  Seriously, memang sangat cantik.  Staf di Airbus pun dok puji kata livery MAS kali ni memang yang paling cantik! Kalau cuaca elok, matahari bersinar terang, livery tu nampak lebih “hidup” dan menonjol.  Saya dan anak menunggu di Anjung Tinjau KLIA, nampak dari jauh saja lah Airbus A350 tu touch down, ambil gambar pun tak jelas sebab cuaca berkabus tu.

En Suami keluar di arrival hall lebih kurang jam 1130 pagi, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan rezeki dan perlindungan kepada hamba-hambaNya.

Team Airbus A350 Delivery Malaysia Airlines

Untuk pautan berita – boleh rujuk di sini:-

  1.  Astro Awani
  2. Rojak Daily
  3. Sinar Harian
  4. New Straits Times
  5. Utusan Malaysia
  6. Berita RTM
  7. Angkasa Review
  8. Malaysia Airlines Twitter
  9.  Malaysia Airlines Facebook

Usai sudah satu perjalanan, ada 4 lagi kapal untuk dibawa pulang dari Toulouse.  Semoga Malaysia Airlines terus maju jaya, fly high MAS, we support you 🙂