Tag Archives: kaftan

Makcik, baju kelawar, baju tidur dan dot dot dot…

Salam semuaaaaaaaa!!

Hari ni saya tak ada mood nak bekerja.. rasa cam malasssssss jer.. heehhehe.. tapi, kena buat kerja jugak, tak nak makan gaji buta! huuhuhuuh

Urm, saya terpanggil untuk berkongsi pendapat saya mengenai pemakaian baju kaftan @ dikenali juga dengan baju kelawar, secara khusus, baju kelawar untuk tidur.  Ada 3-4 kali, saya terjumpa dengan perempuan, makcik-makcik dalam lingkungan 45-55 tahun, dan kakak-kakak dalam lingkungan umur 30-35, yang memakai baju kelawar ini di Jaya Jusco, Tesco atau C4.. Mungkin anda akan berkata, biarlah, kan dia pakai baju?? Betul tu, tapi baju kelawar tu kan, baju untuk bersantai-santai di rumah, untuk tidur, wajarkah, atau sesuaikah di pakai untuk keluar membeli belah? 

Kalau anda semua perasan, bahagian lengan baju kelawar itu sedikit besar, jadi kalau angkat tangan, apa yang anda nampak?  Dot dot dot.. I leave that to your imagination.

Ada satu kejadian lagi, saya nampak seorang perempuan dalam usia 25-27 tahun, dengan selamba memakai baju tidur di Jaya Jusco.. Orangnya cantik, gebu.  Baju tidur itu, nipis, dibuat dari kain cotton, berwarna putih dan ada bunga-bunga kecil.. Seluarnya singkat sampai takat betis sahaja.. Bayangkanlah, baju tidur yang nipis itu, pastinya menampakkan baju dan seluar dalamnya.. Aduh.. Dot dot dot.. Dan dia seakan bangga apabila ramai lelaki yang melihat dan tersenyum penuh makna kepadanya..

Come on la, tak kanlah tak ada masa atau tak sempat bertukar pakaian untuk membeli-belah?  Tak kanlah tak terfikir baju itu tidak sesuai langsung untuk pergi ke tempat awam seperti itu?  Tak kanlah tidak terlintas di benak tentang aurat anda dengan berpakaian sebegitu?  Kalaupun itu kecemasan, tidak ada baju lain untuk dipakai, tak kanlah anda tidak boleh mencari alternatif lain dengan meminta pertolongan dari rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain???

Untuk para suami, tidak bolehkah menegur isteri atau anak-anak untuk bertukar pakaian sebelum ke tempat sebegitu?  Mana letaknya rasa tanggungjawab anda, untuk memelihara kehormatan isteri dan anak-anak anda?  Ingat, anda akan disoal di akhirat nanti mengenai tanggungjawab anda ini!

Seperkara lagi, untuk makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik, jangan ambil mudah tentang pakaian anda.. Berpakaian selekeh atau tidak kemas, hanya memberikan alasan dan peluang kepada suami untuk cari lain… Tukarlah baju, kalau pakai seluar track dan t-shirt pun, saya masih boleh terima, tapi baju kelawar dan baju tidur, aduh, out of the list kalau nak pergi berjalan-jalan atau membeli belah di tempat awam!!!  Fikir-fikirkanlah, andai anda ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang berkelakuan sedemikian, tolonggggggggglah, nasihati dan sedarkanlah mereka.. Anda boleh mengubahnya!!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

makcik gatal,makcik seksi,Baju tidur nipis,mak cik seksi,baju nipis,baju kelawar,baju kelawar seksi,baju tidur kelawar,makcik gebu,tidur dengan makcik,seluar dalam nipis,baju tidur wanita cotton,baju kelawar online,seluar dalam makcik,baju tidur cotton,yhs-per_003,yhsm-imp1,main dengan makcik,baju tidurnya nipis,mak cik gatal,baju tidur cotton online,baju tidur kaftan,baju tidur kaftan batik,makcik yang seksi,makcik ku gatal,baju tidur kaftan online,baju nipis nampak dalam,baju kelawar terengganu,baju tidur online,makcik pakai baju tido