Tag Archives: jarak fraser hill dengan Kuala Lumpur

Cuti-cuti Malaysia Fraser’s Hill – The Paddock

Assallammualaikum semua..

Bagi anda yang ingin cuba menunggang kuda, The Paddock adalah tempat yang harus dilawati di Fraser Hills.  Di sini, dengan bantuan penjaga kuda, anda boleh menunggang kuda dalam satu trek bulatan kecil yang mengambil masa kurang dari 5 minit.. Untuk kadar, boleh rujuk pada gambar2 di bawah.  Waktu kami datang ke sini, memang ramai pengunjung yang nampak teruja sangat nak cuba menunggang kuda.  Kebanyakkannya adalah anak-anak kecil.. Anak saya pun sama la, bukan main seronok dapat naik kuda dengan abahnya.. Saya difahamkam kuda-kuda ini adalah kuda-kuda yang pernah beraksi di padang lumba satu ketika dahulu.

Di sini juga tersedia padang untuk aktiviti memanah, betul-betul di bahagian bawah cerun berhampiran pintu masuk.

Selain itu, bagi anda yang gemarkan persekitaran yang tenang dan ingin santai-santai, terdapat bangku-bangku yang disediakan untuk berehat dan menikmati alam sekitar. Tapi pastikan bawa surat khabar @ plastik untuk mengalas kerusi kerana ianya basah dek kerana kesejukan di Fraser Hill ini..

Pada saya, kalau ada café kecil di sini, pastinya lebih menarik kerana bangsal kuda dan pokok-pokok pine menimbulkan suasana ala-ala kampung di oversea gitu, sesuai untuk bersantai sambil menikmati keindahan alam & kicauan beburung atau membaca buku sambil menikmati secawan teh atau kopi panas… indahnya.. .. 🙂

Tandas yang bersih.. i like!

Bersedia nak naik kuda!

Padang memanah/archery

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tempat menarik di pahang untuk dilawati,tempat menarik di kuantan untuk dilawati,aktiviti di fraser hill,menarik di fraser hill

Cuti-Cuti Malaysia – Fraser’s Hill – Taman Flora Bukit Fraser

Assallammualaikum wbt,

Kebiasaannya, mesti ada taman bunga atau kebun sayur di tempat-tempat beriklim sejuk, dan di Faser Hill ni pun ada juga taman sebegini.  Betul-betul bersebelahan dengan Allan’s Water, terdapat Taman Flora Bukit Fraser (Fraser Hill Garden Center).  Tiada caj dikenakan untuk masuk ke Taman Flora ini, ye, PERCUMA!! Jadi anda boleh masuk dan keluar seberapa banyak kali yang anda suka 🙂

Menurut informasi yang didapati daripada web, terdapat kebun strawberi di dalam Taman Flora Bukit Fraser ini.  Walaubagaimanapun, waktu kami melawat di sini, hanya ada strawberi muda sahaja dalam pasu kecil, takde pun yang masak ranum, jadi tolong la jangan teruja sangat nak membeli strawberi kat sini ye.. hehe. Di sini, tumpuan utamanya adalah kepada jualan tanaman hiasan dan sayur-sayuran serta buah-buahan.  Jadi kalau anda berminat dengan poko-poko bunga dan yang sewaktu dengannya, di sinilah “syurga kecil” anda..

Keadaan Taman Flora ini agak menyedihkan pada pandangan saya.. tempatnya tidak dijaga dengan rapi, dan lantainya berlumut serta licin.. Hujan turun renyai-renyai waktu kami berada di sini, menjadikan lantai sangat licin.. Kalau berkunjung di sini, saya syorkan pakailah kasut sukan, tak perlulah pakai high heels ye makcik! hehe

Pokok-pokok bunga ditanam di rumah hijau yang besar & nampak sangatlah buruknya sebab dah berlumut2, manakala  tomato dan sayur-sayuran hijau yang lain menjalar di sepanjang tanah dan pagar di dalam kawasan ini.  Nampak segar tomato yang tumbuh melata di tepi pagar dalam taman ni..

Pada pendapat saya sebagai seorang pelancong tempatan, banyak benda yang lagi yang boleh diperbaiki, sebab Taman Flora ni berpotensi sangat menjadi tempat tumpuan ramai kalau ianya bersih, elok & teratur seperti di Cameron Highlands.. Ada pelancong asing yang menggeleng-geleng kepala melihat keadaan Taman Flora ni yang boleh saya labelkan sebagai “pathetic”… Kalau saya diberikan peluang menguruskan Taman Flora ini, mungkin saya akan buat satu cafe kecil di mana para pelawat boleh menikmati ubi bakar/rebus & jagung bakar/rebus, serta secawan teh panas.. Perghh.. mesti best! Then again, its just a dream, it takes more than just a dream to make something work out kan.. Mesti ada yang kata – CAKAP senanglah, cuba suruh pegi buat.. haha.. Ok jom layan gambar.. 😉

 

Keadaan rumah hijau yang menyedihkan 🙁

Keadaan di dalam rumah hijau.

 

Sayuran yang tumbuh melata di atas tanah..

 

Fresh from Fraser Hill!

 

Kedai kecil menjual hasil tanaman di Taman Flora

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tempat menarik bukit fraser,aktiviti menarik di bukit fraser,taman flora bukit fraser,waktu operasi taman flora fraser hill

Cuti-Cuti Malaysia – Fraser’s Hill – Allan’s Water

 

Assallammualaikum wbt

Salam Jumaat untuk semuaaa! Dah jadik macam hotel dah blog ni, tuannya kejap ada kejap takder.. hehe

Ok, straight to the point, hari ni sambung pasal percutian ke Fraser Hill.

Tidak seperti Cameron Highlands @ Genting Highlands, tempat menarik di sini amat terhad.. Tapi kalau anda seroang yang “adventurous” dan sukakan jungle tracking, mungkin di sini tempat yang sesuai untuk anda sebab banyak laluan tracking di sini..

Tapi usah gusar, walaupun terhad, tetapi ada beberapa tempat yang agak menarik untuk anda kunjungi, dan yang PALING BEST – PERCUMA!!! yeayyy! hehe

Saya mulakan dengan tempat bernama Allan’s Water.  Allan’s Water ini adalah sebuah tasik kecil yang terletak di Jalan Ampang.  Ia ditransformasikan kepada sebuah tempat tarikan pelancong dengan aktiviti rekreasi “paddle boating”.  Selain itu, antara aktiviti yang disukai oleh anak2 kecil ialah memberi ikan makan.. ada beratus-ratus ekor ikan dalam tasik ni, baik yang kecil, sederhana, atau besar.. Sepeket makanan ikan boleh dibeli dengan harga rm1.00 dari gerai berdekatan.  Memang seronok sangat bagi makan kat ikan2 ni, bukan setakan budak-budak, mak budak pun suka! Tak percaya, kita layan gambar!

Sejarah Allan’s Water

Harga untuk paddle boat

 

Paddle Boat yang boleh disewa

 

Kedai berdekatan yang menjual makanan ikan

Banyak sangat ikan dalam kolam ni, meloncat2 bila kami baling makanan ikan..

 

Insya-Allah saya akan update lagi tempat yang menarik di Fraser Hill esok 🙂

xoxo

Ayu Fatarina

 

Cuti-Cuti Malaysia – Fraser’s Hill – The Little England

Assallammualaikum..

Wah, seronoknya dapat update blog di tahun baru ni.. hehe.. dah lama dah jari ni gatal2 nak update, tapi hari ni baru berkesempatan, tu pun nak update sikit je sebab ada benda penting lain yang perlu diuruskan..

27-29hb Disember tahun lepas, saya & keluarga diberikan peluang ke Bukit Fraser @ Fraser’s Hill – yang diberi nama jolokan “The Little England”.. Bahagian mana yang ala-ala England tu, saya tak pasti, tapi memang ada beberapa bangunan sentuhan ala-ala Inggeris yang terdapat di sini..

Fraser Hill Logo

 

Bukit Fraser ni terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa.  Suhunya sejuk antara 17-24 Celcius.  Ia terletak kira2 104km dari Kuala Lumpur.  Sepanjang perjalanan ke sana, mata anda akan menikmati kejijauan pepohon yang subur di kiri dan kanan jalan..

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fr.  Infor lanjut akan saya berikan kemudian..

Untuk datang ke sini, anda perlu memandu kereta atau menyewa teksi, kerana tiada perngangkutan awam sampai ke atas ini.

Saya dan keluarga menetap di Pine Resort Apartment.  Apartment 3 bilik dan 2 bilik air ni adalah milik MAS, jadi suami saya dapatlah staff rate untuk menginap di sini.  Walaupun kekurangan dari segi penjagaan (house-keeping) dan perabot yang sudah dimakan usia, tapi itu tidak menjadi masalah kerana pada saya, yang penting ialah tempat untuk bermalam, solat, mandi + berehat..

Fraser Hill Apartment

 

Jom tengok dulu keadaan Aparment di sini.

Depan Apartment Apartment Balcony Apartment 6 Apartment Master Bedroom Apartment 1 Apartment 2 Apartment  5 Apartment 3 Apartment 4

 

Apartment ni memang luas, sesuai kalau nak berehat-rehat bersama-sama keluarga dan adik beradik.

Perjalanan ke atas meyusuri jalan yang bengkang-bengkok, memang membuat saya mabuk & sakit kepala.  Mujur dah siap-siap bawa ubat + minyak angin.

Tidak seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands atau Colmar Tropicale, suasana di sini agak santai dan tidak banyak tempat riadah yang boleh dilawati.  Namun bagi saya, ia tetap mempunyai tarikannya yang tersendiri.  Insya-Allah pada posting akan datang, saya akan ceritakan tentang tempat-tempat menarik dan tips2 untuk melawat ke Bukit Fraser.

p/s: Update tempat2 menarik untuk dilawati di Fraser Hill, sila klik link di bawah:

1) Allan’s Water

2)  Taman Flora Buit Fraser

Insya-Allah akan update lagi dalam masa terdekat 🙂

xoxo

Ayu Fatarina

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tempat menarik di bukit fraser,tempat menarik di fraser hill,bukit fraser tempat menarik,percutian di bukit fraser,tempat menarik di bukit fraser pahang,bercuti di bukit fraser,apa yang menarik di bukit fraser,percutian di fraser hill,apa yang menarik di fraser hill,MAS Apartmen in fraser hill