Tag Archives: Istanbul Aku Datang

Istanbul Aku Datang vs Manisnya Cinta di Capadoccia

 

Assallammualaikum..

Finally, 19 days after 1st January, I am writing again.. Haha..

So, utk 2015, filem pertama yang saya tonton (di rumah je pun) ialah Manisnya Cinta di Cappadocia.. Setelah menonton Istanbul Aku Datang entah berapa ratus kali, sampai naik hafal dialognya, saya mengharapkan “magic” dari cerita Manisnya Cinta di Cappadocia..  Kenapa tengok Istanbul Aku Datang sampai beratus kali?? Tak jemu??? Jawapan saya – TIDAK sama sekali, sebab setiap kali menonton, saya seakan masih merasa dingin angin Istanbul, keramahan orang2nya, bau rempah dan kebab dan roti, meyelusuri jalan2nya, serta berada di dalam masjid dan bangunan2 sejarahnya yang telah beratus2 tahun berdiri teguh dengan izin Allah.. Istanbul Aku Datang sentiasa memberikan “that strange feeling”, a dejavu setiap kali saya menontonnya.. Tambahan pula anak saya pun suka sangat cerita tu, so no problem to watch it over and over again..

Istanbul_Aku_Datang

Now, coming back to Manisnya Cinta Di Cappadocia.. Wow, mmg hebat para pelakonnya, Lisa pun ada, dan yang saya tunggu sangat2, nak tengok Fazura yang cantik jelita tu berlakon.. Jadi malam Jumaat lepas, siap2 makan, kami anak beranak pun dok la mengadap tv.. Ermmm, tak boleh nak cerita full story la kan, nanti ada yang belum tengok marah lak saya.. hahahaa.. Tapi sejujurnya, MY PERSONAL OPINION, cerita ni sagak terkejar2.. Mungkin sebab kekangan masa dan banyak sangat yang nak diceritakan, entahlah, just my opinion.. Jangan marah pulak kalau ada yang rasa cerita ni super duper best.. Diulangi, ini Cuma pendapat peribadi saya ye.. Feel menonton cerita ni tak sedalam menonton Istanbul Aku Datang.. Mungkin juga sebab saya terlalu mengharap melihat scene2 di Cappadocia indah dan cantik dari awal hingga akhir, tapi kecewa sebab terlalu sedikit scene di sana.. Tapi, secara keseluruhan, cerita ni ok la, 3 bintang.. Maybe kalau umur saya 20an, saya akan rasa cerita ni sangat la sweet & mengharapkan benda yang sama berlaku pada saya kan.. haha..

Owh, ada dua pengajaran penting dari cerita ni –

1)      always ask your “future boyfriend @ husband” – do u have twins?

2)      If you meet somebody who said – “I’m a driver” – ask him what kind of bus he drives.. Who know, just like Nazmi, he drives an “airbus” .. hehe.. kalau ada orang masuk meminang & orang yang merisik tu bagitau, anak cik Bedah ni drebar.. make sure your parents ask them as well – “Drebar apa?? Kapai terbang ka???” cakap biaq terang noooo… haha

manisnyacintadicappadocia

Ok, pada sesiapa yang tertanya2, apa yang best sangat Cappadicia ni?? Kat mana Cappadocia ni?? Jom, saya kongsikan secara super ringkas, informasi mengenai Cappadocia.

(Sumber dari google)

Cappadocia terkenal dengan rumah2 dari gua & landskap semulajadi yang sangat menarik dan kota bawah tanah.  Selain itu, ia amat terkenal dengan acara belon udara panas (macam yang anda lihat di dalam cerita Manisnya Cinta di Cappadocia tu)

1)      Bandar di bawah tanah

Cappadocia mengandungi beberapa bandar-bandar bawah tanah. sebahagian besarnya digunakan oleh orang Kristian pada Zaman dahulu sebagai tempat persembunyian sebelum agama Kristian menjadi agama yang diterima di Turki.  Antara bandar-bandar bawah tanah bernilai melihat adalah Derinkuyu, Kaymakli, Gaziemir dan Ozkanak.

Gambaran Kota di bawah tanah di Cappadocia

Gambaran Kota di bawah tanah di Cappadocia

 

2)      Hotel2 dari gua

Ini pastinya sesuatu yang baru & harus dicuba.. tedapat banyak hotel2 dari gua di Cappadocia, tapi pricing saya tak pasti ye, sila buat research anda J  Rumah-rumah besar yang bersejarah terbaik dan rumah gua untuk penginapan pelancong adalah di Urgup, Goreme, Guzelyurt dan Uchisar.

CappadociaCaveResort Cappodocia 2

3)      Belon udara panas

Belon udara panas adalah sangat popular di Cappadocia dan boleh didapati di Goreme.  Dari pembacaan saya. Pakerj bermula dari E175 utk seorang bagi menaiki belon panas ini.  Bagi yang sukakan trekking, disarankan ke Ihlara Valley, Biara Valley (Guzelyurt), Urgup dan Goreme.

Hot Air Balloon

Bagaimana caranya ke Cappadocia:-

a)      Kapalterbang

Opsyen yang paling cepat dan tidak memenatkan.  Terdapat dua bandar utama yang akan menghubungkan anda ke Cappadocia, iaitu Kayseri Erkilet Airport (ASR), dan  Nevsehir Kapadokya Airport (NAV).

b)     Kereta

Dari Istanbul ke Cappadocia sekitar 757 km atau 9 jam 15 menit berkendara

 c)     Bus

  1. Dari Istanbul – 12 jam
  2. Dari Ankara – 5 jam
  3. Dari Bursa – 11 jam
  4. Dari Izmir – 12 jam
  5. Dari Konya – 4 jam
  6. Dari Antalya – 9 jam
  7. Dari Canakkale – 17 jam

 

Wah, nampaknya macam ada yang berminat nak ke Cappadocia ye.. Sila buat research anda sekarang!! hehe

 

Till we meet again in my-not-so-soon post, xoxo..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

manisnya cinta di capadocia

Diari Istanbul 13 – Budget, Tips2 dan Panduan Merancang Perjalanan di Istanbul

Assallammualaikum

Posting kali ni dibuat khas untuk Kak Sofeah 🙂

Kali ini saya akan menyentuh tentang tips, perancangan lawatan & budget semasa berada di sana. Cerita kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan suami selama 6 hari di Istanbul. Lokasi kami adalah sekitar Sultanahmet & Eminonu sahaja, sebab di sini terletaknya Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar dan Galata Bridge.

Kami pergi on a very tight budget.  Kami peruntukan RM5,000 termasuk penginapan & makanan sepanjang berada di sana.. Harga tiket tidak termasuk dalam budget ini yaaa…

Update as at 11 Januari 2013 – ini adalah harga tiket ke Istanbul dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Harga Tiket Kapalterbang MAS dari KL ke Istanbul

Harga Tiket Kapalterbang MAS dari KL ke Istanbul

 

Percutian kami bermula dari 18hb June sehingga 23 June, 2012, dalam musim panas (summer).

Berikut adalah checklist (secara umum)  yang perlu anda selesaikan sebelum terbang ke sana.  Saya pergi dengan suami dan anak berusia 2 tahun 1 bulan ketika itu:-

 

1)       Tempahan hotel – boleh dibuat melalui booking.com @ agoda.. Baca semua review dari para pelancong.. Jangan terpedaya dengan gambar2 yang ditunjukkan di web, sebab kadangkala gambar tu semua indah khabar dari rupa.. hehe.

 

  1. anda perlu memastikan lokasi yang ingin anda lawati di Istabul.  Macam kami, kami fokuskan untuk melawat Hagia Sophia, Topkapi Palace, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, sekitar Eminonu & Sultanahmet.  Jadi, kami pilih Sirkeci Park Hotel, kerana ia terletak di tengah2 di antara Eminonu & Sultanahmet.  Hotel ni ada sarapan sekali, so anda tak perlu bimbang nak makan apa waktu pagi2.. Harga penginapan untuk 6 hari 5 malam ialah RM1200.00.
  2. Kalau anda memilih untuk menginap di apartment, pastikan ada kitchen untuk masak.  Barang2 basah kat istanbul pun murah & freshhhhhhhhhh! bukan macam kat giant, ayam dah hijau pun dia jual lagik.. huhu..
  3. jika anda ada membawa anak kecil seperti kami, memilih hotel yang berdekatan dengan train station juga adalah satu langkah yang bijak, kerana perjalanan lebih pantas untuk ke destinasi-destinati tumpuan.
  4. Selesai semua di atas ini, 50% dari percutian anda dah hampir terlaksana

 

 

2)      Pastikan juga anda menempah teksi untuk ke hotel.  Email kepada hotel & tanya sama ada mereka boleh menyediakan teksi untuk mengambil anda dari airport.. Jika anda jenis yang adventurous, boleh juga naik train dari Airport ke Sultanahmet..

3)      Pakaian yang sesuai – walaupun kami pergi pada musim panas, tapi panasnya bukan macam Malaysia ok, anginnya macam angin aircond, sejuk!! So pastikan ada jacket @ cardigan @ pashmina.

4)      Kasut sukan @ running shoes – ladies, tinggalkan aje la high heels tu kat rumah, u will be doing a lot of walking in Istanbul!!!

5)      Bagi anda yang masih mempunyai anak kecil, pastikan anda membawa stroller, boleh pengsan kalau nak dukung anak ke sana ke mari.. bawa stroller yang tahan lasak sebab jalan di sana adalah jalan lama (cobblestone) yang tidak rata

6)      Bawa susu anak – sana tak ada dutch lady, anmum, bla2.. saya bawak 1 kg susu & 500gm nestum.. Alhamdulillah, susu & nestum cukup sepanjang berada si sana.. Lagipun Iemrand dah makan makanan solid, so tak ada masalah..

7)      Bawa diaper yang mencukupi.. Bawak jugak nappy rash cream sebab takut kena nappy rash sebab perubahan cuaca kan..

8)       Ubat urat, sebab banyak berjalan, takut sakit kaki! muahahaha

9)      This may sound funny, tapi bagi anda yang suka @ mesti nak ada cili sos kalau makan burger, fries, etc, sila bawa sebotol @ bawak cili sos peket kecik2 dari KFC @ McD, kat Istanbul TAK ADA SOS CILI! Heheheh.. Yang ada Cuma chili flakes.. McDonalds dia pun tak ada cili sos! Huhuhu.. Sementelah makanan kat sana banyak dalam bentuk kebab, memang syok kalau ada cili sos. Tapi kat sana tak ada, so kurang umphhhh la bagi saya 😉

10)      Tukar matawang EURO di Malaysia.  Apabila tiba di Istanbul, and boleh tukar ke matawang Turkish Lira, tapi JANGAN TUKAR DUIT DI LAPANGAN TERBANG ATATURK! Anda akan kena tax.. tukar di Sultanahmet.. sana banyak perngurup wang asing.

 

Perancangan Perjalanan / Aturcara Perjalanan.

Buat pengetahuan semua, ada banyak muzium di Istanbul, dan menjadi satu kerugian andai anda tidak melawat 2 @ 3 darinya, kerana muzium di Istanbul adalah antara yang terbaik di DUNIA. Oh ya, kami pergi ke sana TANPA TRAVEL AGENT! Kami pergi setelah membuat research & mendapatkan info dari kawan2 yang pernah ke sana..

Macam kami, kami buat research 3 bulan sebelum ke Istanbul.  Sumbernya dari Tripadvisor, Goturkey.com, timeout.com & ada 90% dari blog2 orang Malaysia yang pernah pergi ke Istanbul serta darisahabat handai yang pernah ke istanbul.. Anda boleh cuba type keyword melawat Istanbul, Insya-Allah banyak blog akan keluar mengenai lawatan ke sana..

Ok, selesai membuat research, pastikan anda PRINT TEMPAT2 MENARIK & TIPS2 DARI PELAWAT.. Jadikan sebuat fail @ buku untuk anda rujuk apabila di sana nanti.. Di sini mungkin anda tak nampak kepentingannya, tapi bila anda di Istanbul, ia bagaikan kitab untuk merancang perjalanan anda.. Di hotel juga biasanya mereka ada phamplet2 mengenai tempat2 menarik di Istanbul. Ambil semua phamplet tersebut, baca & compare dengan research anda.. Di sana ada juga pakej2 tour dalam kumpulan2 kecil pada harga berpatutan.. Sesuaikan dengan budget anda dan boleh minta pertolongan dari recep hotel untuk membuat tempahan. Kadang kala hotel juga memberikan anda potongan pada tour package di sana.. so jangan malu bertanya, malu bertanya, sesat jalan! heheheh

Untuk melawat muzium, HIGHLY RECOMMENDED untuk anda beli pas museum.. ia berharga 72 Turkish Lira, kira2 dalam RM154.00.  Nampak cam mahal kan, tapi dengan pas ini, anda boleh masuk terus tanpa beratur.. Kalau anda nak tau, barisan untuk masuk ke Topkapi Palace & Hagia Sophia sangattttttttttttttt lah panjang!!! Terutama dalam musim panas.. boleh pengsan!!  Dengan pas ini juga, anda sebenarnya boleh jimat beberapa Euro, sebab harga tiket individu bagi tempat2 tu pun dah agak mahal..

 

inilah museum pass tu..

 

Pas muzeum ni sah selama 72 jam dari tempat pertama yang anda masuk.. kiranya 3 hari la..

Pas muzeum boleh di beli di tempat2 yang disenaraikan di sini – http://museumpassistanbuldistributor.com/

Antara muzeum2 yang boleh anda lawati dengan menggunakan pas ini ialah:-

1)       Topkapi Palace & Harem

2)       Hagia Sophia

3)       Istanbul Archeological Muzeum

4)       Chora Museum,

5)       The Museum of Turkish and Islamic Arts dan

6)       Istanbul Mosaic Museum.

Di atas kad ini juga ada ditulis masa pembukaan muzeum.. SILA PASTIKAN HARI UNTUK LAWATAN KERANA ADA MUZEUM YANG DITUTUP PADA HARI ISNIN @ JUMAAT.

 

MAKANAN

Owh, jangan bimbang langsung pasal makanan! Di sini sangat2 la mudah cari makanan halal & murah! Gerai2 pun bersihhhhhhhhh sangat, seekor semut @ lalat pun saya tak jumpa semasa di sana.. hehe.. Cumanya, macam saya kata tadi, sila bawak cili sos kalau nak pedas, sebab diorang memang tak ada cili sos ye.. harap maklum.. Masa kami pergi tu, memang tak bawak magee @ makanan segera lain dari Malaysia sebab kawan2 dah kata kat sana makanan sedap2 dan senang carik.. Roti kat sana pun murah, 1TL jer, besar lak tu, makan sampai lebam! Hahahah..

 

Kebab ikan, kebab daging & kebab ayam merata2 kat sini, so cuba la semuanya ye.. sedappppppppppppp sebab panas2!  Owh, satu lagi,  di Istanbul, mereka tidak masak air terus dari pili, tapi mereka beli air mineral.. Air mineral kat sana, murah aje.. Yang besar tu dalam RM4.00.. boleh tahan sehari dua.. tapi kalau anda tinggal di apartment, mungkin bolehla masak air dari pili… kitaorang bedal air mineral jer hari2.. hehe.. Satu lagik, jangan pelik kalau peniaga makanan bagi and sebakul roti yang telah dipotong2, tu memang kira cam compliment kalau anda makan di kedai mereka, semua kedai camtu, roti tu sume free of charge!

 

Balik Ekmek @ Kebab Ikan, Superbbbbbbbb!

 

Balik Ekmek dalam Roti

 

Kalau anda ada budget lebih, boleh la cuba makan di restoran2 besar tapi hati2 dengan scam restoran sebab kadang2 mereka hantar menu yang tidak diorder dan charge lebih2.. sejujurnya, saya dan suami Cuma makan di gerai2 & kedai2 kecil aje di sana – authentic Turkish kebab, lamahcun & pide membuatkan kami cukup kenyang sepanjang 6 hari.. harga dari 1TL ke 15TL.. kalau musim panas, buah-buah cam ceri, apricot, mubleri, strawbery, sume murah2.. hadoi, memang puas makan la, sebab buah2 ni memang disediakan masa sarapan.. hehe.. Jem diorang pun sedap sangat, manis buah, bukan manis gula.. pendek kata makanan sume superb la kat sana! hehe

 

PENGANGKUTAN

Kami berjalan2 di sana menggunakan keretapi @ berjalan kaki saja.. sebab itu sangat penting untuk memilih hotel di lokasi yang accessible pada tempat pengangkutan awam.. harga tiket pun murah, 2TO (RM4.00) ke semuaaaaaaaa destinasi.. best! Kami tak naik teksi langsung untuk ke tempat2 pelancongan, so tak tau berapa harga tambang teksi ye..

 

MEMBELI BELAH

Grand Bazaar & Spice Bazaar – dua tempat yang sangattt menarik! Beratus2 kedai ada kat Grand Bazaar tu. Spice Bazaar ni kecik sikit, tapi barang2nya lebih kurang aje… Macam kami, kami pergi dua kali ke Grand Bazaar, kali pertama survey2 harga barang, petang tu ke Spice Bazaar pulak.. barang yang sama, namun harga lebih murah di Spice Bazaar.. Kali kedua gi Grand Bazaar just nak jalan2 jer.. Tapi orang cam ulat la, memang ramai.. yang lawaknya, bila diorang tau kita orang Malaysia, dan2 cakap APA KHABAR? SELAMAT DATANG, MURAH MURAH.. heheheh.. pastu, satu lagik tips, di belah belakang Grand Bazaar, ada banyak kedai2 lagik, harga barang kat sana lagi murah.. Di Spice Bazaar pun camtu, anda jalan hingga ke hujung bangunan, kat belakang tu ada macam pasar lambak, baju, beg, kasut, tudung, murahhhhhhhhh dan cantik! So pastikan anda pergi ke bahagian belakang Spice Bazaar..

Satu lagi tempat shopping ialah di jambatan Eminonu.. Kami jumpa tempat ni secara tak sengaja, naik train nak ke Eminonu (di sini terletak Spice Bazaar), tapi suami saja ajak berhenti satu stesen ke hadapan. pastu kena turun tunnel, kat bawah tunnel tu heaven shopping utk tshirt! hehe.. saya lupa apa nama stesen, nanti saya cehck balik, tapi train tu menuju ke Galata Bridge..

 

 

SCAM

Ha, ini yang saya nak tekankan sangat.. kami terkena scam ni masa kat sana.. Mula2 kami nak pergi ke Topkapi Palace, tapi ramai sangat orang.. so kami decide nak ke Grand Bazaar dulu.. Pastu ada sorang mamat Turki ni nama dia Umar, dia approach kami, tanya dari mana semua.. Friendly sangat.. pastu dia tanya nak ke mana? Kami kata nak ke Grand Bazaar..dia kata I can show you the way.. so kami pun ikut la.. tiba2 dia kata I would like to invite you to my carpet factory.. Owh noooooooooooo! Masa tu dah rasa semacam, tapi dah orang ajak kan, kami ikut la.. Masuk dalam tu, dia dah bentang hamoir 30 helai karpet, pujuk kami beli.. suruh kami letak harga bila kami kata kami tak mampu.. Hampir sejam ok dalam tu!!! Saya takut jer kena bunuh ke, kena kidnap ker, sbb factory tu ke dalam sikit & pintu factory ditutup bila kami masuk ke sana.. Macam2 alasan kami bagi, last2 saya tipu kata saya housewife, suami saya sorang aje kije, tak der duit nak beli karpet.. Harga karpet tu EURO800! Gila kan.. bankrup! Dah ler datang bawka duit ciput jer.. hahaha.. Diorang pujuk2 gila tau, so anda kena pandai menolak jugak.. yang paling mudah, bila ada orang kata nak bawak hi kedai karpet, TERUS CAKAP NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO THANK YOU!!  Hhehe.. tapi diorang ni polite, kita sampai tu dah bagi air teh epal yang sedap bangat! Hehe.. saya siap cakap, thanks for your hospitality & the nice tea! Huhu.. so ingat – KALAU DENGAR JER PERKATAAN KARPET @ KILIM CAKAP JE NO, THANK YOU.. tapi kalau nak gi beli, no harm la ikut diorang tu.. hehe

TANDAS

Macam malaysia, tandas kat sana ada yang cangkung & duduk TAPI guna bidet.. ni yang saya palinggggggggggg lemah.. huhuuh.. so bawaklah satu botol kosong untuk bersuci yer..

 

SOLAT

Masjid ada di mana2, jangan risau tentang solat anda ye..

 

Kami bawak RM5,000 tapi masih ada baki RM1200.00 bila balik ke sini.. .. (tak ada niat nak menunjuk2 banyak duit ke apa ye, ni adalah panduan bagi anda yang ada tight budget cam kami)

kalau Kak Sofeah @ yang lain ada soalan, boleh komen kat bawah ye. Terima kasih!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

matawang istanbul,lawatan ke istanbul,tips melancong ke istanbul,pengalaman bercuti di istanbul,pengalaman melancong ke turki,melancong ke istanbul,shopping di istanbul,pengalaman melawat istanbul,harga makanan di istanbul,bajet ke istanbul,pengalaman melancong ke istanbul,ayu fatarina istanbul,bercuti ke istanbul,percutian bajet ke istanbul,tempat menarik di istanbul,shopping di turki,tips ke istanbul,tips melancong ke turki,mata wang istanbul,harga barang di istanbul,percutian di istanbul,perbelanjaan ketika bercuti di istanbul,budget ke istanbul,tips bercuti di istanbul,pengalaman bercuti ke istanbul,bajet percutian ke istanbul,ayufatarina istanbul,pengalaman ke istanbul,pengalaman bercuti di turki,penginapan murah di istanbul

Diari Istanbul 3 – Hagia Sophia

Assallammualaikum semua

Kali ni nak berkongsi cerita tentang Hagia Sophia, yang merupakan tempat utama yang perlu dilawati andainya anda ke Istanbul.

Bangunan ini terletak di hadapab Blue Mosque dan menyimpan seribu satu kisah dan sejarah.

 

Hagia Sofia

 

 

 

Informasi ringkas tentang Hagia Sophia.

 

Berikut saya rumuskan sejarah Hagia Sophia yang sya dapati dan cantunkan dari pembacaan saya di google ye..
Hagia Sophia berasal dari perkataan Yunani yang bermakna Suci Bijaksana.  Dalam bahasa Turki, ia dipanggil Ayasofya.  Bangunan ini asalnya adalah sebuah gereja Ortodoks, kemudian diubah menjadi sebuah masjid, dan sekarang menjadi salah satu  muzium yang terkenal di di Istanbul, Turki.

Pintu Masuk ke Hagia Sophia
Subahannallah..

 

 

 

Dari tahun 360 sehingga 1453, ia dijadikan katedral Yunani Constantinople, namun diantara 1204 dan 1261, ia ditukar kepada gereja Roman Katolik di bawah Empayar Latin.

Bangunan itu ditukarkan menjadi sebuah masjid dari 29 mei 1453 sehingga 1931.

Ia telah dibuka sebagai muzium pada 1 Februari tahun 1935.
Hagia Sophia terkenal khususnya untuk kubahnya yang besar, ia dianggap lambang seni bina Byzantine dan dikatakan telah “mengubah sejarah seni bina.” Ia merupakan gereja terbesar di dunia selama hampir seribu tahun, sehingga Seville Cathedral siap pada tahun 1520.

 

Hagia Sophia dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia telah direka oleh ahli-ahli sains Yunani Isidore dari Miletus, ahli fizik, dan Anthemius Tralles, ahli matematik.
Pada saat ia menjadi sebuah Gereja, ia mengandungi koleksi besar peninggalan suci dan menampilkan, antara lain, dinding yang memaparkan iconostasis (dinding dengan lukisan keagamaan) perak setinggi 49 kaki (15 m).   Ada antara iconostasis yang masih boleh dilihat sehingga sekarang di dalam Hagia Sophia.

 

 

 

 

Pada tahun 1453, Constantinople telah ditawan oleh orang Turki Uthmaniyyah di bawah Sultan Mehmed II, yang kemudiannya mengarahkan bangunan ini ditukarkan ke sebuah masjid.

Loceng, mezbah, iconostasis, telah dikeluarkan dan banyak mosaik telah ditampal. Ciri-ciri Islam seperti mihrab, Qaitbai, dan 4 menara – telah ditambah semasa dalam milikan Uthmaniyyah.

Loceng Gereja

Sultan juga telah membina sebanyak empat menara di sudut bangunan pada masa ini. Di dinding atas Hagia Sophia dapat dilihat plat bulat yang besar di mana nama “Allah” dan Nabi “Muhammad” ditulis dalam bahasa Arab. Terdapat juga 4 plat bulat yang besar di mana nama sebanyak 4 Khalifah telah ditulis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ia kekal sebuah masjid sehingga 1931.  Kemudian, ia ditutup kepada orang ramai selama empat tahun.  Kemudian, ia telah dibuka semula pada tahun 1935 sebagai sebuah muzium oleh Republik Turki.

 

 

Tiang Marmar – Sejukkkkk
Rasa nak peluk dan tido kat situ… haha

 

Untuk hampir 500 tahun masjid utama di Istanbul, Hagia Sophia dijadikan sebagai model untuk masjid Uthmaniyyah yang lain, seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru Istanbul), Masjid Mehzade, Masjid Süleymaniye, Masjid Rüstem Pasha dan Masjid Ali Pasa.

 

Chandelier yang menerangi Hagia Sophia

Melihakan Hagia Sophia, hati menjadi sayu, terbayang bagaimana kuatnya Islam satu ketika dulu hingga ia dapat menawan gereja yang terbesar ketika itu.  Hati rasa makin kerdil melihat tulisan Allah dan Muhamad tergantung tinggi dan besar berhampiran bumbung Hagia Sohia.. Sayang sungguh, negara ini disekularkan, dan masjid secantik ini ditukarkan menjadi sebuah muzium..

Ukiran di Tiang dalam Hagia Sophia

 

Lantai dan dinding Hagia Sophia ini sejuk sangat, terasa nyaman dan dingin walaupun ada ramai pengunjung di sini.. Masih kelihatan gambar2 era kristian di dinding2 bangunan ini, namun keagungan kalimah Allah dan Muhamad tetap memukau dan menjadikan Hagia Sophia gagah di mata pengunjung…

 

Subahannalah Alhamdulillah Lailahaillah Allah Huakhbar!

 

Moga Allah merahmati Sultan Mehmed II yang telah membawa era Islam ke Istanbul..

 

Di hadapan Hagia Sophia

Pelawat menemui web ini melalui carian:

bercuti di istanbul,sejarah aya sofia