Tag Archives: hotel untuk cuti sekolah

hutton-lodge-penang-2

Cuti-Cuti Malaysia – Hutton Lodge, Georgetown, Pulau Pinang

Assallammualaikum wbt

Apa khabar semua? Saya nak kongsi sedikit pengalaman bercuti mengejut di Pulau Pinang. Keputusan bermalam di sana dibuat sehari sebelum kami bertolak, jadi dalam kekalutan, saya terus book Hutton Lodge di Georgetown, Pulau Pinang.

Dalam hati cuak jugak sebab tak pernah pergi tidur mengejut macam ni, dan Hutton Lodge pula bukan hotel, tapi adalah sebuah bungalow besar yang telah dibuat pengubahsuaian menjadi dorm dan bilik. Saya buat tempahan di booking.com.

Dari pembacaan saya, kebanyakkan yang tingal di sini adalah backpackers, dan ketika kami sampai utk check in, mmg foreigners ramai di sini.

Saya telah menempah Double Room pada harga RM118 sahaja, dengan private bathroom. Ada bilik yang lebih murah, tapi kena share bilik air la.. Leceh sikit kalau ada anak kecik kan..

Pertama kali sampai, mmg saya agak terpegun melihat bungalow besar berwarna kuning ini.. Terasa melangkah masuk ke zaman2 lama dahulu.. Mmg cantik.. Rasa tenang dan damai di sini..

Bagi anda yang ingin tahu sejarah Hutton Lodge, anda boleh ke laman web mereka – http://www.huttonlodge.com/
Saya copy di sini sejarah lampau Hutton Lodge:-

Historical Significance

Hutton Lane is named after Dr. Hutton, the earliest known doctor to serve in Penang. He arrived with two assistants in 1805, when Penang became Presidency. Hutton Lane stretches from Penang Road to Larut Road and is dissected by Transfer Road into two sections. The area was well known as a Malay residential area where the western section near Larut Road was the “Muslim Millionaire’s Row”. The present Savoy Hotel, renovated with a new façade in the late 19th century, was formerly the residence of Mohd. Ariff bin Mohamad Tajoodin, and then his son Wanchee Ariffin (see also Perak Road). Down the road were the substantial homes of Wanchee Ariffin’s eldest son Haji Yusof and son-in-law M.Z. Marican alias The Bunga. It is believed that No. 17 Hutton Lane was at one time owned by the distinguished Marican family based on the search on the old land title deed record.

Mohd. Ariff and his son Wanchee Ariffin were great patrons of Boria. Wanchee kept the Bria minstrels singing for hours with generous tips, provoking complaints by the families of other households where the minstrels were expected to call. The ancestors was the distinguished pioneer Bapu Alauddin bin Meerah Hussein Lebai who as a representative of the Kedah Sultan accompanied tight to Penang.

The historical significance of No. 17 Hutton Lane cannot be fully ascertained at this moment as there are no historical records of events or personalities related to this building. However, it was known as Pin Kung Hotel after 1950’s and also served as Chinese Restaurant until year 2000.

Secara keseluruhan, saya suka tempat ni sebab:

1) Bersih
2) Murah (RM118, tiada surcharge utk hari Sabtu Ahad & termasuk sarapan ringkas)
3) Katil yang selesa
4) Aircond yang kuat dan sejuk
5) Wifi yang bagus
6) Shower dgn air panas

Bagi Muslim, saya syorkan bawa sejadah dan tikar kecil utk lapik solat.

Bilik di sini tidak besar ye, ngam2 je utk kami.. So kalau ada anak2 kecil yang lasak, saya tak recommend.

Satu lagi yang bagusnya tempat ni ialah dekat dengan kedai makan, nasi kandaq ada depan hotel.. kalau hangpa rajin, pi jalan sikit, dalam 10 minit jumpa Nasi Kandaq Line Clear hehe

Saya sertakan gambar di sini utk anda, so sapa2 yang nak ke Georgetown, boleh la consider tempat ni ye <3

hutton-lane-penang
Nasi Kandaq, lintas ja sampai dah 🙂

hutton-lodge-penang-2

hutton-lodge-penang-3

hutton-lodge-penang-address

hutton-lodge-penang-double-room-2

hutton-lodge-penang-double-room

hutton-lodge-penang

Insya Allah esok saya tuliskan aktiviti yang dibuat di Georgetown dalam masa 4 jam di sana.

xoxo