Tag Archives: Hotel di Istanbul

Diari Istanbul 1 – 18 – 23 June 2012

Assallammualaikum..

18 – 23 June 2012 yang lalu saya diberikan nikmat Allah untuk melawat Istanbul.  Perjalanan dengan MAS mengambil masa 10 Jam 50 minit.. Kami bertolak pada jam 12.30mlm waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Ataturk pada jam 6.30 pagi waktu Istanbul.. Walaupun baru pukul 6.30, tapi mentari memancar terang dan ceria, macam pukul 10.00 pagi di Malaysia.. Kami pergi waktu musim panas (summer) jadi siang lebih panjang dari malam.. Waktu Subuh pukul 3.30 pagi! Huhu.. Zohor pukul 1.00 tgh, Asa pukul 5.15, Mangrib pukul 8.30 dan Isyal pukul 10.30 malam! hehehe..

Hari pertama sampai, memang jet lag sangat!  Selepas beratur lebih kurang sejam utk pengesahan pasport, kami mengumpul bagasi dan keluar mencari pemandu yang telah ditempah utk membawa kami terus ke hotel kami – Sirkeci Park Hotel.. Sebaik saja melangkah keluar dari airport, angin sejuk menyambut ketibaan kami.. Subahanallah, nyaman sangat rasanya walaupun mentari panas terik.. Perjalanan lebih kurang 1/2 jam tersebut melalui lautan Marmara yang terbentang luas dengan kapal2 laut dan bunga2 segar.. Oh ya, semua kereta di Istanbul dipandu dari belah kiri.. Pemandu mereka boleh tahan jugak ganasnya, kecut perut dibuatnya! hahaha.. Caj dari airport ke hotel ialah 25Euro.. agak mahal bagi saya bagi perjalanan yang singkat namun kami tiada pilihan.. Sebelum sampai ke hotel, pemandu menunjukkan tempat2 tarikan utama seperti Aya Sophia, Topkapi Palace dan Blue Mosque..

 

Sesampai di hotel, kami diberikan sarapan percuma, namun terpaksa menunggu sehinga jam 12tgh sebelum check in.. Waktu kami tiba, jam baru menunjukkan pukul 8.00 pagi.. Sesudah sarapan, kami berjalan2 di sekitar Sultanahmet… Kami singgah lepak di satu taman bunga.. mujur banyak bangku, boleh melepaskan lelah.. Iemrand anak saya tertidur dalam stroller sebab dah penat sangat.. Jam kami masih menunjukkan waktu Malaysia jadi kami tak pasti berapa lama kami di taman tersebut.. bila balik ke hotel,  jam baru pukul 10.30 pagi!! Hadoi, nak tak nak terpaksa la tunggu.. Saya yang keletihan tertidur atas sofa sehingalah receptionist memanggil suami utk check in..

Masuk aje bilik, cuci2 muka, salin baju, tidoooooooooooooo! heheh

Petangnya, kami ke Yenikapi.. Sejukkkkkkk sangat angin kat sana.. Nyamannnnn dan indah.. Biru laut Istanbul, menyegarkan mata.. Rindu nak ke sana lagi.. Di bawah gambar2 yang sempat dirakamkan ketika di sana.. Insya-Allah saya akan menulis lagi tentang lawatan kami di sana

Update as at 17/10/2012 – boleh baca tips2 terbaru di sini – http://ayufatarina.com/diari-istanbul-13-budget-tips2-dan-panduan-merancang-perjalanan-di-istanbul

Salam sayang..

 

 

 

Cantik sangat pemandangan dari tepi laut ni..

 

 

 

 

 

 

 

Yang tinggi tu ialah Galata Tower

 

Biru Laut yang menyegarkan mata memandang..

 


Pelawat menemui web ini melalui carian:

musim panas di istanbul,tips melawat istanbul