Tag Archives: hendak seribu daya

Hendak seribu daya..

Assallammualaikum..

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih – peribahasa Melayu yang bagus dijadikan panduan dan pegangan..

Bila membaca peribahasa ini, saya teringat pada adik sepupu saya.. Dia bekerja sebagai seorang despatch sambilan di 6 buah pejabat guaman sekitar Melaka, pada masa yang sama,  bekerja sebagai seorang receptionist setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di salah sebuah hotel, berniaga vitagen dan barang-barang perhiasan rumah secara kecil2an.  Pendek kata, dia sentiasa berusaha dan tidak memberikan alasan penat dan sebagainya demi mencari rezeki bagi menampung kehidupanya dan keluarga.  Dalam masa yang sama, solatnya dijaga, puasa tak tinggal walaupun penat bekerja, ada masa untuk isteri dan anaknya.

Seorang kenalan saya pula, dah hampir 2 tahun tidak bekerja, di tanggung oleh isterinya.. Katanya susah nak dapat kerjalah, asyik kena buli la, tak nak kerja shift sebab tak nak tinggal isteri di rumah la, gaji kecik la, tak ada kelayakanlah, dan seribu macam alasan.. berniaga pun sekejap jer, lepas 2 minggu, berhenti, sebab katanya cuma balik modal ajer.. Aiseh, come on la, mana ada orang berniaga hari ni, esok dah pakai mercedes, kan?? huhu.. Kemudian, mereka balik kg, alasannya kat kg banyak kerja, tapi bila sampai di kampung, dah hampir sebulan, tetap tak bekerja juga, isterinya yang penat berniaga makan.. Ish, tak malukah dia sebagai seorang lelaki, makan hasil isteri?  Solat memang tak tinggal, bercakap pasal agama, memang nombor satu, tapi di mana tanggungjawabnya sebagai seorang suami, seorang ayah??

Nampak tak beza dua contoh yang saya berikan di atas?  Seorang gigih mencari rezeki, tidak merungut malah berusaha keras.. Yang seorang lagi, sering memberikan alasan, dan hanya bertawaqal kepada Allah tanpa berusaha..

Saudara/saudari,

Bumi Allah ini luas, orang2 yang berusaha, pasti diberikan ganjaran oleh Allah, as long as berusaha mencari rezeki yang halal dengan cara yang betul.. Janganlah asyik memberikan alasan, jangan mengharapkan rezeki turun dari langit.. Ada yang kata, ulat dalam batu pun boleh makan, tapi kalau ulat tu tak buka mulut, dia tak akan dapat mengunyah batu tu untuk dijakdikan makanannya, kan? So sekecil2 benda pun, kena usaha untuk mendapatkannya..

Kalau di kuala lumpur @ selangor ni, saya rasa tidak jadi masalah untuk mendapatkan pekerjaan (yang halal saja ya).  Ada banyak kedai2 makan, dan juga pasaraya yang memerlukan pekerja.. Kedai2 biasa juga banyak memerlukan sales girl @ pembantu kedai.. Pendek kata, cari sajalah, Insya-Allah, pasti ada kekosongan kerja.. Kalau gaji kecil, jangan merungut, buatlah part time di tempat2 lain di sebelah malamnya seperti di 7-11 @ pasaraya2 lain yang menawarkan perkhidmatan runcit 24jam sehari.. Ingat peribahasa ni – hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Cuma beringat lah, dalam kesibukan mencari rezeki, jangan lupa untuk beribadat kepada Allah.. Kita mesti berusaha dahulu, baru diiringi dengan doa, tawaqal & redha kepada Allah..

Saya harap, selepas ini, mentaliti kita semua akan berubah.. Jangan mengharap rezeki Allah datang bergolek, semunya mesti dmulakan dengan usaha, doa & tawaqal kepadaNya.. Allah Maha Melihat, Maha Pengasih & Maha Penyayang, DIA akan sentiasa memberikan balasan atas semua yang kita lakukan.. DIA ialah Ya Razzaq, yang memberikan rezeki.. So, jom kita sama2 berusaha mencari rezeki yang halal.. Haiya ‘alal solah, haiya ‘alal falah.. Wallahualam..  🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

karangan hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,contoh karangan peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,hendak seribu daya tak hendak seribu dalih contoh karangan,HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH,hendak seribu daya,maksud hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,contoh karangan peribahasa pmr hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,contoh karangan peribahasa hendak seribu daya tak seribu dalih,karangan peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih pmr,karangan peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,contoh karangan hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,hendak seribu daya tak hendak seribu dalih contoh ayat,karangan hendak seribu daya,contoh karangan pmr peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,contoh karangan peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih pmr,karangan peribahasa pmr hendak seribu daya tak seribu dalih,contoh ayat peribahasa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,contoh karangan peribahasa hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih,hendak seribu daya tak hendak seribu dalih contoh karangan pmr,karangan peribahasa hendak seribu