Tag Archives: harga makanan di keukenhoff

Kembara Amsterdam 7 – Keukenhoff, Syurga Bunga Final Part

Assallammualaikum..

Ada tak yang mimpi dikelilingi bunga2 tulips? hehe.. Ok la hari ni kita masuk final part pasal Keukenhoff ni.. Dalam Keukenhoff ni, ada juga rumah2 kaca yang dipenuhi dengan bunga2 lain seperti lili & orkid.. Selain tu, ada juga kedai souvenir & kedai2 makan.. Tak silap saya hot coffee @ hot choc bermula serendah 2E utntuk satu cawan..

Sebelum pergi, saya dah pack2 sandwich dari hotel.. Selain tu ada juga bawak epal & pisang serta biskut sebab ada plan nak buat picnic sikit dalam taman ni.. Cuaca memang sangat sejuk, ada kala ujan turun renyai2, tapi sekejap aje, hujan lalu kata orang tua2.. so sempatlah kami piknik sekejap makan sandwich & buah2 tu semua.. nyaman aje.. bila dikelilingi pemandangan yang cantik tu, makan sandwich sejuk pun rasa sedap semuanya! haha.. kalau ada nasik lemak, meehoon, karipap, kopi panas, mak aiiii.. heaven!!!!!!!

Orchids @ Keukenhoff

 

Orchid Chandelier

 

Orchids @ Keukenhoff 2

 

Souvenir kat sini boleh tahan mahal.. Kalau macam keychain terompah @ fridge magnet, lebih baik beli di kedai2 di area Amsterdam Central ke Dam Square kerana harga di sana jauh lebih murah.. Tapi pinggan kaca yang tertulis perkataan Keukenhoff tu boleh la beli buat kenangan sebab tak jumpa kat tempat lain.. Saya memang tak beli apa2 cenderamata kecuali buku tentang Keukenhoff yang berharga 4Euro (RM16.00).. Pada saya bukulah cenderamata yang paling berharga sebab boleh simpan sampai ke anak cucu 🙂

Souvenis Shop @ Keukenhoff Souvenis Shop @ Keukenhoff 2 Souvenis Shop @ Keukenhoff 3 Souvenis Shop @ Keukenhoff 4 Souvenis Shop @ Keukenhoff 5

All good things must come to an end.. Lepas 5 jam berjimba2, feeling2 hindustan kat taman bunga ni, hujan pun turun! huhu.. Mujurlah kami dah puas mengelilingi taman tu, so bila hujan turun, tak rasa ralat sangat la.. Kami rehat dulu setengah jam, minum hot choc, pastu baru bergerak ke tempat bus.. 


Bye2 Keukenhoff

Kat bahagian luar, ada 2 kedai kecil yang menjual benih tulips.. ish kalo la tulip boleh tanam kat malaysia, memang saya borong la, tanam kat umah & feeling2 kat amsterdam je hari2 (statement nak kena baling dengan bom nuklear ni.. hahahaha)

 

ini ler rupanya benih tulip cam sengkuang cina kan? hahaha

ini ler rupanya benih tulip
cam sengkuang cina kan? hahaha

 

Ini la bus Arriva yang membawa kami balik ke Schipol.. Bus balik ni tak secantik bus masa kami pegi.. Saya nak tunggu bus bunga2 tu tapi sebab dah ujan kan, naik la jugak.. huhuhu Sampai schipol dah dalam pukul 6 petang.. Ronda2 kat dalam tu pastu balik rehat kat hotel je.. Esoknya, kami ke Zaanse Schans, perkampungan lama2 yang ada kincir angin tu.. Insya-Allah esok saya sambung cerita ye..

 

Arriva Keukenhoff Bus