Tag Archives: Hagia Sophia

Diari Istanbul 7 – Sirkeci Park Hotel

Assallammualaikum Semua

Ada yang bertanya di mana kami sekeluarga tinggal semasa di Istanbul.. Kami menginap selama lebih kurang seminggu di Sirkeci Park Hotel.

 

Hotel ini adalah hotel klasik Uthmaniyyah dan ia terletak  di tengah-tengah pusat bersejarah di Istanbul.  Sebenarnya banyak hotel2 lain tapi kami pilih Sirkeci sebab feedback yang agak baik dari booking.com – boleh baca tentang Sirkeci Park Hotel kat sini –  http://www.booking.com/hotel/tr/sirkeci-park.en-gb.html?aid=311984;label=ekim-apart-o3LyvLZc65CgaGOKtJlgxwS4861800343;sid=9e6b2797a33da5bb1ac7ae7d2a9693ef;dcid=1;origin=disamb;srhash=1662771837;srpos=2

 

Kami menginap di sini dari 18 – 23 Jun.  Kami memilih hotel ini kerana lokasinya yang strategik.  Ia terletak berhampiran Gulhane, stesen kereta api yang boleh membawa anda ke tempat-tempat bersejarah dan pusat membeli-belah seperti Masjid Biru, Istana Topkapi, Spice Bazaar dan Grand Bazaar. Anda hanya perlu membayar 2TL untuk jeton (tiket) ke mana-mana sahaja kawasan yang diliputi oleh laluan keretapi ..  Namun anda juga boleh memilih untuk berjalan kaki ke tempat2 bersejarah dan tarikan kerana ia agak dekat juga, lebih kurang 10-20 minit perjalanan..

 

 

 

Ni map untuk erboy hotel, tapi sirkeci terletak betul2 sebelah Erboy hotel tu..

 

 

Ini train yang berhampira dengan Sirkeci Park Hotel – di Gulhane Train Station

Kami tiba pada pukul 7.30 pagi pada 18 Jun. Kami disambut dengan baik dan diberikan sarapan percuma yang mengandungi pelbagai beberapa roti, lokums, buah-buahan segar, keju, telur dadar, salad, tapas, bijirin, teh, kopi dan jus. Kami memang berpuas hati dengan sarapan yang diberikan sepanjang kami berada di sini..

 

Pandangan Hadapan Sirkeci Park Hotel


Bilik kami adalah sangat kecil, tetapi bagi kami, dah okay sangat dah.. hehe. Bilik kami tu mengadap jalan raya, jadi ia agak bising pada waktu pagi, tapi masih boleh tahan la.. hehe.. Kat sini mereka provide towel & toiletries, hari2 diorang bagi toiletries baru..

Bagi anda yang mementingkan kebersihan, room service di sini adalah antara yang terbaik.. Tukang kemas bilik ni,  sentiasa tersenyum dan memberikan ucapan selamat bila berjumpa dengan kita..

 

Saya dari balkoni Sirkeci Park Hotel

Satu lagi kelebihan Sirkeci Park Hotel ni ialah, terdapat banyak restoran-restoran yang berdekatan, dan sebuah kedai runcit yang saya suka sangat di hujung jalan..  So senang la nak beli barang2 keperluan macam air minum, snek, sabun dll..

 

Kedai DIA.. hehe.. best kedai ni, boleh beli rempah ratus masakan Turki dan kudap2an serta biskut2 kat sini.. buah2 fresh pun ada..

 

 

Ablah Ayu (makcik dalam bahasa Turki) tengah carik barang.. huhu

 

Antara barang2 di kedai DIA

Saya nak bgtau awal2 ni, kakitangan kat restoran2 berdekatan Sirkeci park Hotel ni, diorang suka cam memaksa kita masuk tau.. harga pun, boleh tahan mahal.. Restoran ni pulak menghidangkan arak & wine.. so saya memang dah banned awal2 la.. kat sini banyak foreigners macam orang putih yang makan.. bagi anda yang pergi dengan budget terhad cam saya, saya syorkan anda jalan hingga ke stesen Eminonu.. dalam 10 minit jer, sana banyak kedai2 makanan kecik2 yang jual makanan tradisional Turki cam kebab, balik ekmek.. semua sedap, harga pun dalam 2-9TL (dalam RM4-18 duit kita).. Makanan diorang ni, semua dimasak depan mata, panas2, so memang sedap & kebersihan kedai, memang A++++.. bersih sangat tau!

 

Jalan berhadapan dengan bilik kami di Sirkeci park Hotel

Kakitangan kat sini pun peramah, senyum je kalau jumpa kita, tapi kebanyakkan mereka tak tau cakap bahasa Inggeris.. Receptionist dia aje yang pandai.. huhu

 

Receptionist

Meninggalkan hotel ini macam terasa macam meninggalkan keluarga, memang rasa sedih sampai saya menangis masa peluk staf dia.. hahaha.. poyo kan? tapi mungkin saya rasa sedih sangat sebab layanan mereka tu baik sangat.. So kalau ada sesiapa yang nak pegi ke Istanbul, boleh la cuba menginap di sini..

 

Staff Sirkeci Park Hotel yang baik2 belaka..

 

Diari Istanbul 3 – Hagia Sophia

Assallammualaikum semua

Kali ni nak berkongsi cerita tentang Hagia Sophia, yang merupakan tempat utama yang perlu dilawati andainya anda ke Istanbul.

Bangunan ini terletak di hadapab Blue Mosque dan menyimpan seribu satu kisah dan sejarah.

 

Hagia Sofia

 

 

 

Informasi ringkas tentang Hagia Sophia.

 

Berikut saya rumuskan sejarah Hagia Sophia yang sya dapati dan cantunkan dari pembacaan saya di google ye..
Hagia Sophia berasal dari perkataan Yunani yang bermakna Suci Bijaksana.  Dalam bahasa Turki, ia dipanggil Ayasofya.  Bangunan ini asalnya adalah sebuah gereja Ortodoks, kemudian diubah menjadi sebuah masjid, dan sekarang menjadi salah satu  muzium yang terkenal di di Istanbul, Turki.

Pintu Masuk ke Hagia Sophia
Subahannallah..

 

 

 

Dari tahun 360 sehingga 1453, ia dijadikan katedral Yunani Constantinople, namun diantara 1204 dan 1261, ia ditukar kepada gereja Roman Katolik di bawah Empayar Latin.

Bangunan itu ditukarkan menjadi sebuah masjid dari 29 mei 1453 sehingga 1931.

Ia telah dibuka sebagai muzium pada 1 Februari tahun 1935.
Hagia Sophia terkenal khususnya untuk kubahnya yang besar, ia dianggap lambang seni bina Byzantine dan dikatakan telah “mengubah sejarah seni bina.” Ia merupakan gereja terbesar di dunia selama hampir seribu tahun, sehingga Seville Cathedral siap pada tahun 1520.

 

Hagia Sophia dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia telah direka oleh ahli-ahli sains Yunani Isidore dari Miletus, ahli fizik, dan Anthemius Tralles, ahli matematik.
Pada saat ia menjadi sebuah Gereja, ia mengandungi koleksi besar peninggalan suci dan menampilkan, antara lain, dinding yang memaparkan iconostasis (dinding dengan lukisan keagamaan) perak setinggi 49 kaki (15 m).   Ada antara iconostasis yang masih boleh dilihat sehingga sekarang di dalam Hagia Sophia.

 

 

 

 

Pada tahun 1453, Constantinople telah ditawan oleh orang Turki Uthmaniyyah di bawah Sultan Mehmed II, yang kemudiannya mengarahkan bangunan ini ditukarkan ke sebuah masjid.

Loceng, mezbah, iconostasis, telah dikeluarkan dan banyak mosaik telah ditampal. Ciri-ciri Islam seperti mihrab, Qaitbai, dan 4 menara – telah ditambah semasa dalam milikan Uthmaniyyah.

Loceng Gereja

Sultan juga telah membina sebanyak empat menara di sudut bangunan pada masa ini. Di dinding atas Hagia Sophia dapat dilihat plat bulat yang besar di mana nama “Allah” dan Nabi “Muhammad” ditulis dalam bahasa Arab. Terdapat juga 4 plat bulat yang besar di mana nama sebanyak 4 Khalifah telah ditulis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ia kekal sebuah masjid sehingga 1931.  Kemudian, ia ditutup kepada orang ramai selama empat tahun.  Kemudian, ia telah dibuka semula pada tahun 1935 sebagai sebuah muzium oleh Republik Turki.

 

 

Tiang Marmar – Sejukkkkk
Rasa nak peluk dan tido kat situ… haha

 

Untuk hampir 500 tahun masjid utama di Istanbul, Hagia Sophia dijadikan sebagai model untuk masjid Uthmaniyyah yang lain, seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru Istanbul), Masjid Mehzade, Masjid Süleymaniye, Masjid Rüstem Pasha dan Masjid Ali Pasa.

 

Chandelier yang menerangi Hagia Sophia

Melihakan Hagia Sophia, hati menjadi sayu, terbayang bagaimana kuatnya Islam satu ketika dulu hingga ia dapat menawan gereja yang terbesar ketika itu.  Hati rasa makin kerdil melihat tulisan Allah dan Muhamad tergantung tinggi dan besar berhampiran bumbung Hagia Sohia.. Sayang sungguh, negara ini disekularkan, dan masjid secantik ini ditukarkan menjadi sebuah muzium..

Ukiran di Tiang dalam Hagia Sophia

 

Lantai dan dinding Hagia Sophia ini sejuk sangat, terasa nyaman dan dingin walaupun ada ramai pengunjung di sini.. Masih kelihatan gambar2 era kristian di dinding2 bangunan ini, namun keagungan kalimah Allah dan Muhamad tetap memukau dan menjadikan Hagia Sophia gagah di mata pengunjung…

 

Subahannalah Alhamdulillah Lailahaillah Allah Huakhbar!

 

Moga Allah merahmati Sultan Mehmed II yang telah membawa era Islam ke Istanbul..

 

Di hadapan Hagia Sophia

Pelawat menemui web ini melalui carian:

bercuti di istanbul,sejarah aya sofia