Tag Archives: hadiah perempuan suka

Saya kecewa…

Saya kecewa.. sebab promosi ebook saya dipermain2kan di salah sebuah forum.. Ya, mungkin niche ebook saya – CINTA – nampak remeh dan mungkin kebudak-budakan.. Mungkin ada yang merasakan tidak perlu belajar tentang cinta, tidak perlu tahu apa yang perempuan inginkan dalam perhubungan dan percintaan.. Ada yang merasakan, membazir membeli ebook seperti panduan cinta lelaki ini.. Masing2 merasakan rugi menghabiskan RM25.00 untuk sebuah ebook panduan cinta…

Tak mengapa, saya faham, dan saya hormati keputusan anda.. Apa-apa pun tanggapan anda mengenai ebook saya, itu persepsi anda sendiri.. Cuma, saya kecewa sebab anda tidak mengambil peluang ini untuk belajar menjadi seorang lelaki yang baik, saya kesian melihat masih ramai wanita yang kesepian tanpa cinta, saya takut dan gerun melihat terlalu banyak masalah2 moral dan kejatuhan akhlak anak2 muda, saya marah melihat ramai wanita dipermainkan, saya resah melihat banyak perhubungan dan perkahwinan yang berakhir di tengah jalan, semuanya gara-gara lelaki dan wanita yang tidak tahu apa sebenarnya yang diingini oleh semua wanita di luar sana..

Saudara/saudari, cinta ini sebenarnya satu ilmu juga.. Kita perlu tahu cara memupuk, menyemai, membajai dan menjaga benih cinta itu agar ia jadi pohon yang teguh dan kukuh.. Acapkali kita terleka, ataupun tidak tahu cara yang sesuai untuk menjaga benih cinta tersebut, yang akhirnya membuatkan ia terkulai layu.. Nah, bukankah perlu ada panduan untuk memastikan benih cinta itu terus hidup subur? Lantaran itulah, saya terpanggil untuk menulis ebook panduan cinta lelaki ini..

Selalunya, bila cinta terkubur di tengah jalan, kita menyalahkan antara satu sama lain, namun pernahkah kita melihat kekurangan yang ada dalam diri kita, kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar? Ataupun kita terlalu ego untuk menilai itu semua? Mungkin juga kita malu untuk meminta pandangan dan nasihat dari rakan-rakan, takut digelar mat jiwang @ mat bungaaa.. Nah, sebab itulah anda perlu mendapatkan panduan cinta lelaki ini!!

Saya masih lagi kecewa, kerana ebook ini diperlekehkan oleh sesetengah lelaki, yang selalu memikirkan WANITA ZAMAN SEKARANG SEMUANYA MATERIALISTIK! Aduh, kesian, semua wanita disalahkan hanya kerana sikap segelintir dari kami.. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Hmmmm.. Saya kecewa kerana kaum lelaki tidak mahu menyelam rahsia dan tips yang saya berikan untuk menilai wanita yang baik, yang cocok di jadikan isteri… Semuanya ada dalam ebook panduan cinta lelaki ini…

Owh, ada yang mengatakan, saya sudah kahwin, apa perlunya ebook ini…. Sebab saya faham orang perempuanlah saya dapat kahwin dengan isteri saya sekarang… Hmmmm, anda ada tanya pada isteri, apa pandangan sebenarnya tentang anda? Adakah anda tahu, yang mungkin si isteri inginkan anda berubah menjadi lelaki yang lebih prihatin, yang lebih bertanggungjawab, yang lebih bertolak ansur, yang lebih memahami, namun tidak tahu atau takut melafazkan dan berbincang mengenainya dengan anda? Hmmm… perkara ini ada saya kupaskan dalam bab- ciri-ciri lelaki idaman… Oh, tapi mungkin ini juga bukan tips yang berguna buat anda semua….

Ada juga yang garu kepala, selalu tidak faham tabiat orang perempuan yang ada kalanya memeningkan.. kenapa orang perempuan suka beli kasut banyak2? kenapa orang perempuan selalu angin bila tiba “waktu itu”? kenapa orang perempuan sangat cerewet soal berat badan?? kenapa? kenapa? kenapa??? soalan itu hanya hilang di angin lalu.. tapi anda boleh tahu jawapannya dengan membeli ebook panduan cinta lelaki saya…oh, tapi mungkin anda merasakannya tidak berguna untuk anda..

Mungkin ada yang ada masalah dengan personaliti dan berpakaian, tidak tahu cara lelaki berfesyen, tapi.. ahhhhh, lantaklahhhh, tak penting, kata anda.. tapi penampilan penting bagi orang perempuanm dan semuanya saya senaraikan dalam ebook bonus panduan cinta lelaki….

Saya kecewa lagi, sebab walaupun saya dah senaraikan 30 hadiah yang paling di sukai wanita, anda masih lagi datang dengan tangan kosong ketika hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan anda.. Alasannya, tak tahu apa nak beli.. Hohohhoho.. kalau anda beli ebook saya, anda tak perlu pening2 untuk 30tahun akan datang, kerana semua hadiah sudah tersenarai untuk setiap hari jadi..

Owh.. kecewanya saya.. mengapa masih tidak ada yang mahu memiliki panduan cinta ini untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik, lebih cemerlang, gemilang & terbilang.. hmmmmm….

Dan saya makin kecewa, bila lelaki2 hebat dari Singapura dan Indonesia yang mengambil peluang membeli ebook ini untuk belajar menjadi lelaki hebat dalam hidup & cinta ini, sedangkan orang-orang Malaysia memperlekehkan hasil kerja saya..

Owhhhh, jangan anggap saya menghentam atau menyalahkan mana-mana pihak kerana ebook saya tidak mendapat sambutan, saya cuma meluahkan kekecewaan saya kerana ebook motivasi untuk hidup & cinta ini dipandang ringan.. Semoga saya tabah menghadapi semuanya selepas ini.. Amin..