Tag Archives: fesyen bertudung di turki

Diari Istanbul 21 – Yang Pelik, Yang Unik & Yang Cantik Di Istanbul :)

Assallammualaikum…

Ha, apa agaknya yang pelik di Istanbul tu yer???

Cuba anda lihat gambar di bawah.. Saya namakan abang ni – Badang Istanbul, sebab karung yang dia angkat tu, sangat berat, sampai terbongkok2 badan dia kan.. Tapi menakjubkan sebab dia masih gagah berjalan mengangkut bungkusan tersebut.. Orang2 seperti ini banyak dijumpai di sekitar Istanbul.. Kerja mereka ialah mengutip kertas2, kotak2, botol2 plastik dan tin2 minuman kosong, dan kemudian di bawa ke satu tempat untuk diklasifikasikan mengikut jenis barang2 tersebut.. Pendek kata – macam pengumpul barang2 terpakai..

 

Saya sebenarnya cuak tengok mereka ni angkat barang, sebab saya takut mereka terjatuh & dihempap barang2 tersebut, tapi diorang ni rileks jer, macam angkat kapas jer.. huhu.. Seawal jam 6.00 pagi, abang2 Badang Turki ini sudah dilihat mengangkat bebanan yang berat ini di belakang mereka, dan hingga jauh malam, mereka masih lagik bekerja.. Kesian sangat.. Tapi saya tetap memuji kesungguhan & kekuatan mereka mencari rezeki demi memberikan makanan untuk keluarga tersayang.. I salute u abang Badang Turki!!

 

 

Di Istanbul juga saya sekeluarga berpeluang melihat pakaian unik yang dipakai oleh anak2 lelaki yang comel2.. Kami tak tau kenapa mereka dipakaikan sedemikian rupa, sebab kekangan bahasa.. kebanyakkan orang Turki tak tau berbahasa Inggeris.. Baju yang dipakai si comel tu macam jubah putera2 raja, siap ada cokmar lagik tau.. banyak kali kami terserempak dengan anak2 ini.. so cute!

 

 

Hi, saya la Putera Raja yang comel! hehe

 

 

Semasa di Blue Mosque, kami ternampak pakcik ni dengan kostum ala2 arab.. hehe.. Ya Habibi ya Maulana!!!

 

Umum mengetahui yang Turki adalah sebuah negara yang majoritinya adalah penganut agama Islam.. jadi kat sini memang rata2 memakai tudung.. Cara mereka pakai, lebih kurang wanita Malaysia, tapi nampak lebih cantik coz diorang sendiri memang sangat cantik.. hidung mancung jer, kulit cerah2.. yang paling saya suka, tengok diorang pakai skirt @ long coat, nampak elegant!

Anak dara Istanbul tunggu sapa tu? hehe

 

Long coat & skirt – i LIKE!!

 

Kakak2 dan makcik2 baru balik kije.. hehe

 

Sepasang kekasih di tepi lautan Bosphorus..

 

Akak, gossip2 ye.. hehe
Shawl yang dililit dan dipinkan di atas rambut..

 

Ablah yang baik, bagi Iemrand skotak chewing gum.
Anaknya santai aje berjeans kan.. Tapi tetap cantik..
Again, kekangan bahasa, cuma guna bahasa isyarat aje.. hehe

 

Wahhhhhhhh!
Ni memborong sakan di Spice Bazaar! 🙂

 

Santai2 minum petang bersama rakan2..

 

Anak dara ni nama Mehrab
Dia menguruskan restoran tempat kami makan hari2 kat sana.. hehe

 

Ha, dah puas tengok anak2 dara Turki yang cantik2? Hehe.. Sekarang kita tengok pulak hasil kerja tangan mereka.. Stokin kait, penggosok badan & tudung bersulam adalah antara barang2 hasil kerja tangan wanita2 di sana.. Cantik & unik barang2 tersebut..

Nampak tak renda2 kat keliling tudung tu?
Ha, tu semua disulam tau..
Tapi, tak tau harga, makcik tu tak tau cakap English!!

 

Penjual Stokin Kait berdekatan Grand Bazaar..
Comel2 stokin budak2 tu..

 

Sedikit Informasi : – Stokin2 yang sama ni, boleh juga dibeli dari seorang pakcik di Spice Bazaar.. Dia berniaga berdekatan dengan McDonalds.. tak ada kedai, dia buka meja tepi jalan je… harga jauh lebihhhhhhhhhhhhhh MURAH dari di sini.. tapi saya niatkan utk sedekah kepada anak makcik ni yang OKU kat belakang tu.. Majoriti ablah (makcik) di Istanbul memang pandai menagit, kerja ini dilakukan ketika musim sejuk 🙂

 

Close up stokin baby 🙂
Harga di sini ialah TL15-TL30 sepasang

Close up stokin orang dewasa
Harga dari TL20-TL60

 

 

Ini pula penggosok badan
Saya ada beli, tapi tak sampai ati nak pakai!
Cantik sangat!
Harga dari TL10-TL30

 

Itu la sedikit sebanyak yang pelik, yang unik & yang cantik di Istanbul 😉

Pelawat menemui web ini melalui carian:

jubah turki,jubah turki wanita,wanita istanbul,angkat barang