Tag Archives: faudziah hamzah

Ibu, wanita yang tidak ternilai jasanya…

Assallammualaikum..

Apa khabar semua?

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk semuaaaaaaaa ibu2 di seluruh dunia.. Jasa dan pengorbanan ibu, tidak terbalas walau dihimpun segala harta kekayaan di dunia ini.

Tahun ini, tahun pertama saya menyambut hari ibu untuk diri saya sendiri.. Aduhai, belum setahun saya menyandang gelaran mama ini, tapi saya akui, cukup mencabar dan cukup menuntut kesabaran.. Dari saat mengandung, ketika melahirkan (yang sakitnya masih terasa hingga ke hari ini) dan dalam proses membesarkan Iemrand, ia bukanlah satu proses yang mudah..

Iemrand kesayangan saya semakin lasak, semakin mengada2 dan semakin cerdik! Sekarang dia dalam proses untuk belajar berjalan.. memang meletihkan kerana dia tak mahu duduk diam, habis satu rumah ditawafnya.. huhu.. lepas tu, apa yang dia hendak, mesti dia dapatkan, kalau tidak, dia menjerit, suara dah la macam jurulatih PLKN! hahahahah.. bila dia buat perangai, memang hilang kesabaran.. tapi bila dia buat manja2, comel2 tu, sejuk hati, sejuk mata.. hehe

Agaknya, macam itu jugalah yang dirasa oleh mama saya sendiri ketika membesarkan saya.. Sementelah, mama membesarkan saya seorang diri, pastinya lebih mencabar.. Skrg baru saya tahu penat lelah dan segala pengorbanan seorang ibu.. memang tidak ternilai.. Setiap titik peluh, setiap juraian air mata,ย setiap wang ringgit, setiap detik masa, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan dalam membesar serta mendidik anak2 – TIDAK TERNILAI HARGANYA.. Tapi cukuplah sekadar pelukan, ciuman dan tawa anak2.. hilang segala kepenatan yang dirasai..


Aduhai, betapa hebatnya kurniaan Allah untuk seorang insan bergelar ibu.. DiberikanNya kekuatan, kesabaran, kelembutan dan ketegasan dalam membesarkan insan2 lain.. Patutlah syurga itu di telapak kaki ibu.. ๐Ÿ™‚

Jom hayati lagu ini – dendangan Aisyah:-

SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Menusuk kalbu betul mendengar lagu ni, rasa nak nangis pun ada.. huhu..

Untuk mama yang amat saya sayangi – Puan Faudziah Hamzah, i love u always and forever, thank you for EVERYTHING & ANYTHING.. i wont be who i am if its not because of you.. Thank you mama.. Happy Mother’s Day 2011.. Hugs and kisses for u.. muahhhh!!

Untuk ibu mertua saya – Puan Salmah Shafie, SELAMAT HARI IBU, mak ๐Ÿ™‚ Semoga Allah memberikan kesihatan dan rezeki yang berlipat ganda untuk mak..

Anda dah ucapkan selamat hari ibu untuk mak di kampung? kalau belum, telefonlah sekejap.. mak bukan nak hadiah, cuma nak dengar suara anda, nak anda bertanyakan khabar mereka.. itu pun dah cukup besar ertinya bagi mereka.. satu hari nanti, kita pun akan tua.. kalau kita mahu anak2 menghargai kita, kita perlu menghargai ibu bapa kita dahulu.. renung2kan, dan selamat beramal ๐Ÿ˜‰

Pelawat menemui web ini melalui carian:

hadiah harijadi untuk ibu