Tag Archives: fabulous melaka

Cuti-Cuti Malaysia – Fuga Village, Melaka

Assallammualaikum wbt

Permulaan cuti sekolah yang lepas, Alhamdulillah, sempat bawa family bercuti di Fuga Village, Melaka.

Fuga Village ni terletak di Pantai Kamunting, Pengkalan Balak, Melaka –

3894, Pengkalan Balak Beach,
Kg. Padang Kemunting,
78300, Masjid Tanah, Malacca
Malaysia

Sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam kawasan Fuga Village ni, memang terasa macam berada di satu tempat lain.  Tempatnya sangat bersih, dan private.  Dikelilingi pagar yang tinggi, dan dua pintu yang perlu dikunci setiap masa, anda akan merasa selamat berada di sini.

Saya membuat tempahan melalui booking.com, dengan harga RM185 per chalet untuk satu malam.  Satu chalet boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.

Biliknya dilengkapi dengan katil, tuala, cerek, peti sejuk mini, aircond, dan kipas.  Owh, TIDAK ADA televisyen di dalam chalets, jadi memang anda betul-betul dapat berehat tanpa gangguan bunyi televisyen di sini.  Breakfast juga TIDAK disediakan ye.

Tandasnya pula adalah tanda “open air”.  Sila bawak kain batik dan kain pelekat, sebab anda akan mandi dan membuang hajat berbumbungkan awan sahaja.  Saya kira, konsep ini sangat digemari oleh westerners yang datang ke tepi pantai, tapi memang tidak dapat diterima oleh kita 🙂  Nak kencing malam2 pun seram je rasanya.. haha.. tapi perasaan je tu semua kan!

Wifi tak berapa kuat, tapi ok.  Anda akan dapat pasword bila mendaftar masuk.

Saya senaraikan dalam bentuk gambar, lebih mudah untuk kita tengok kan 🙂

Fuga Village Melaka

Saya sertakan gambar2 di chalet Fuga Village, untuk tatapan anda.  Kalau rasa best, cepat2 book ok!

Fuga Village Melaka Entrance

Gambar dalam Chalet Fuga Village

Gambar dalam Chalet Fuga Village

Setiap Chalet ada gambar berveza. Ada gambar Kuda Laut dan Penyu di bilik adik2 dan mak saya.

Setiap Chalet ada gambar berveza. Ada gambar Kuda Laut dan Penyu di bilik adik2 dan mak saya.

Tempat menyimpan baju terletak di bahagian luar, sekali dengan singki, toilet & shower.

Tempat menyimpan baju terletak di bahagian luar, sekali dengan singki, toilet & shower.

Ada tingkap besar di chalet ni, membolehkan udara segar masuk ke dalam chalet

Ada tingkap besar di chalet ni, membolehkan udara segar masuk ke dalam chalet

Bahagian hadapat chalet, memang benar-benar mengimbas nostalgia ketika kecil dulu. Rumah nenek ada tingkap macam ni :)

Bahagian hadapat chalet, memang benar-benar mengimbas nostalgia ketika kecil dulu. Rumah nenek ada tingkap macam ni 🙂

Keseluruhan kawasan yang menempatkan 6 chalet & 1 Villa di Fuga Village

Keseluruhan kawasan yang menempatkan 6 chalet & 1 Villa di Fuga Village

Fuga Village Melaka 8

Fuga Village Melaka

Dari gambar ni, saya rasa anda pun dapat lihat betapa bersihnya chalet dan keadaan sekitarnya, kan?  Satu sampah pun saya tak nampak.. So, kalau anda ke sini, jagalah juga kebersihan, jangan malukan diri sendiri ye.. Tong sampah disediakan di tepi kolam.

Kolam renang comel untuk berendam lepas berenang di pantai.

Kolam renang comel untuk berendam lepas berenang di pantai.

Pool chairs untuk berehat ambil angin pagi / petang.

Pool chairs untuk berehat ambil angin pagi / petang.

Alhamdulillah, masa kami datang, hujan baru reda, jadi cuacanya redup.  Kebetulan juga, kami yang pertama check in, so we have the place all by ourselves.  Puas la berendam dalam pool.. Lebih kurang jam 6 petang baru ada family lain yang check in.

Nanti saya sambung lagi, gambar2 di bahagian reception 🙂

Salam sayang

Ayu Fatarina.

 

Cuti-cuti Malaysia – Zoo Melaka

Assallammualaikum semua!

Hari ni hari Jumaat, esok & lusa cuti kan.. So pada anda yang tinggal kat Melaka @ nak gi cuti2 kat Melaka, boleh la melawat ke Zoo Melaka 🙂

 

Saya dan keluarga melawat Zoo Melaka pada 29 September, 2012.  Tiket parking ialah RM2.00 untuk satu kereta.. Kami sampai jam 3 petang, so masih ada lagi tempat untuk letak kereta.  Tiket masuk ke Zoo Melaka ni ialah RM10.00 untuk orang dewasa, ia dibuka dari jam 9-6 petang setiap hari.

Pada anda yang ingin melawat Zoo Melaka, ia berdekatan dengan tol Ayer Keroh, dan berada di kiri anda dari tol.

Sedikit informasi tentang Zoo Melaka.

Zoo Melaka telah berkembang maju sehingga menjadi Zoo Kedua Terbesar Di Malaysia. Zoo yang terletak lebih kurang 13   km dari pusat bandar Melaka ini merupakan zoo yang pertama di rantau ini yang mempamerkan hidupan liar terancam.Tarikan utama spesies-spesies hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti seladang, harimau belang, tapir dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo semasa, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau.

 

Zoo Melaka dibangunkan di Ayer Keroh,Melaka dalam tahun 1963. Pada mulanya, Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN) dalam tahun 1979. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, Harimau Belang, Seladang, Kijang dan rusa. Jumlah pelawat kira-kira 400,000 orang setahun.

Ha, itu dia sedikit sebanyak informasi tentang Zoo Melaka ni.

Jom layan gambar2 haiwan & burung2 di Zoo Melaka ni.. Kredit untuk photographer terbaik – Shuhaizan Shuib, my sweetheart.. love u!

 

 

 

Kedatangan kami disambut sang burung..

 

Rileks je burung2 ni, tak kalut nak terbang pun.. dah hari2 jumpa manusia kan, diorang pun dah tak heran.. huhu

 

Ha, seram tak baca nama dia? Nama dia pun dah buat meremang bulu tengkuk kan!!! Tengok gambar seterusnya untuk tengok rupanya.. hehe

 

Sila seram tengok muka kami hahaha

 

 

Namanya Badak Putih, tapi tak tau la tang mana yang putih..

 

Ada dua ekor badak putih dalam kandang ni..

 

Hai, handsome tak saya? hehe

 

Badak putih yang keletihan lepas posing2 ambik gambar.. hehe

 

Badak putih ni turut menyewa dengan beberapa ekor haiwan liar lain..

 

Inilah dia BURUNG CENDERAWASIH, yang dikatakan boleh digunakan untuk tujuan perubatan..

 

Burung cenderawasih yang pemalu.. Bersembunyi di sebalik ranting2 pokok..

 

Pandangan dari depan – Burung cenderawasih

 

Bahagian badan Burung cenderawasih..

 

Burung cenderawasih ekor merah

 

Tengok burung ni.. ganas kan? heheh.. Rambut punk lagik!

 

Abang Seladang yang gagah!!

 

 

Serius gagah seladang ni.. tegap badannya kan??

 

Description tentang abang Seladang..

 

Si cantik ni namanya NYALA

 

dua ekor Nyala lagi.. mereka ni hidup dalam kumpulan..

 

 

Tapir yang suka hidup sekor2… dia jenis lonely animal..

 

Ini namanya Zirafah ye adik-adik..

 

Seekor lagi Zirafah..a da dua ekor jer Zirafah kat Zoo Melaka ni…

 

Hai, nama saya ANKOLE.. sila takut tengok tanduk saya ye!!

 

 

Tengok tanduk dia tu.. fuh, kalau kena perut tu, mau terburai kan.. takut!!

 

 

Anak itik Tok Wi mandi dalam kolam.. sila sambung lagu tersebut.. ehehe

 

Comey gajah ni kan??

 

 

Ada sesuatu yang cuba disampaikan agaknya melalui renungan sayunya itu..

 

Tupai 🙂

 

 

Saper tau ni apa?
Pemenang akan memenangi hadiah gula2 2 biji! hehe

 

Gaya seksi Abang Belang.. hehe

 

 

 

 

Letih jalan2, lepak jap

 

Aksi gagah si harimau belang

 

Kandang harimau ni adalah hot spot
Semua orang bertumpu kat sini
Ngauman harimau ni kuat tau!!
Bergema kawasan berdekatan.. nerbes gak saya!

 

 

Harimau ni mundar mandir ke sana ke mari
Boring agaknya dalam ruang yang kecik ni..

 

 

Keliling kandang ini diletakkan dengan kawat elektrik
Kandang ni tak ada jaring2 ye, so ada possibility rimau ni
melompat keluar.. Takutttttttttttttt!

 

Makan timeeeeeeeeeeee!
happu je memerang ni dapat ikan!

 

 

Awesome gambar ni
Ada reflection sang burung..

 

 

 

Teringat citer Sang Kancil dengan Buaya.. hehe

 

1 2 3 lekuk
Jantan betina kena ketuk!

 

 

Chimpanzee!!

 

 

 

Kesian tengok chimpanzee ni
dia jilat plastik keropok
sape la yang tak bijak campak sampah dalam kandang 🙁

 

Haaaaaaaaa, buat apa tu??????

 

Monyet Hidung Merah

 

 

 

Pada yg tak larat jalan, boleh naik train ni
RM3.00 per ride ye..

Nanti saya sambung lagik ye, kena edit gambar dulu.. 😉

Pelawat menemui web ini melalui carian:

seladang