Tag Archives: dompet usang

Dompet usang & cinta..

Salam semua…

Apa khabar anda hari ini?  Diharapkan anda semua sihat sejahtera dan ceria2 selalu..

 

Saudara/Saudari,

Saya tahu ramai yang menunggu sambungan cerita ini.. Maaf ye, saya terlalu sibuk untuk menulis.. 🙂

 

Di sini, saya sertakan sambungan cerita tersebut.. Saya tidak akan menghantar cerita ini melalui newsletter, jadi anda perlu mengikuti blog saya selalu untuk kesudahannya.. Jom baca ramai2..  😉 

 

Aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah apabila tiba-tiba dia tersepak sebuah dompet usang berwarna hitam.  Pada mulanya, aku mahu terus berjalan pulang, apatah lagi gerimis sudah mula menjamah bumi, namun hatiku memaksa aku mengangkat dan membuka dompet usang itu.

Cuma ada RM2 di dalam dompet itu, dan kad pengenalan seorang lelaki tua.  Di dalammnya juga terdapat kad nama sebuah pusat penjagaan orang-orang tua.  Ku belek lagi dompet tersebut, dank u lihat ada sekeping surat yang sudah usang.  Perlahan-lahan dan dengan cermat ku buka surat tersebut, kerana aku khuatir jari-jariku akan mengoyakkan kertas yang sudah rapuh itu.

 

Di dalamnya, dengan tulisan tangan yang cukup kemas dan cantik, tertulis kata2 ini…

 

Abang, 

 

Mah terpaksa pergi meninggalkanmu kerana ibu bapamu tidak merestui perhubungan kita ini.  Mah sedar, Mah tidak layak untukmu kerana darjat kita yang berbeza.. Namun, hati, jiwa, cinta dan kasih sayang Mah, semuanya hanya untuk abang.. Tidak akan ada orang lain yang mampu mengambilnya dari Mah…

 

Mah cintakan abang sampai hari terakhir kehidupan Mah.. Biarpun jasad kita dipisahkan, namun hati ini dekat selalu dengan abang..

 

Salam sayang & cinta yang tidak pernah akan putus,

Fatimah Binti Manaf

09.06.1942

 

 

Subbahannallah, surat ini sudah hampir 60tahun usianya.  Aduhai, surat ini tentu mempunyai makna tersendiri pada tuan punya dompet ini.  Aku harus memulangkannya!!

Jam menunjukkan pukul 8.30 malam ketika aku sampai di rumah.  Aku terus menelefon rumah penjagaan orang-orang tua tersebut dan bertanya sama ada tuan punya dompet itu, Encik Hamzah bin Ali, salah seorang penghuni tersebut.  Lega rasanya bila petugas di situ menyatakan memang ada seorang penghuni dengan nama tersebut.  Aku menyatakan bahawa aku akan datang esok untuk memulangkan dompetnya yang tercicir.

Malam itu, aku rasa sukar untuk melelapkan mata.. Apa agaknya yang telah terjadi kepada wanita bernama Fatimah itu?  Adakah dia masih hidup..?? Aku terkebil-kebil di atas katil, memikirkan jawapan yang aku sendiri tidak tahu.

Esoknnya, dengan perasaan gementar, aku pergi ke pusat penjagaan orang-orang tua yang letaknya tidak berapa jauh dari rumahku.  Ketibaanku di sambut mesra oleh seorang wanita yang kemudiannya membawa aku berjumpa dengan Encik Hamzah.

 Orangnya tinggi lampai, masih segak walaupun ku rasakan umurnya sudah menjangkau lewat 60-an.. Rambutnya tersisir kemas, senyumannya ihklas dan mesra. 

 

“Assallammualaikum Packik”, kataku seraya menghulur tangan untuk bersalam.

 

“Waalaikumsalam.. Ada apa nak?”, katanya sambil mempersilakan aku duduk.

 

“Pakcik, saya ada terjumpa dompet pakcik ni”, dan dompet ku hulur kepadanya.

 

Serta merta ku dapati riak wajahnya berubah ceria, ada cahaya dalam matanya bila terlihat dompet itu.

 

Terus di peluknya aku sambil mengucapkan terima kasih berulang kali…

 

“Tapi saya minta maaf Pakcik, saya dah baca surat Pakcik tuh..”

 

Rangkulannya terhenti.. Alamak, mesti Pakcik ni marah aku!!!!  

Tiba-tiba aku terdengar esakan di hujung telingaku.. terasa basah bajuku dengan airmatanya..

 

“Pakcik, saya betul-betul minta maaf, saya tak sangka perbuatan saya mengguris hati Pakcik.  Saya minta maaf Pakcik..”, berkali-kali aku mengucapkan kata maaf sambil memeluk Pakcik tersebut, kerana dia masih lagi merangkul aku dalam pelukannya.

 

Aku memandang ke arah staf yang membawaku masuk tadi.  Dia seakan faham dengan bahasa mataku.  Perlahan-lahan, dia menarik Pakcik Hamzah daripadaku.

 

“Pakcik, mari kita duduk dulu, tenang-tenangkan diri.. tak elok Pakcik menangis-nangis macam ni.. Nanti apa pula kata orang”, lembut suara staf yang bernama Faudziah itu memujuk Pakcik Hamzah.

 

Dia akur.. dan perlahan-lahan sendunya hilang sambil dia duduk di hujung katil.

 

“Mengapa ni Pakcik?  Ada masalah ke?  Nak kongsi dengan kami?”, kata kak Faudziah kepadanya.

 

Pakcik Hamzah cuma diam membisu, namun masih bergenang air di matanya.  Dompet itu dipeluk ke dada, seakan menyatakan kesedihannya berpunca dari dompet itu.  Aku melangkah ke arahnya, memegang tangannya dan meminta kemaafan sekali lagi kerana membaca surat itu.

 

“Pakcik nak berehat, boleh tinggalkan pakcik seorang diri?”, katanya perlahan.  Kami mengangguk saja.  “Kalau ada apa-apa, panggil saya ye Pakcik”, pesan Kak Faudziah sebelum kami keluar.

 

“Pakcik tu tak ada anak-anak atau saudara-mara ke kak?”, aku bertanya pada Kak Faudziah dalam perjalanan keluar. 

 

“Tak ada dik, dia sendiri yang mendaftarkan diri kat sini.  Dah hampir 3 tahun dia di sini, tak pernah ada orang pun yang melawat.. Kalau hari raya pun, dia beraya sama-sama dengan kami..” jawab Kak Faudziah.

 

Aduh, pilu rasa hatiku mendengar cerita tentang Pakcik Hamzah.  Betapa beruntungnya orang-orang tua yang masih punya anak-anak yang datang menjenguk ketika Syawal menjelma atau pada hari-hari biasa, tidak seperti Pakcik Hamzah yang keseorangan, pasti dia merasa kesuyian dan keseorangan, tiada tempat untuk berbual dan bersenda gurau.

 

“Akak tak pernah tanya ke tentang keluarganya”, tanyaku lagi.

 

“Pernah, tapi dia kata, dia dah tak ada saudara-mara, dia anak tunggal, ibu bapa dia pun dah meninggal.  Dia tak pernah berkahwin dik, jadi dia tak ada waris”. 

 

Sekali lagi hatiku dipagut kesedihan.  Sepinya Pakcik Hamzah.. Rasa kasihan yang teramat memagari hatiku. 

 

“Boleh tak saya datang melawat pakcik Hamzah bila-bila saya senang kak?” soalku pada Kak Faudziah.

 

“Boleh, datanglah bila-bila adik suka, akak pasti dia suka kalau ada orang datang menjenguk dia.  Tapi, dia pendiam orangnya.  Suka bersendirian, merenung keluar ke jendela.  Dia gemar benar mendengar lagu “Mohon Kasih”.. Kalau diputarkan di radio, dia pasti tunggu di situ sampai lagu tu habis.. Akhirnya, akak belikan dia kaset lagu tu. 

 Owh, satu lagi, akak selalu perhatikan, dia akan baca surat dalam dompet tu berkali-kali bila tak ada orang yang perasan.  Akak selalu curi-curi tengok apa dia buat dalam bilik tu”, terang Kak Faudziah sambil tersenyum lembut.

 “Insya-Allah, ada masa nanti saya datang lawat dia.. terima kasih ye kak.  Assallammualaikum”.

 “Waalaikumsalam”, jawab Kak Faudziah, dan aku meninggalkan pusat penjagaan orang-orang tua itu dengan seribu tanda tanya tentang Pakcik Hamzah dan surat dalam dompet itu.

 Jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi, tapi aku masih belum dapat melelapkan diri.  Benakku, fikiranku, jiwaku, kusut dengan Pakcik Hamzah.. Entah apa kuasa yang menyebabkan aku asyik terfikir tentang dia.

 Terus aku buka PC, mencari lirik Mohon Kasih.. Hahhhhh, dapat pun.. owh, lagu ni pernah dinyanyikan oleh Siti Nuhaliza rupanya.. Aku hayati bait2 lirik tersebut..

 

Mohon Kasih

Ku bermohon kasih
Ku bermohon sayang
Pada mu wahai kumbang
Dalam rindu kasih
Hamba tak berdaya
Menempuh jiwa siksa

Kasihanilah hamba
Merayu sehingga merana
Wajah mu menawan
Hingga tertawan
Menjadi igauan

Hai muda bistari
Kumbang madah suci
Yang menawan hati
Hamba mohon kasih
Harapan nan bersih
Kupuja dikau saja

Kasihanilah hamba
Merindu balasan darimu
Hatiku tertawan
Tak dapat kutahan
Dikaulah idaman

 Hmmm… mendalam sungguh makna lagu ni.. Lama aku di depan PC, terkelip-kelip, kaku, menerawang mengingati Pakcik Hamzah.. Hatiku meronta untuk bertemu dengan dia lagi,aku benar-benar ingin tahu tentang dia dan pengirim surat tersebut.. Pasti ada sesuatu yang telah berlaku yang membuatkan pakcik Hamzah terlalu menyayangi surat tersebut.. Urm, tapi takut pula kedatangan aku tak diterima.. Nak pergi ke tak nak ni??? Ish, nak ke tak nak ni?  Patutke aku pegi?? Hmmmmmmmmmmmmm…………

 Kringggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!! Nyaring jam loceng mengejutkan aku.  Aku tak sedar bila aku terlelap..  Selesai mandi, bersolat dan bersiap untuk pergi kerja, aku terus membuat keputusan, aku akan pergi berjumpa dengan Pakcik Hamzah hari ini.

Jam 5.30, aku bergegas keluar.  Sempat aku belikan buah-buahan untuk Pakcik Hamzah.  Kedatanganku disambut oleh senyuman manis Kak Faudziah..

 

“Nak jumpa Pakcik Hamzah ye dik?”, dia menyapa.

 

“Ya, dia ada?  Sihat ke dia kak?”

 

“Alhamdulillah, sihat.  Mari akak bawa adik ke biliknya”, kata Kak Faudziah lagi.

 

Berdebar-debar ku rasakan takala menghampiri bilik Pakcik Hamzah.. Aku takut dia menghalau aku pergi.  Salam ku beri, dan di lur jangkaan, dia menyambutku dengan baik dan mempersilakan aku duduk.

 

“Anak ni nama siapa? Pakcik lupa nak tanya semalam”, katanya setelah kami duduk bersama-sama.

 

“Nama saya Adam, pakcik”. 

 

“Oh, bagus nama tu”. 

 

Dari situ, kami berbual tentang banyak perkara.  Betul kata kak Faudziah, pakcik Hamzah memang peramah orangnya. 

 

Sedar tak sedar, sudah hampir waktu Mahghrib.. Pakcik Hamzah kemudian mempelawa aku bersolat jemaah di surau, dan aku akur.  Selepas pertemuan itu, aku bagaikan seorang pelawat setia, hampir setiap hari aku melawat Pakcik Hamzah, namun aku masih belum berani bertanyakan tentang keluarganya.  Ada kalanya aku membawa dia keluar berjalan-jalan dan makan di luar bersamaku.  Staf di rumah orang-orang tua itu juga telah mengenali aku.

Akhirnya, setelah hampir sebulan berulang-alik melawatinya, aku kemudiannya memberanikan diri bertanya tentang keluarga Pakcik Hamzah.  Alhamdulillah, dia menjawab soalanku dengan baik. 

“Pak cik ni anak tunggal Adam.  Emak dan ayah Pakcik dah lama meninggal.  Lepas tamat berkhidmat dengan askar, Pakcik tak tahu ke mana hala tuju, maka Pakcik pun masuk lah ke rumah orang-orang tua ni.  Sekurang-kurangnya di sini, Pakcik ada kawan-kawan, ada orang untuk tengok-tengokkan sakit pening Pakcik”, jawabnya dengan tenang.

Pakcik tak pernah berkahwin ke?”, aku bertanya lagi.

Dia memandang kepadaku, dan tunduk seketika.  Sambil menghela nafas panjang, dia meneruskan jawapannya.

“Adam, masih ingat surat yang Adam baca dalam dompet pakcik dulu?”.

“Ya, saya ingat”, jawabku sambil mengangguk tanpa henti, berdebar-debar menunggu Pakcik Hamzah membuka rahsia di sebalik surat tersebut.

“Dulu, Pakcik pernah juga bercinta, Fatimah namanya.  Ayu, manis, sopan santun orangnya.  Pakcik betul-betul cintakan dia, sayangkan dia, tak ada orang lain yang Pakcik cintakakan, melainkan dia.. pada pakcik, dia cukup sempurna, sempurna agamanya, sempurna budi bahasanya.  Kami memang merancang nak berkahwin, tapi tak ada jodoh, emak dan ayah Pakcik menghalang perhubungan kami.  Semuanya sebab darjat.  Keluarga Pakcik boleh dikatakan berada juga, keluarga Fatimah pula orang biasa-biasa.  Ayahnya penoreh getah, emaknya cuma suri rumah”.  Pakcik Hamzah behenti seketika.

“Maaflah, kalau cerita ni membosankan Adam pula”, dia tersenyum memandangku, namun dalam matanya, ada kesedihan, dan aku pasti dia mahu meneruskan cerita tersebut yang telah lama bersarang dan trbuku dalam hatinya.

“Eh, Pakcik, tak  apa, teruskanlah, Adam nak tau apa yang terjadi.  Sebenarnya dah lama Adam nak tau pasal kisah di sebalik surat tu, tapi Adam malu nak tanya”, kataku sambil tersengih, takut juga dikatakan penyibuk.

“Bila ayah dan emak Pakcik dapat tahu tentang perhubungan kami, teruk Pakcik dimarahi, mereka kata, Pakcik akan memalukan dan menjatuhkan martabat keluarga kalau berkahwin dengan orang biasa-biasa.  Dan yang lebih memedihkan, mereka katakan bahawa Fatimah cuma cintakan duit dan kekayaan keluarga Pakcik, dan bukannya diri Pakcik.  Mereka sebenarnya sudah mengatur perkahwinan Pakcik dengan saudara terdekat.. Semuanya kerana tidak mahu harta kami jatuh ke tangan orang lain”.

Pakcik Hamzah berhenti seketika, menghirup air kopi panas di hadapannya. 

“Adam tahu, pakcik bergaduh dengan emak dan ayah, Pakcik menentang keputusan mereka.  Pakcik cuba yakinkan mereka yang Fatimahlah dan calon isteri terbaik untuk Pakcik. Tapi usaha Pakcik gagal…”, ada keluhan yang berat dilepaskan di hujung cerita itu.

“Fatimah juga tahu tentangan dari emak dan ayah pakcik.  Akhirnya, dia mengambil keputusan berpindah dari kampong itu, dan pergi ke rumah makciknya di Johor.  Sebelum dia pergi, dia tinggalkan surat itu untuk Pakcik.  Pakcik tak sempat pun ucapkan selamat tinggal pada dia.  Kebetulan ketika itu, tawaran dibuka untuk menyertai askar melayu, Pakcik terus daftar.  Sebelum berangkat, Pakcik khabarkan pada keluarga Pakcik, yang Pakcik tak akan berkahwin dengan orang lain selain Fatimah, dan inilah jalan terbaik untuk pakcik dan keluarga”.

“Emak dan ayah pakcik berusaha memujuk, tidak membenarkan Pakcik pergi, tapi hati pakcik sudah keras, sudah terlalu kecewa, pakcik pergi juga untuk menjaga Negara”.

Aduhai, sebak dadaku, runtun jiwaku mendengar kisah Pakcik Hamzah.  Betapa setianya dia pada cinta pertamanya iti, hingga sanggup tidak berkahwin, sanggup meninggalkan keluarga hanya kerana cinta… Teringat aku pada pantun “nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan. 

“Pakcik tahu di mana makcik Fatimah sekarang?”

“Kali terakhir Pakcik dengar, dia dah balik ke Melaka, tapi entahlah, mungkin dia pun dah berkahwin, dah beranak pinak..”jawab Pakcik Hamzah, sayu…

“Pakcik tak nak jumpa dia, tak nak cari dia?”, soalku kembali.

“Teringin sangat, tapi dengan kudrat yang tak seberapa ni, Pakcik dah tak larat nak cari dia. Adam”.

“Pakcik ingat lagi alamat akhir makcik Fatimah di Melaka tu?” aku mengorek lagi rahsia.

“Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat berkasih”, dia menjawab sambil tergelak kecil.. Sempat lagi dia berseloroh.

“Pakcik tak ingat alamat penuh, tapi rumah Fatimah di Bukit China, betul-betul depan sekolah.  Dulu sekolah itu, sekolah mengaji Al Quran, sekolah pondok, sekarang ni, Pakcik tak tahulah masih ada lagi atau tidak..

Aku mengangguk cuma… Rasanya cukuplah untuk hari ini, ada baiknya aku membawa Pakcik Hamzah keluar mengambil angin, biar tenang kembali hatinya.

“Pakcik, mari kita ke pekan, makan roti canai”, kataku.

Dia tersenyum dan mengangguk sambil menuruti langkahku.

Usai solat Isyak, aku mencari “Bukit China” di dalam google.  Aduh, terlalu banyak.. Hmm.. Aku zoom in pula kepada “Sekolah Kebangsaan Bukit China”.  “Just try your luck Adam”, hatiku berbisik.  Alhamdulillah, ada satu laman web berkenaan sekolah tersebut.  Aku bernasib baik lagi, kerana ada alamat penuh.  Aku bertekad, akan pegi ke Bukit China hari Sabtu ini untuk mencari Makcik Fatimah.  Ya Allah, moga Kau mudahkanlah urusan hambaMu yang serba kekurangan ini, doaku dalam hati..

Hari Sabtu tiba, dengan sinaran mentari yang ceria, dan yang bertiup lembut, mendamaikan suasana.  Aku berdoa sebelum bertolak, mengharapkan Allah menemukan aku dengan pencarian cinta ini..Pakcik Hamzah tidak tahu pemergianku, kerana aku ingin benar menemui Makcik Fatimah dan menemukan hati mereka berdua, andainya memang telah tersurat cinta itu milik mereka.

Perjalananku tidak menghadapi kesukaran, apatah lagi aku memang orang Melaka, cuma daerah ku sahaja yang berlainan dengan tempat Makcik Fatimah.

Bukit yang tersergam dengan peninggalan sejarah menyambut kedatanganku.  Memang penuh dengan jirat-jirat cina di atas bukit tersebut.  Suasana sangat nyaman di sini.  Oh, itu dia, tanda jalan ke Sekolah Kebangsaan Bukit China.  Ya Allah, debaran makin terasa.

Aku membelok masuk dan memandu perlahan.  Di kiriku penuh dengan rumah-rumah Melayu, dan di kananku, sekolah yang tersergam indah.  Betul-betul di hadapan pintu masuk sekolah, ada sebuah rumah kayu dan batu berwarna putih.  Nampak lengang rumah tersebut. 

Aku menarik nafas dalam-dalam, berdoa agar inilah rumah Makcik Fatimah.

“Assallammualaikum”.. aku memberikan salam.

Masuk salam kali ketiga, terjongol kepala seorang gadis.

“Waalaikumsalam.. Ya, cari siapa?”, tanya si gadis manis dari celah pintu.

“Adik, tumpang tanya, ini rumah Makcik Fatimah Manaf ke?”.

Nak tau apa kesudahannya??

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!! Jangan marah haaaaa.. Nanti kurang pahala puasa.. hehehe

 

Dompet usang & cinta…

 Salam semua…

Apa khabar anda hari ini?  Diharapkan anda semua sihat sejahtera dan ceria2 selalu..

 

Saudara/Saudari,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah cerita yang pernah saya baca, yang membuatkan saya rasa amat terharu dan yakin bahawa cinta itu memang Allah jadikan untuk semua makhluk.. Jodoh untuk kita memang ada, cuma masa sahaja yang belum sampai lagi…

 

Ceritanya lebih kurang begini:-

 

Aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah apabila tiba-tiba dia tersepak sebuah dompet usang berwarna hitam.  Pada mulanya, aku mahu terus berjalan pulang, apatah lagi gerimis sudah mula menjamah bumi, namun hatiku memaksa aku mengangkat dan membuka dompet usang itu.

 

Cuma ada RM2 di dalam dompet itu, dan kad pengenalan seorang lelaki tua.  Di dalammnya juga terdapat kad nama sebuah pusat penjagaan orang-orang tua.  Ku belek lagi dompet tersebut, dank u lihat ada sekeping surat yang sudah usang.  Perlahan-lahan dan dengan cermat ku buka surat tersebut, kerana aku khuatir jari-jariku akan mengoyakkan kertas yang sudah rapuh itu

Di dalamnya, dengan tulisan tangan yang cukup kemas dan cantik, tertulis kata2 ini…

 

 Abang,  

 Mah terpaksa pergi meninggalkanmu kerana ibu bapamu tidak merestui perhubungan kita ini.  Mah sedar, Mah tidak layak untukmu kerana darjat kita yang berbeza.. Namun, hati, jiwa, cinta dan kasih sayang Mah, semuanya hanya untuk abang.. Tidak akan ada orang lain yang mampu mengambilnya dari Mah…

 

Oppsss.. anda nak baca cerita penuh?  Sila subsribe pada newletter saya, dan anda akan dapat cerita ini secara bersiri!!

 

Daftar sekarang yer, jangan biarkan cerita ini bermain2 di fikiran anda tanpa mengetahui apa yang terjadi sebenarnya!!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

karangan tindakan terjumpa dompet,contoh karangan tindakan terjumpa dompet,cerita lucah ayu,cerita lucah pakcik tua