Tag Archives: Din Beramboi

Al Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi..

Assallammualaikum..

Apa khabar anda semua? Semoga anda dalam keadaan sihat walafiat & dirahmati Allah s.w.t.

Tanggal 02.04.10 yang lalu, Malaysia dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri.  Saya dan suami dalam perjalanan ke pejabat ketika menerima berita mengejutkan itu.  Saya tidak sedap hati takala mendengar ERA pagi itu kerana lagu yang dimainkan semuanya sedih2 belaka.  Lantas saya bertanya pada suami “Abang Din dah meninggal ke?”.  “Ish, tak kot..”, jawab suami.  Kami masing2 diam mendengar lagu-lagu tersebut sehingga akhir.  Tamat sahaja lagu itu Dina membuat pengumuman bahawa Abang Din telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 12.30 malam, 02.04.10 yang lalu.  Hampir seminggu bertarung nyawa, akhirnya Allah menjemput Allahyarham Abang Din kembali kepadaNya..

Aduhai, serta merta saya merasa sebak yang amat sangat, rasa kehilangan yang amat mencengkam.  Air mata tak dapat ditahan.. Ya, benar, Allahyarham Abang Din tidak mengenali saya, saya juga tidak pernah bersua muka dengan beliau, tapi setiap pagi saya dan suami, dan rata-rata rakyat Malaysia dihiburkan oleh beliau.. Ketika terkandas dalam kesesakan lalu lintas setiap pagi, lawak jenaka oleh Abang Din melenyapkan kekusutan dan stress akibat kesesakan itu.  Setiap pagi, rasa malas untuk pergi kerja bagaikan terubat dan terhakis mendengarkan kata-kata bersahaja dari Allahyarham Abang Din.  Kini, semua tiada lagi.. yang tinggal hanyalah rakaman2 sawancara yang membuat saya dan suami pecah2 perut tertawa.. Masih tergiang2 lagi suara Allahyarham Abang Din di telinga saya.. Pada saya, beliau satu dalam sejuta.. Senang membuat orang menangis, tapi alangkah payahnya membuat orang lain ketawa dan gembira.  Inilah anugerah Allah yang membuatkan Allahyarham Abang Din sangat istimewa di mata saya..

Ketika menonton rancangan Melodi mengenai pengebumian beliau, air mata saya tumpah sekali lagi, terutama ketika melihat gambar2 tiub2 dan wayar2 di badan beliau.. Ketika ditemubual, Aznil Hj Nawawi mengatakan, Allahyarham Abang Din sentiasa cuba membuat hati rakan2 gembira dan menghilangkan stress mereka dengan membuat mereka ketawa.  Allahyarham Abang Din sering berpesan – jangan bersedih, masalah tidak akan selesai dengan bersedih.. Kerana itulah Allahyarham Abang Din sentiasa cuba menghiburkan sesiapa sahaja yang ditemui, baik yang dikenali ataupun tidak.. Itu membuatkan saya terfikir, bagaimana pula agaknya Allahyarham Abang Din menghilangkan kedukaan beliau?  Mungkin dek kerana sentiasa cuba menghilangkan kedukaan orang lain, Allah melapangkan hidup beliau dari segala masalah..

Saya berdoa semoga Allahyarham Abang Din ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Saya pasti ini juga doa semua peminat2 beliau di mana sahaja mereka berada.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.. Al Fatihah..