Tag Archives: Diari Istanbul 24 – Sultan Bayezid Camii & Istanbul University

Diari Istanbul 24 – Sultan Bayezid Camii & Istanbul University

Assallammualaikum..

Hari ni kita sambung lagi travelog saya ke Istanbul.. Seperti yang saya beritahu pada post2 sebelum ni, memang tak susah nak cari masjid di Istanbul ni.. Satu lagik masjid yang menjadi tumpuan pelancong ialah Sultan Bayezid II Camii .  Masjid ini terletak di Sultanahmet.  Sultan Bayezid II ini adalah anak kepada Fatih Sultan Mehmed yang telah menakluk Istanbul dan membawa Islam ke negeri ini.  Tidak banyak yang diketahui tentang Sultan Bayezid II ini..

Di masjid ini terdapat banyak burung merpati yang jinak2, dan ada orang tempatan yang menjual makanan burung merpati pada harga 5TL sepeket.. Selain tu, ada juga orang tempatan yang menjual buku2 & poskad.. Jika anda berminat dengan buku2 tersebut, boleh beli di sini kerana harganya lebih murah.. Selain itu, ada juga penjual minyak wangi & tasbih di luar pintu masjid..

Dekorasi di dalam juga seperti Blue Mosque.. Tapi sayangnya tak tau la mana dah letak gambar tu.. rasa2 cam dah terdelete.. huhu 🙁

 

 

 

 

 

 

Hampir semua masjd di sana mempunyai tingkap berjalur merah sebegini..

 

Di hadapan Sultan Bayezid Camii ni, anda boleh lihat Istanbul University.  Buat pengetahuan anda, Universiti ini dikatakan diasaskan pada tahun 415M oleh Theodosius II.  Pada zaman itu ia dikenali sebagai Pandidakterion.  Apabila Fatih Sultan Mehmed menakluki Isntabul, baginda telah mewujudkan madrasa di Universiti tersebut.. Universiti ini diambil alih oleh beberapa pemerintah sehinggalah pemerintah yang terakhir iaitu Mustafa Kemal Attaturk..

Motto bagi universiti ini ialah – “Leadership in Higher Education for Centuries”..  Saya rasa memang tepat motto ini dengan universiti memandangkan ia memang telah wujud sejak berkurun lamanya 🙂

Kami cuma merakamkan gambar di luar sahaja, tak masuk pun sebab tak tau boleh masuk @ tak.. hehe

 

 

 

 

Pada adik2 yang teringin nak sambung study kat sini – boleh lawati web Istanbul Universiti di sini – http://www.istanbul.edu.tr/