Tag Archives: Diari Istanbul 22 – Tomb & Sacrophaguses of Ottoman Sultan Murad III

Diari Istanbul 22 – Tomb & Sacrophaguses of Ottoman Sultan Murad III

Assallammualaikum..

Ha mesti berbelit lidah nak menyebut Sarcophagus tu kan? heheh.. Sarcophagus bermaksud keranda batu..  Tempat ni saya & suami jumpa secara tak sengaja usai melawat Hagia Sophia.. Tempat ni tak sesak, sebab mungkin ramai orang tak tau kot.. Di sini, bersemadinya Sultan Murad III dan ahli keluarga baginda.. Sultan Murad III dikatakan seorang yang tampan & kacak, kulit baginda putih kemerahan.. Baginda juga dikatakan seorang yang alim & memerintah negara mengikut syariat..

Saya kagum melihat interior makam ini, seperti biasa, jubin marmar & tingkap kaca yang indah menghiasi bangunan makam ini.. bahagian bumbung juga berukir indah.. Selain makam2, ada juga diletakkan barang2 seperti tasbih gergasi, rehal, al quran, peti barang kemas dari perak & beberapa barang lain yang saya dah tak ingat.. hehe

Owh, tiada caj masuk dikenakan, its FREE! So kalau ada masa, datang la melawat ke makam ini sebentar.. Al fatihah untuk Sultan Murad III dan ahli keluarga baginda..

 

Pandangan hadapan Makam keluarga diraja ini..

 

 

Keranda yang “dipakaikan” dengan serban adalah keranda orang lelaki.

 

sulaman di atas kain yang menutup keranda

 

 

 

Tasbih gergasi..

 

Lihat jubin marmar yang menghiasi bangunan makam
memang cantik..

 

Close up tingkap kaca & jubin marmar
Cantik kan?

 

Bahagian bumbung yang juga dihias indah..

 

 

Penerangan tentang Sultan Murad III

 

I iwsh i know the meaning of this message..