Tag Archives: Diari Istanbul 18 – Grand Bazaar; apa yang ada di Grand Bazaar Istanbul

Diari Istanbul 18 – Grand Bazaar

Assallammualaikum,

Percutian anda ke Istanbul tidak akan lengkap tanpa mengunjungi Grand Bazaar, sekalipun hanya untuk cuci2 mata 🙂

Grand Bazaar ni adalah salah satu daripada “covered markets” atau kedai tertutup yang terbesar di dunia!  Ia mempunyai 61 lorong, dan lebih daripada 3000 kedai yang dikunjungi oleh 250,000 hingga 400,000 pelancong dalam sehari!! Boleh sesat kalau masuk sini.. hehe

Memang penuh dengan pelancong tempatan & pelancong asing kat sini.. Macam2 benda boleh jumpa kat sini, antaranya ialah carpet @ kilim, barang leather, bag, baju, tudung, kasut, barang2 kaca, barang2 porselin, lampu, shisha, alat solek, barang2 kemas dari emas & perak, jade, tshirt, kasut, towels, dan juga makanan seperti lokum & teh.. Harga pulak agak mahal berbanding Spice Bazaar, tapi kalau anda bernasib baik, jumpa juga kedai2 yang menjual barang dengan harga yang murah..

Kat dalam ni ada juga kedai2 makan.. tapi kami tak cuba sebab dah kenyang sarapan sebelum datang ke sini.. Pastu yang lawaknya kat sini, semua peniaga akan cuba ajak kita masuk kedai mereka.. Kalau mereka tahu kita dari Malaysia, terus dia cakap Mari2, murah2, Kuala Lumpur Malaysia!haha.. Suami saya pulak diorang panggil Haji! haha.. Layan aje diorang tu.. Kalau diaorang bagi try lokum ke, buah2 ke, masuk je try, kalau tak nak beli, just say thanks & keluar…

 

 

Ni map kedai2 di Grand Bazaar

 

Tips membeli barang di Grand Bazaar:-

1)  Kalau dah jumpa yang murah tu, TERUS BELI! Sebab banyak kedai kat sini, agak mustahil nak jumpa kedai yang sama kecuali anda dah hafal setiap lorong.. hehe 

2)  Kalau ada berkenan dengan apa-apa barang – TAWAR-MENAWAR dgn penjual sehingga harga yang PALING MINIMUM!

3)  Jika anda keluar dari Grand Bazaar, belok ke kiri, di kiri anda ada banyak kedai2 kecil yang menjual barang2 yang lebih kurang sama dengan barang2 di dalam, tapi harga lebih murah ye.. kebanyakkan barang di luar adalah baju2, kasut & carpet..

Saya dah suami cuma beli tudung & tshirt je kat sini..Yang lain2 tu tak beli sebab pikir pasal beg yang dah memang penuh dengan baju2 kami anak beranak aje..haha.. mana nak sumbat lagik barang2 lain tu!

 

 

 

Suami saya di hadapan pintu masuk Grand Bazaar

Tokei kedai T-shirt, muda lagi budak ni..

 

 

 

 

 

 

 

Barang2 kat belakang saya tu ialah barang kemas dari emas & perak..

 

Tempat berwuduk untuk para peniaga..

 

p/s: Bila pulak Malaysia nak buat Grand Bazaar? Apa agaknya yang akan dijual di Grand Bazaar Malaysia? Kompem mesti ada kain batik dengan songket.. hehe 😉

Pelawat menemui web ini melalui carian:

percutian ke istanbul,cuti di istanbul,misir carsisi map,turki apa yang menarik utk dibeli