Tag Archives: DCA

Pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing Hilang?

Assallammualaikum wbt,

Tumpuan dunia sekarang terarah kepada kehilangan MH370 dari KL ke Beijing yang dilaporkan hilang jam 2.40 pagi, 8hb Mac, 2014.  Sila scroll ke bawah untuk update pada 9hb Mac dan 10hb Mac, 2014, yang diupdate dari masa ke masa.

Kronologi kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines setakat pukul 11.59 malam, 8hb Mac, 2014: –

Berita Terkini Kehilangan Pesawat MAS MH370 KL ke Beijing

Fakta Penumpang Pesawat MH 370 MAS

 

Fakta Mengenai Pesawat MH370

 

 

Captain Zaharie Ahmad Shah

CO Pilot MH370

Being 777MH370 hilang di Beijing

Berita dipetik dari Malaysia Kini:-

Malaysia Airlines telah terputus hubungan dengan pesawat penerbangan MH370 yang berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi ini.

Pesawat B777-200 itu dijangka tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi, kata syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan rasminya.

Penerbangan tersebut membawa seramai 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal.

Kuala Lumpur terputus hubungan pesawat itu pada jam 2.40 pagi dari Pusat Kawalan Udara Subang.

“Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan Mencari dan Menyelamat mereka untuk mengesan pesawat tersebut.

“Syarikat penerbangan ini akan menyediakan maklumat terkini mengenai situasi tersebut. Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.”

Naib Presiden operasi MAS, Fuad Sharuji dipetik oleh CNN sebagai berkata mereka sedang cuba menghubungi pesawat itu tetapi tidak berjaya sejak beberapa jam yang lalu.

“Pesawat itu mempunyai bahan api untuk selama tujuh jam penerbangan dan akan kehabisannya menjelang jam 8.30 pagi.”

Menurut BBC, pesawat itu hilang dua jam setelah berlepas dari Kuala Lumpur, manakala Xinhua melaporkan pesawat itu hilang dalam ruang udara Vietnam.

Ia juga melaporkan bahawa pesawat itu tidak pernah memasuki ruang udara Cina dan tidak juga menghubungi pusat kawalan udara Cina.

Di sini saya sertakan beberapa gambar dengan updates terbaru yang diperolehi dari Twitter.

MH 370 hilang di Beijing

Isyarat Pesawat MH370 yang tiba2 bertukar warna dari kuning ke merah & terus lenyap dari radar

MH 370 hilang

MH370 hilang di beijing

Suami saya berkerja dengan MAS, beliau rapat dengan bekas2 pramugari senior yang kini menjadi instructor di MAS.  Menurut Kak Noreen, salah seorang senior staff, baru minggu lepas beliau berjumpa dengan Juruterbang, Kapten Zahari Ahmad Shah.. Kapten tu tanya Kak Noreen, “bila u nak naik flight yang I bawak? nanti I upgrade u ke Business Class ok?”  Sememangnya Kapten seorang yang sangat baik & peramah.. Kak Noreen dah menangis dari jam 7 pagi tadi sebab terlalu sedih sangat dan tak dapat nak menerima berita kehilangan ni..

I’ve been following the shocking news since morning.. Although I don’t even know any of the passengers & crews on board of MH370, but I am deeply affected by the news.. Praying the best for each and every one on board and whatever the outcome is, may Allah ease the ways to find each and every one of them.. Amin..

Update as at 7.00pm, 8/03/2014- source from MAS’s staff: – 

MH 370 Malaysia Airlines hilang dari KLIA ke Beijing

Update as at 10.15pm,  08th March, 2014

MH 307 hilang update as at 10.15malam 8 Mac

Update as at 1.20am, 9/03/2014 – masih belum ada apa2 berita mengenai pesawat MH370.. Marilah kita bersama2 berdoa, sedekahkan Al Fatihah denga doa semoga Allah mudahkan penemuan semua penumpang & anak kapal MH 370.. Amin..

Update as at 2.02am, 09/03/2014 daripada web Malaysia Airlines:-

6th Media Statement - MH370

mh370

 

 

Laporan Terkini Kehilangan MH370 pada hari kedua, 9hb Mc, 2014

 

Laporan Terkini Kehilangan MH370 2 petang 9 Mac

 

Update as @ 4.00pm, 09hb Mac, 2014 – Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan beberapa agensi menentang keganasan.

Update as @ 5.05, 09hb Mac, 2014 – APMM sedang mengkaji sama ada tompokan mintak yang dijumpai di Vietnam itu kepunyaan MH370 ataupun tidak.  Operasi pencarian juga sedang diperhebatkan.

Update as @ 6.00pm:  Ada kemungkinan pesawat berpatah balik, tetapi tiada isyarat diberikan oleh pesawa MH370

MH370 latest news

Update as @ 8.26pm – Source from Astro Awani:-

Laporan Terkini Kehilangan MH370 as at 11.30 malam 9hb Mac

Laporan Terkini Kehilangan MH370 11 pagi 10 Mac

 

SIDANG AKHBAR PADA JAM 12 TENGAHARI WAKTU MALAYSIA – 10HB MAC, 2014 OLEH Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman, masih tiada penemuan pesawat MH370,  meskipun begitu, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan

Update as @ 4.20 pm – Sumber dari ERA FM & ERA TV

Terkini dari sidang media #MH370 di KLIA diketuai oleh Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

1. Fokus utama adalah untuk mencari dan menyelamat
2. Delegasi dari China sudah tiba dan sedang bekerjasama dengan pihak di sini
3. Saya merayu agar semua orang agar tidak menyebarkan berita palsu – akan menganggu pencarian dan menganggu emosi keluarga yang menanti kepulangan ahli keluarga yang terlibat
4. Jangan sebarkan berita tidak sahih kepada kaum keluarga yang menunggu…
5. Sidang media ini adalah untuk memberi informasi kepada anda semua
6. Kami telah menghantar kapal ke Vietnam untuk mengenalpasti “objek” yang dilaporkan media
7. Duta dari China dilaporkan berpuas hati dengan siasatan kita setakat ini
8. Kesemua maklumat mengenai dua pasport yang dicuri telah diserahkan kepada agensi perisikan antarabangsa
9. Pesawat yang hilang harus dicari dahulu sebelum memberi fokus kepada perkara-perkara lain
10. Kami tidak memandang ringan apa sahaja perkara yang berkaitan
11. Pihak negara China akan membantu kita dalam semua perkara
12. New Zealand juga sudah menghulurkan bantuan
13. Kita tidak tolak apa jua kemungkinan samada pesawat MH370 disabotaj atau tidak
14. Foto penumpang yang menggunakan pasport curi sudah diedarkan kepada agensi perisikan antarabangsa dan akan diberikan kepada media tidak lama lagi
15. Pihak Boeing sudah berada di Malaysia dan DCA akan bertemu dengan mereka untuk menjalankan siasatan
16. Kami akan berkongsi carta lokasi pencarian kami dengan media tidak lama lagi
17. Laporan mengenai pesawat telah melalui ruang udara Kelantan belum disahkan lagi

Sidang media berikutnya akan dijalankan pada jam 8 malam ini.

Update as @ 4.40pm, 10hb  Mac, 2014 – Sidang akhbar di Hotel Everlyn, Putrajaya – Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Asas Tani menyatakan nelayan-nelayan laut dalam Kelas C dan C2 di Kelantan, Terengganu, Perak,Pulau Pinang & Perlis dikerahkan membantu pencarian pesawat MH370, walaupun kita telahpun ada golongan profesional, namun beliau percaya golongan nelayan yang sering berada di lautan mampu memberikan sumbangan dalam pencarian pesawat MH370 ini. Menteri Kelautan Indonesia juga bersetuju untuk mengerah nelayan-nelayan Indonesia di Selat Melaka bagi membantu misi ini.. Pada masa yang sama, beliau juga sedang dalam proses memohon nelayan-nelayan Thailand turut serta dalam pencarian pesawat MH370.  1788 kapal nelayan Malaysia akan bersatu dalam pencarian pesawat ini secara SUKARELA.  Semoga Allah memudahkan segala urusan misi pencarian MH370.. Insya-Allah.

Update as @1.30pm, 11hb  Mac, 2014 (Hari Keempat Operasi Mencari Pesawat MH370)

Latest News on Missing Aircraft MH370 as at 11th March 11 am

Exclusive News On MH370 from Beijing: – 

Exclusive Latest News on MH370

 

Update as at 4.49pm. 11hb Mac, 2014 – Wajah salah seorang penumpang MH370 yang menggunakan pasport palsu

Muka penumpang pesawat MH370 yang menggunakan pasport palsu

 

Laporan Terkini Kehilangan MH370 12 Mac 2014

 

Laporan Terkini Kehilangan MH370 13 Mac 2014 jam 3 petang

Update setakat jam 3.00pm, 14.03.2014, hari ke 7 kehilangan MH370 – dipetik dari Astro Awani:-

KUALA LUMPUR: Masuk hari ketujuh misteri kehilangan pesawat MH370, sekali lagi Malaysia Airlines mengulangi pendirian untuk terus memberikan sepenuh sokongan kepada misi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Bagaimanapun, pihak Malaysia Airlines sedar akan wujudnya pelbagai spekulasi dalam pelbagai media namun MAS tidak mempunyai sebarang maklumat tambahan daripada maklumat yang telah diberikan sebelum ini.

Fokus utama MAS pada masa ini adalah untuk menjaga kebajikan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 termasuk menyediakan maklumat yang tepat, keperluan penerbangan, penginapan, makanan, perubatan dan sokongan moral, ulas MAS dalam satu kenyataan media hari ini.

Malaysia Airlines akan terus memberikan maklumat terbaru menerusi media dan laman web rasmi mereka berhubung pesawat MH370.

Update setakat jam 9.30 malam, 14.03.2013 – dipetik dari Facebook Era FM

Terkini dari sidang media insiden kehilangan pesawat MH370 dari KLIA diketuai oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, MAS dan DCA

1. Kita masih mencari MH370, hari ke-7 dengan 57 kapal laut dan 48 pesawat dari 13 negara yang turut serta dalam misi SAR bersama peralatan canggih.
2. Kita sudah bekerjasama dengan rakan antarabangsa termasuklah dari Amerika Syarikat dan sangat berterima kasih kepada semua yang berkongsi data dan maklumat dengan kita
3. Kawasan mencari dan menyelamat semakin diperluaskan, hingga ke Laut Andaman dan Lautan Hindi
4. Kami tidak akan mengeluarkan apa-apa maklumat sehingga ia disahkan
5. Laporan mengenai pesawat tersebut terbang selepas empat jam hilang dari radar adalah tidak benar dan sudah disahkan oleh Boeing
6. Pakar penyiasat kemalangan pesawat dari UK dan Rolls Royce akan tiba hari ini untuk membuat penyiasatan dan kami tidak dapat memberitahu butir siasatan sehingga disahkan
7. Terdapat dua tompokan minyak di Laut China Selatan – tompokan pertama telah disiasat dan terdapat kesan minyak kapal terbang tetapi tidak menjumpai sebarang serpihan pesawat dan tidak dikaitkan dengan MH370, manakala tompokan minyak kedua tidak mengandungi sebarang bahan api pesawat
8. DS Hishamuddin berkata pihak berkuasa sangat komited untuk mencari MH370
9. DS Hishamuddin tidak dapat mengesahkan sekiranya pesawat itu dirampas, sebarang kemungkinan masih lagi disiasat
10. DCA: Pihak Amerika Syarikat sedang mencuba memberikan data dari sistem satelit mereka
11. Hishamuddin melahirkan rasa terima kasih diatas sokongan semua orang tidak kira bangsa, agama dan latar belakang. Juga kepada semua bantuan dan sokongan dari negara-negara lain dalam usaha pencarian ini.
12. MAS: Semua pekerja kami masih berpegang kuat dan kami akan memberikan segala sokongan emosi dan bantuan kepada semua ahli keluarga penumpang dan anak-anak kapal
13. FFA (Federal Aviation Administration) dan NTSB (National Transportation Safety Board) mengesahkan bahawa pihak berkuasa membuat keputusan yang tepat untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua kawasan – Laut China Selatan dan Lautan Hindi
14. DS Hishammuddin: (menjawab soalan wartawan tentang sistem komunikasi ditutup secara sistematik) terdapat 4-5 kemungkinan yang masih kami terokai
15. DS Hishamuddin menegaskan bahawa maklumat yang bercanggah mengenai kapal terbang yang hilang datang dari spekulasi luar, bukan kerajaan Malaysia

Ya Allah, permudahkanlah operasi mencari & menyelamat MH370 ini ya Allah.. sesungguhnya kepadaMu tempat kami meminta pertolongan.. Amin..

Update setakat jam 7pm, 15/03.2014, hari ke 8 operasi mencari pesawat MH370 – Sidang media khas mencari MH370 oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak

According to the new data, the last confirmed communication between the plane and the satellite was at 8:11AM Malaysian time on Saturday 8th March. The investigations team is making further calculations which will indicate how far the aircraft may have flown after this last point of contact. This will help us to refine the search.
Due to the type of satellite data, we are unable to confirm the precise location of the plane when it last made contact with the satellite.

However, based on this new data, the aviation authorities of Malaysia and their international counterparts have determined that the plane’s last communication with the satellite was in one of two possible corridors: a northern corridor stretching approximately from the border of Kazakhstan and Turkmenistan to northern Thailand, or a southern corridor stretching approximately from Indonesia to the southern Indian ocean. The investigation team is working to further refine the information.

In view of this latest development the Malaysian authorities have refocused their investigation into the crew and passengers on board. Despite media reports that the plane was hijacked, I wish to be very clear: we are still investigating all possibilities as to what caused MH370 to deviate from its original flight path.

Masih ada harapan.. Insya-allah.. bantulah kami hamba2Mu yang lemah ini Ya Allah…

Update setakat jam 9.00 malam, 15hb Mac, 2014 – hari kelapan pencarian MH370, sumber dari Astro Awani: –

SHAH ALAM: Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang tadi selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan.Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas.Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari kelapan hari ini, masih gagal mengesan pesawat itu.Sementara itu, polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media esok.”Saya tidak boleh nyatakan bila mereka jalankan siasatan dan siapa yang memberi maklumat mengenai perkara itu kepada agensi berita luar negara, Reuters, tadi tetapi apa yang boleh diberitahu setakat ini, kemungkinan perkara itu akan diumumkan esok.”Diharap media boleh menunggu,” katanya.

Hurm.. nampaknya semakin complicated misteri kehilangan pesawat ini.. 

Update as @ 945am, 16/03/2014 – hari ke 9 kehilangan pesawat MH370.. masih menunggu jawapan yang sebenar.. Pencarian sudah masuk jam yang ke 200 🙁

Jam ke 200

Update kehilangan MH370 as @430 petang, 16hb Mac, 2014 – hari ke 9 kehilangan pesawat: –  Press statement by Prime Minister, Najib Tun Razak
1959918_502793803164657_490500560_n
Update as at 9.00 am, 17/03/2014 – hari ke sepuluh kehilangan MH370: –
(SOS) BBC NEWS 7.03AM : MH370 and the military gapsThe latest information in the riddle of flight MH370 has not only dramatically refocused the investigation and search.It has also revived questions about why the Malaysian military did not immediately notice what was happening, and what gaps there might be more generally in military air defences in a region where the defence and security temperature is high at the moment.It has now emerged that Malaysian primary military radar tracked an unidentified contact that flew right across the country’s air space, now confirmed to be MH370. But no action, it seems, was taken.This is an unprecedented case. It may change aviation history”Hishammuddin Hussein
Malaysian acting transport minister
“Where was the Malaysian air force in all this?” says former RAF pilot and aerospace analyst Andrew Brookes.”Ever since 9/11, air defences around the world have been on alert for a hijacked airliner aiming for a prestige target. And few targets are more prestigious than the twin Petronas towers in downtown Kuala Lumpur.”

According to Mr Brookes, when MH370 apparently turned back at the top of its scheduled climb without warning, alarm bells should have rung in the minds of the Malaysian military and political decision-makers.

“When this bizarre saga is over, the Malaysian government and air force will have some serious matters to address, not least in the apparent gaps in wide area surveillance of their air space,” says Mr Brookes.

The latest edition of the International Institute of Strategic Studies’ (IISS) Military Balance publication says that Malaysia’s “substantial equipment modernisation programmes have helped to develop their capacity for external defence”.

Even so, Malaysia’s air force remains relatively small.

Clearly, there may be questions about the extent of the country’s radar cover and procedures.

But there are also still unanswered questions about MH370’s flight profile that might have helped even a huge twin-engined passenger aircraft like a Boeing 777 to escape notice.

Malaysia’s acting Transport Minister, Hishammuddin Hussein, who is also the country’s defence minister, has rejected the suggestion that air force standard operating procedures were breached.

“This is an unprecedented case,” he said. “It may change aviation history. I think it’s lessons to be learnt for everybody.”

Of course, it is also one thing to invest in capabilities, but another to have the training, procedures and resources to use them effectively.

Terkini dari sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat MH370 diketuai oleh DS Hishamuddin Tun Hussein, MAS, DCA, 17 Mac 2014, 5:35 petang di KLIA

1. 24 jam yang lalu, Perdana Menteri kita sudah pun berbincang dengan Perdana Menteri Australia dan Kedutaaan China.

2. Menteri luar telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara yang terlibat dalam operasi SAR
3. Australia dan Indonesia telah bersetuju untuk membawa operasi SAR ke kawasan masing-masing seperti yang ditentukan dengan jelas oleh ICAO
4. Polis telah mengambil simulator dari rumah Kapten Zaharie dengan bantuan dari ahli keluarga dan simulator itu telah dipasang semula di ibu pejabat polis untuk siasatan lanjut.
5. 26 negara kini terlibat dalam misi pencarian dan sepanjang 48 jam ini. Malaysia telah mengendalikan urusan diplomatik, teknikal dan logistik dalam pencarian MH370 tetapi pesawat masih tidak ditemui.
6. Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut termasuk 2 kapal Malaysia telah dihantar ke koridor iaitu kapal peronda luar pesisir KD Kelantan dan KD Selangor.
7. PM Australia mengesahkan Australia akan menghantar tambahan kapal iaitu dua P3 Orions & satu C130 Hercules.
8. Gerakan menyelamat juga membabitkan helikopter Super Lynx yang beroperasi daripada kapal-kapal tersebut.
8. Malaysia telah bekerjasama dengan FBI, Interpol dan lain-lain sejak hari pertama.
9. MAS sudah pun menyediakan sebuah pusat untuk kaum keluarga penumpang di Kuala Lumpur dan juga Beijing.
10. DS Hishamuddin: Kami tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat, tetapi kami juga tidak akan mendedahkan maklumat tersebut sewenang-wenangnya untuk tidak menggangu siasatan.
11. DS Hishamuddin: Dengan sokongan daripada rakan-rakan antarabangsa, fasa baru SAR kini mula digerakkan.
12. Negara yang terlibat tidak memikirkan kos yang dibiayai dan matlamat utama ialah untuk mengesan pesawat sehingga dijumpai.
13. DS Hishamuddin: Dengan menjawab setiap spekulasi, ianya dapat menangkis segala spekulasi yang diberikan oleh media antarabangsa- DS Hishammuddin.
14. Ketua Pegawai Eksekutif MAS: Mengenai kargo, ada muatan manggis dalam 3 hingga 4 tan.
15. Ketua Pegawai Eksekutif MAS: Psiko-metrik adalah prosedur standard untuk pengambilan juruterbang perintis. Syarat kemasukan akan diperkukuhkan/diperketatkan.
16. Kod Tango, iaitu kod keselamatan diaktifkan. MAS kini mempertingkatkan lagi persekitaran keselamatan.
17. Ketua Pegawai Eksekutif MAS: Penghantaran ACARS adalah pada 01:07 pagi. Ia sepatutnya dihantar lagi 30 minit selepas itu.
18. Ketua Pegawai Eksekutif MAS berkata, siasatan yang diandaikan bahawa mesej terakhir yang dihantar oleh penerbangan itu datang dari pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid
19. Kami tiada bukti dari mana-mana syarikat telekomunikasi, yang mana ada nombor cuba untuk berhubung – kami masih lagi mengesan.
20. DCA: Jam 01:19 pagi merupakan waktu terakhir mesej diterima oleh pusat kawalan udara dari kokpit.
21. Lebih cepat kita dapat kotak hitam, lebih cepat kita boleh menjawab semua soalan

Update setakat jam 11.30 pagi, 20hb Mac, 2014 – hari ke 13 kehilangan pesawat MH370.. Masih ada harapan, Insya-Allah 🙂
KUALA LUMPUR: Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.”Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapal tidak diketahui apabila usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.

Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.

Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .

Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.

Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 20, 2014 08:04 (MYT)

Update setakat jam 12.15 tengahari, 20hb Mac, 2014 – hari ke 13 kehilangan pesawat MH370: – 

KUALA LUMPUR: Dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac, telah dijumpai, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbot.

Menurut laporan AFP, pesawat P-3 Orion milik Australia telah dihantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan.

Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.

Abbot berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.

“Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek mungkin berkaitan dengan pencarian telah dikenal pasti.” katanya di Parlimen negara itu.

The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Abbot telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara ini.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia dijangka mengadakan sebuah sidang media pada pukul 12.30 petang waktu Malaysia.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 20, 2014 11:47 (MYT)

Update setakat jam 4.30 petang, 20hb Mac, 2014 – hari ke 13 pencarian pesawat MH370 – mungkinkah pesawat itu telah dijumpai – Sumber dari Astro Awani: – 

 

KUALA LUMPUR: Apakah misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang ghaib daripada radar sejak 8 Mac lalu akan mula terjawab hari ini — pada hari ke-13 usaha mengesannya?

Apakah objek yang dikesan oleh satelit di selatan Lautan Hindi adalah bahagian daripada pesawat Boeing 777-200 itu? Apakah petunjuk kali ini betul dan tidak seperti beberapa petunjuk sebelum ini yang kemudiannya disahkan tidak betul?

Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengetuai misi mencari pesawat yang hilang itu di jalur selatan dengan kerjasama Angkatan Tentera Australia, Tentera Udara New Zealand dan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Awal hari ini, ia menerima imej satelit yang menunjukkan dua objek yang boleh jadi ada kaitan dengan pesawat yang dicari itu.

“Ini satu petunjuk. Ini mungkin petunjuk yang terbaik yang ada setakat ini,” kata Ketua Pengarah Bahagian Kecemasan AMSA, John Young dalam satu sidang media yang jadi perhatian dunia tengahari tadi.

Satu daripada objek itu dikatakan berukuran 24 meter panjang. Objek yang kedua itu lebih kecil. Apakah ini bahagian daripada pesawat MH370? Boleh jadi ya, boleh jadi tidak.

Semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari di jalur selatan itu kemudiannya mengerahkan pesawat dan kapal laut masing-masing ke kawasan carian yang terletak lebih kurang 2,500 kilometer ke barat daya Perth. Sesetengahnya sudah tiba dan beberapa lagi akan sampai dalam waktu yang terdekat.

Sebuah pesawat tiba di kawasan itu pada pukul 10.50 pagi tadi waktu Malaysia. Lima buah pesawat dijadual tiba pada pukul 12 tengahari manakala dua buah pesawat lagi berlepas ke kawasan itu pada pukul 3 petang dan 5 petang.

Sebuah kapal dagang yang kebetulan ada dekat kawasan itu juga menyahut seruan untuk menyertai operasi. Ia dijangka tiba pada pukul 3 petang.

Malaysia sebelum ini mengirimkan dua kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) — KD Kelantan dan KD Selangor untuk menyertai operasi di jalur selatan.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyampaikan perkembangan terbaru ini pada pukul 10 pagi tadi. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga diberikan taklimat sama oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.

“Setakat ini, pihak berkuasa Australia masih belum memastikan apakah objek berkenaan ada kaitan dengan misi mencari MH370,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataan.

Usaha mengesan objek yang dirakamkan oleh satelit itu bukan mudah. Jarak penglihatan di kawasan berkenaan dilaporkan tidak begitu baik biarpun cuaca dilaporkan sederhana. Tetapi setakat ini dunia diberitahu bahawa “inilah petunjuk terbaik”.

Beberapa petunjuk sebelum ini terbukti tidak betul dan pada suatu ketika disifatkan sebagai membantutkan tumpuan usaha mencari dan menyelamat. Ada tompokan minyak yang dijumpai di Laut China Selatan yang kemudiannya disahkan bukan daripada pesawat. Ada objek yang dikesan oleh pihak berkuasa Vietnam yang kemudiannya didapati tidak ada kena-mengena dengan pesawat MH370. Ada juga imej satelit yang dikeluarkan oleh China yang kemudiannya diumumkan sebagai “telah tersilap edar”. Terakhir, penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah pada pagi kejadian. Itupun tidak benar serta dinafikan oleh tentera dan pihak berkuasa penerbangan Maldives.

Tetapi apakah imej satelit yang diterima oleh pihak berkuasa di Australia ini akan memberikan kita gambaran awal apa yang sebenarnya terjadi kepada pesawat MH370?

“Kita perlu sampai ke sana terlebih dulu, cari (objek itu), lihat dan nilai untuk mengetahui apakah ia bermakna atau tidak,” kata Young.

Beliau juga memberi dua peringatan: usaha mencari objek yang dirakamkan oleh satelit itu tidak mudah dan kalau ditemui nanti, ia mungkin tidak ada hubung kait dengan pesawat MH370.

Tetapi setakat hari ini — pada hari ke-13 — operasi mengesan pesawat MH370 yang hilang dengan penuh misteri mendapat petunjuk baru. Adakah ini harinya — selepas kita menunggu selama hampir dua minggu khabar berita pesawat yang hilang itu? Apakah ini yang dicari-cari sejak 8 Mac lalu?

KUALA LUMPUR: Objek sepanjang 24 meter yang dikesan satelit di kawasan selatan Lautan Hindi berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER, kata penganalisis.

Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata jika spesifikasi 24 meter yang dikesan satelit ia berkemungkinan dari badan atau sayap pesawat.

Namun, katanya yang paling munasabah dengan saiz atau panjang itu ialah sayap Boeing 777.

“Difahamkan saizdebrisyang dikesan ialah sepanjang 24 meter, kalau spesifikasi itu ia mungkin datang dari badan atau sayap Boeing 777.

“Dengan saiz 24 meter itu yang paling munasabah ialah sayap Boeing,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dr Shamsuri juga berkata, jika debris bersaiz atau panjang 24 meter ditemui ia menandakan pesawat itu melakukansoft landing.

“Mana-mana pesawat, tidak kira Boeing atau tidak, jika seripihannya 24 meter, ia memberi petanda berlakusoft landingsebab ia tidak berkecai. Kalau ia terhempas dari satu ketinggian ia akan berkecai,” katanya.

Hari ini, Perdana Menteri AustraliaTony Abbotmemaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 20, 2014 14:11 (MYT)

Tuesday, March 25, 12:30 AM MYT +0800 Malaysia Airlines MH370 Flight Incident – Media Statement 24

It is with deep sadness that Malaysia Airlines earlier this evening had to confirm to the families of those on board Flight MH370 that it must now be assumed the flight had been lost. As the Prime Minister said, respect for the families is essential at this difficult time. And it is in that spirit that we informed the majority of the families in advance of the Prime Minister’s statement in person and by telephone. SMSs were used only as an additional means of communicating with the families. Those families have been at the heart of every action the company has taken since the flight disappeared on 8th March and they will continue to be so. When Malaysia Airlines receives approval from the investigating authorities, arrangements will be made to bring the families to the recovery area and until that time, we will continue to support the ongoing investigation.

Sidang Media oleh PM Najib Tun Razak mengenai kehilangan MH370- 24 Mac, 2014

Petang ini saya telah diberikan taklimat oleh wakil daripada Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan.

Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberikan beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan pesawat  MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang lokasi pendaratan. Oleh itu dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, menurut data terkini yang diperolehi, saya ingin memaklumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan satu sidang media esok (Selasa) bagi memberikan butiran lanjut. Buat masa ini, kami akan terus memaklumkan tentang perkembangan baru ini secepat yang mungkin. Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan menghormati ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang sentiasa menjadi panduan dalam siasatan ini.

Malaysia Airlines sudah berhubung dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal untuk memaklumkan kepada mereka perkembangan terbaru ini. Buat mereka, beberapa minggu lepas merupakan masa yang amat memilukan;  saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media agar menghormati privasi mereka dan memberikan mereka sedikit ruang yang amat diperlukan di saat-saat sukar seperti ini.

Pencarian MH370 berakhir di Lautan Hindi, membawa bersama2nya anak2 kapal & para penunpang dengan seribu satu rahsia, yang Allah sahaja ketahui dari mana ia bermula dan bagaimana ia berakhir… AlFatihah untuk semua yang terkorban, semoga rahmat & kasih sayang Allah mengiringi mereka ke syurga.. Amin…
Update as at 9.00pm, 26th March, 2014 – sumber Astro Awani:-
KUALA LUMPUR: Sebanyak 122 objek dikenal pasti oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) di kawasan pencarian Australia, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, MRSA telah menerima imej satelit baru itu dari Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpengkalan di Perancis.

Katanya imej-imej yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 itu diambil pada 23 Mac, di mana Australia, China dan Perancis telah pun mengedarkannya.

“MRSA telah menganalisa imej-imej tersebut di kawasan lautan berukuran 400 kilometer persegi, dan telah kenal pasti 122 objek-objek berpotensi.

“Ada objek yang berukuran satu meter panjang… yang lain-lainya berukuran 23 meter. Ada juga objek yang kelihatan terang, yang berkemungkinan terdiri daripada bahan pejal,” kata Hishammuddin pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

sat1

Imej 122 objek baru yang dikesan MRSA

Katanya penemuan terbaru MRSA itu telah diserahkan segera kepada Pusat Koordinasi Menyelamat Australia di Perth, semalam (Selasa).

Jelas Hishammuddin, pihaknya masih tidak dapat memaklumkan sama ada objek-objek itu ada kaitan dengan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac itu.

sat2

Walau bagaimanapun, katanya ini adalah penunjuk baru yang boleh membantu dalam operasi yang sedang giat dijalankan melibatkan 26 buah negara.

“Kami kini telah mempunyai empat petunjuk satelit berasingan, iaitu dari Australia, China dan Perancis, yang menunjukkan serpihan pesawat.

“Ia penting bagi kami untuk mengaitkan serpihan dengan MH370. Ini akan membolehkan kami untuk mengurangkan lagi kawasan carian, dan mencari lebih serpihan pesawat,” kata Hishammuddin.

Sementara itu, dalam perkembangan operasi, Australia sedang mengetuai usaha pencarian di selatan Lautan Hindi di mana Malaysia masih terus memainkan peranan sebagai penyelaras operasi.

Kata Hishammuddin, semua negara sedang mempamerkan tahap kerjasama yang luar biasa dalam usaha ini.

Menurutnya, Australia telah membahagikan kawasan pencarian kepada dua sektor iaitu Timur dan Barat, di mana enam pesawat akan dikerahkan ke sektor Timur dan enam pesawat akan ke sektor Barat.

Di sektor Timur, operasi pencarian akan melibatkan sebuah P3 Orion milik Australia, tiga pesawat awam Australia, sebuah pesawat Ilyushin IL-76 milik China dan sebuah lagi P3 Orion milik New Zealand.

Di sektor Barat pula, pesawat-pesawat yang terlibat ialah sebuah P8 Poseidon milik Amerika Syarikat, empat buah P3 Orion yang masing-masing milik Korea, Jepun dan Australia, dan sebuah pesawat awam.

To be continued soon..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

kapten zahari,berita terkini mh307,berita MH307,kapten zahari ahmad shah,mh370 hilang,laporan terkini MH370,mh370 latest news,keluarga kapten zahari,berita terkini kehilangan mh370,berita terkini mh 307,mh307 hilang,berita tentang mh307,rupa pesawat mh370,berita terkini mh370,kehilangan mh307,berita terkini pesawat mh307,pesawat mh307,laporan terkini mh307,terkini mh307,kepten zahari,mh307,pramugari mh 307