Tag Archives: Cuti-cuti Malaysia – Menara Condong Teluk Intan

Cuti-cuti Malaysia – Menara Condong Teluk Intan, Perak

Assallammualaikum..

Kome pernah pegi ke Perak? Teman pernah la sekali pegi ke sana, menghadiri majlis kahwin adik angkat teman 🙂 Ate teman ni tak berapa pande nak cakap bahasa Perak ni yeop, buruk benor bunyiknye.. huhuhu

Masa tengok2 gambar dalam hardisk, terjumpa gambar Menara Condong di Teluk Intan, Perak..

Bagi anda yang tak tau sejarah Menara Condong ni, moh kita baca sejarah yang saya dapati dari Wikepedia:

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk IntanPerak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara PisaItali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.

 

Wahhhhhhhhh, menyerupai Menara Pisa!! So tak paya la gi Itali, gi Teluk Intan pun dah boleh tengok Menara Condong!


Menara Condong Teluk Intan
Menara Condong Teluk Intan 2 Menara Condong Teluk Intan 3

 

Kami melawat Menara Condong ni pada hari Ahad, so memang ramai pelawat.. Macam2 gaya orang ambik gambar di hadapan menara ni.. hehe.. Lawatan kami hanya seketika, tapi memang puas hati dapat tengok menara ni dengan mata sendiri.. ukiran & binaanya memang cantik.. Jangan lupa singgah di sini kalau anda ke Perak ye Yong/Yeop, free, tak kena bayar pun nak tengok Menara ni 🙂