Tag Archives: Cuti-cuti Malaysia – Colmar Tropicale

Cuti-cuti Malaysia – Colmar Tropicale, Berjaya Hills French Themed Resort

Accueil!
Selamat Datang ke Colmar Tropicale!!

 

Assallammualaikummmmmmmmmm

Inginkan suasana percutian ala2 Perancis?  Tak payah pegi jauh2, Berjaya Hills “membawakan” perkampungan Perancis kepada anda semua di Colmar Tropicale.. Hehe.. Macam iklan pelancongan pulak kan! heheheh…

Saya datang sini tahun lepas, tapi baru dapat edit gambar2 hari ni.. huhu.. Pada anda yang merancang2 nak bawak keluarga jalan2 sempena cuti sekolah dan inginkan suasan yang berlainan & persekitaran yang jauh dari kesibukan kota, mungkin Colmar Tropicale ini pilihan yang sesuai untuk anda..

Colmar Tropicale ini terletak di Bukit Tinggi, Pahang dan mengambil inspirasi bangunan dari perkampungan Colmar di Alsace, Perancis, dan perkampungan2 Riquewihr, Turckheim and Kaysersberg di Perancis..  Ia dibangunkan di atas 80 acres (320,000 m2 kawasan hutan asli dengan ketinggian 2,600 feet (790 m) ) dari aras laut.

Saya buat tempahan sebulan lebih awal dari website mereka, dapat 20% off dari harga biasa.. boleh check room rates di sini – http://www.colmartropicale.com.my/index.php?btn=index

 

Berikut apa yang dapat saya simpulkan dari lawatan saya selama 2 hari satu malam ke sini:-

1)  Suasana yang segar & nyaman serta agak sejuk di sini memang best..

2)  Senireka bangunan2 yang cantik, memberikan satu aura baru, memang rasa seronok & teruja, betul2 cam kat oversea.. hik2

3)  Tak banyak aktiviti kat sini.. ada spa house, tempat main game, japanese garden, rabbit park, botanical garden.. sume ni ala2 back to nature la.. tempat2nya boleh tahan jauh, tapi ada shuttle car, so jangan risau yek..

4)  makanan & minuman MAHAL!! coke setin = RM6.00.. agaknya depa dah kira siap2 harga nak beli air coke di France kalau gi sana naik kapal terbang :p so bawak la makanan banyak2, minuman banyak2.. cam kami, tersilap sebab tak tapau food banyak, so kena la order dari room service.. makanan biasa sangat, harga pulak MAHAL.. so ingat ye, bawak makanan especially kalau stay lebih dari dua hari..

5)  Sarapan yang disediakan OK la.. ada banyak variety jugak.. bfast ni sekali dengan pakej bilik..

Itu la serba sedikit informasi yang boleh saya berikan.. kita layan gambar2 ok..

 

Jam dengan waktu2 yang berlainan di bahagian Receptionist

 

 

 

Budak tembam hepi main dalam bath tub.. haha

 

Menginta dari tirai kamar.. chewahhhhhhhhh.. haha

 

Makanan yang MAHAL, dan biasa2 aje
Padan muka kami, tak bawak stock makanan banyak2.. huhu

 

Antara senarai aktiviti yang boleh dilakukan di sini..

 

 

 

 

Cantik kan bumbung bangunan ni..
comel, ada munge2.. haha

 

Suasana malam.. betul2 rasa cam kat oversea.. hik2

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

bukit fraser honeymoon package,colmar tropicale honeymoon package