Tag Archives: clearance sale

Berbaloi-baloi….

Baju2 si comel yang saya beli di SOGO..

Baju2 si comel yang saya beli di SOGO..

Assallammualaikum..

Hari ini, saya sakit kaki, tapi berpuas hati.. Dari pukul 9.45 hingga 1.30, saya berada di SOGO, membeli belah di Sogo Warehouse Clearance Sale yang terbuka kepada pemegang kad SOGO sahaja.  Saya sangkakan saya dan suami antara yang terawal, rupanya ada yang datang lebih awal dari kami.  Sewaktu kami sampai jam 9.45 pagi, lobi lif telah sesak dengan orang.. Kereta juga mula bertali arus setelah kami selamat parking kereta.. Tepat jam 10, lif mula beroperasi dan orang mula bertolak2 memenuhi ketiga2 lif.. Saya dan suami memilih untuk naik escalator sahaja.

Sewaktu sampai di tingkat 7, kad SOGO diperiksa sebelum kami dibenarkan masuk.  Ya, memang berbaloi sale tersebut.  Tujuan utama saya dan suami ke sana, untuk mencari baju dan keperluan “orang baru” yang bakal menghiasi hidup kami suami isteri pada bulan June nanti.  Aduhai, rambang mata saya melihat baju2 si kecil yang murah2 dan cantik2 belaka.. Disebabkan saya masih tidak tahu jantina si comel ini, saya belikan warna2 universal seperti putih, cream, kuning, hijau dan orange.  Baju2 dan seluar berharga semurah RM3.00 sehinggalah RM25.00, paling maksima.  Ikutkan hati, ingin saja saya membeli baju si comel yang berwarna merah jambu dan berbunga2, tapi risau pula si hero yang muncul.. hehehehe… Selesai memilih baju, kami membeli tuala, wipes dan sarung tangan.  Aduhai, comel2 semuanya, rasa nak beli semua.. Mujur datang dengan suami, dia yang menenangkan saya agar tidak rambang mata membeli semunya.

Selain dari itu, pakaian, pakai dalam dan kasut untuk orang dewasa juga boleh tahan murahnya.  Ada perkakas dapur, barang2 plastik yang diberikan potongan sehingga 70%, dari jenama terkenal seperti Tefal.  Makanan dan minuman juga ada dijual.  Saya cuma membeli Milo 1kg yang berharga RM12.00, di mana harga biasanya dari RM14-16 tanpa potongan.  Coklat cadbury juga murah, hanya RM4.00 satu bar besar.  Hmm.. apa lagi yer… Oooo. ada pencuci baju seperti breeze, dynamo dan max cleen 9 yang harganya memang lebih murah berbanding pasaraya2 lain.. Saya lihat ramai yang borong Milo dan Sabun Pencuci baju, kerana harganya yang memang murah..

Oh ya, beg tangan perempuan juga murah, potongan hingga 80%.. Kalau belum berkahwin lagi, pasti itulah tempat yang saya tuju dahulu, tapi kini setelah berkeluarga, tumpuan lebih kepada kepeluan keluarga dan bukan koleksi2 beg tangan atau kasut..  🙂

Untuk mereka yang suka menghias rumah dan bakal mendirikan rumahtangga, SOGO menawarkan potongan sehingga 80% untuk bantal, comforter dan cadar… Memang “kopak” kalau pergi tanpa membuat budget, sebab semuanya murah, semuanya anda akan rasa nak beli.. hehehe

Kepada anda yang masih belum mendapatkan keahlian SOGO, jangan ketinggalan.. Cuma RM24.00 sahaja untik 2 tahun, dan ada banyak kelebihannya.. nak tau, kenalah daftar di tingkat 7, SOGO yer.. Ish, macam duta SOGO plak saya nih.. hahahaha

Pada pendapat saya, membeli belah ketika jualan clearance seperti ini, banyak untungnya.. Potongan diberikan dari 10-80%, sangat menjimatkan.. Seperti saya dan suami, kami bukan memilih barang2 yang “in” dan/ “up to date”, kami beli barang2 yang perlu dan bagus kualitinya.. Kalau anda mementingkan trend, agak sukar juga membeli barang2 ketika sale sebegini kerana banyak barang2 yang tidak up to date lagi, maklumlah, namanya pun clearance sale.. 🙂

Tapi, saya ingin ingatkan di sini,  anda perlu bijak memilih barang kerana tidak semuanya berbaloi.. Kita kan pembeli, pilihan di tangan kita.. Jadi, bijak2 bila berbelanja ya!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

pemborong coklat cadbury,pembekal coklat cadbury,borong coklat cadbury,coklat cadbury murah,coklat cadbury borong,pemborong sabun dynamo,jualan murah beg tangan 2011,pembekal sabun dynamo