Tag Archives: chalet pantai kamunting

Cuti-Cuti Malaysia – Fuga Village, Melaka

Assallammualaikum wbt

Permulaan cuti sekolah yang lepas, Alhamdulillah, sempat bawa family bercuti di Fuga Village, Melaka.

Fuga Village ni terletak di Pantai Kamunting, Pengkalan Balak, Melaka –

3894, Pengkalan Balak Beach,
Kg. Padang Kemunting,
78300, Masjid Tanah, Malacca
Malaysia

Sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam kawasan Fuga Village ni, memang terasa macam berada di satu tempat lain.  Tempatnya sangat bersih, dan private.  Dikelilingi pagar yang tinggi, dan dua pintu yang perlu dikunci setiap masa, anda akan merasa selamat berada di sini.

Saya membuat tempahan melalui booking.com, dengan harga RM185 per chalet untuk satu malam.  Satu chalet boleh memuatkan 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.

Biliknya dilengkapi dengan katil, tuala, cerek, peti sejuk mini, aircond, dan kipas.  Owh, TIDAK ADA televisyen di dalam chalets, jadi memang anda betul-betul dapat berehat tanpa gangguan bunyi televisyen di sini.  Breakfast juga TIDAK disediakan ye.

Tandasnya pula adalah tanda “open air”.  Sila bawak kain batik dan kain pelekat, sebab anda akan mandi dan membuang hajat berbumbungkan awan sahaja.  Saya kira, konsep ini sangat digemari oleh westerners yang datang ke tepi pantai, tapi memang tidak dapat diterima oleh kita 🙂  Nak kencing malam2 pun seram je rasanya.. haha.. tapi perasaan je tu semua kan!

Wifi tak berapa kuat, tapi ok.  Anda akan dapat pasword bila mendaftar masuk.

Saya senaraikan dalam bentuk gambar, lebih mudah untuk kita tengok kan 🙂

Fuga Village Melaka

Saya sertakan gambar2 di chalet Fuga Village, untuk tatapan anda.  Kalau rasa best, cepat2 book ok!

Fuga Village Melaka Entrance

Gambar dalam Chalet Fuga Village

Gambar dalam Chalet Fuga Village

Setiap Chalet ada gambar berveza. Ada gambar Kuda Laut dan Penyu di bilik adik2 dan mak saya.

Setiap Chalet ada gambar berveza. Ada gambar Kuda Laut dan Penyu di bilik adik2 dan mak saya.

Tempat menyimpan baju terletak di bahagian luar, sekali dengan singki, toilet & shower.

Tempat menyimpan baju terletak di bahagian luar, sekali dengan singki, toilet & shower.

Ada tingkap besar di chalet ni, membolehkan udara segar masuk ke dalam chalet

Ada tingkap besar di chalet ni, membolehkan udara segar masuk ke dalam chalet

Bahagian hadapat chalet, memang benar-benar mengimbas nostalgia ketika kecil dulu. Rumah nenek ada tingkap macam ni :)

Bahagian hadapat chalet, memang benar-benar mengimbas nostalgia ketika kecil dulu. Rumah nenek ada tingkap macam ni 🙂

Keseluruhan kawasan yang menempatkan 6 chalet & 1 Villa di Fuga Village

Keseluruhan kawasan yang menempatkan 6 chalet & 1 Villa di Fuga Village

Fuga Village Melaka 8

Fuga Village Melaka

Dari gambar ni, saya rasa anda pun dapat lihat betapa bersihnya chalet dan keadaan sekitarnya, kan?  Satu sampah pun saya tak nampak.. So, kalau anda ke sini, jagalah juga kebersihan, jangan malukan diri sendiri ye.. Tong sampah disediakan di tepi kolam.

Kolam renang comel untuk berendam lepas berenang di pantai.

Kolam renang comel untuk berendam lepas berenang di pantai.

Pool chairs untuk berehat ambil angin pagi / petang.

Pool chairs untuk berehat ambil angin pagi / petang.

Alhamdulillah, masa kami datang, hujan baru reda, jadi cuacanya redup.  Kebetulan juga, kami yang pertama check in, so we have the place all by ourselves.  Puas la berendam dalam pool.. Lebih kurang jam 6 petang baru ada family lain yang check in.

Nanti saya sambung lagi, gambar2 di bahagian reception 🙂

Salam sayang

Ayu Fatarina.