Tag Archives: cari jodoh

Aku risau la…

Assallammualaikum..

Ada tak yang risau2 hari ni?  Mungkin masalah anda sama dengan seorang sepupu saya..

Selasa yang lalu, lebih kurang jam 7.30 pagi, si dia menelefon saya.  Terkejut juga melihat namanya terpapar di skrin telefon.. maklumlah, pagi2, saya menyangkakan ada hal mustahak..

Panggilan dijawab, dan kedengaran suaranya yang agak lemah di talian..

Biar saya namakan dia sebagai X sahaja..

“Kau sihat ker X?  Lain macam jer suara ni??”

“Aku sihat Yu.. Tapi aku risau la..”

“Ish, kenapa plak ni?  Risau pasal result ker?”  (dia sedang menyambung pelajarannya di peringkat Masters ketika ini).

“Tak, aku risau pasal kawan2 aku semua dah kawin.. Mak call aku semalam, dia kata si A sepupu kita tu nak kawin bulan 9 ni.. Maknanya tinggal aku sorang jer la dalam family yang belum kawin.. Umur dah 30 dah ni.. Mak dah membebel2 dalam telefon, suruh aku cari boyfriend cepat2.. Aku tension la Yu..”.

Saya tersenyum.. Saya faham benar masalahnya.. Bukan sekali dua kerisauan itu disuarakan kepada saya..

“Jangan risau X.. Jodoh kau belum sampai lagik.. Doa banyak2 pada Allah.. DIA Maha Mengetahui.. Dan kalau ada yang mengurat2, jangan pulak jual mahal.. Jangan jadi materialistik, yang penting lelaki tu lelaki yang soleh, baik, ada pekerjaan, ada ciri2 bapa dan suami yang baik.. ”

“Hmmm.. yer la.. Apa2 jer la..” jawabnya.. Saya tahu dia seakan putus asa..

“Sabar X.. aku doakan kau bertemu jodoh dalam tahun ni yer..”.

“Aku malas dah nak balik kampung.. Emak dengan abah balik2 tanya soalan yang sama- bila aku nak kawin.. Tension aku la.. Dah la kerja stress, balik kg pun stress, mana aku nak lari ni Yu????”

“Ish, jangan pikir yang bukan2.. takper la, nanti balik melaka aku slow talk la dengan diorang.. Dah, jangan risau2.. Adalah jodoh kau nanti.. Benda macam ni bukan kita boleh duga.. Entah2 esok lusa ko jumpa Mr Right, ko kawin lagi awal dari si A tu..”.. jawab saya..

Dia tergelak kecil..

“Ok la Yu, aku nak pegi kerja ni.. Thanks for listening.. Take care ya..”.

“You too.. do call me if you need anything ya..”  begitulah akhir perbualan kami.

Ketika itu saya dapat membayangkan wajah sepupu saya yang sedang dalam kekusutan, kerana menghadapi masalah tidak mempunyai teman lelaki lagi..

Bersambung esok.. Zzzzzzzzzzzzz 😉