Tag Archives: cara memohon Kad Si Manjaku TAWAS

Tabung Anak Warisan Selangor & Kad Si Manjaku

Assallammualaikum wbt,

Saya ingin mengajak anda semua, yang ada anak bawah umur 3 tahun, yang lahir di Selangor, untuk mendaftarkan anak anda bagi permohonan Kad Si Manjaku di bawah Tabung Anak Warisan Selangor.

Jika anda memenuhi syarat-syarat di bawah, anda layak untuk memohon:

Syarat 1

Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
2. Belum mencapai usia 3 tahun
3. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 2

Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
5. Cop pengesahan Taraf mastautin. Cop boleh diambil dari :-

  1. i. Ahli Parlimen Selangor
  2. ii.Pusat Khidmat DUN Selangor
  3. iii.Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  4. iv.Penghulu/Ketua Kampung
  5. v. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
  6. vi.Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Syarat 3

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. **Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur)

**Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada :-

  1. i.Penghulu/Ketua Kampung
  2. ii. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
  3. iii.Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Bagi anda yang masih samar-samar mengenai TAWAS, di sini saya lampirkan screen shot mengenai sejarah TAWAS:

Latar belakang TAWAS

Latar belakang TAWAS

Kad Si Manjaku TAWAS

Kad Si Manjaku TAWAS

Anda juga boleh membaca dengan lebih lanjut di web ini – http://tawas.org.my/tawas/index.php

Berikut saya senaraikan informasi yang anda perlukan seandainya anda baru ingin mendaftarkan anak anda di bawah TAWAS:

Apa yang anda perlu tahu sebelum memohon Kad Si Manjaku TAWAS.

Apa yang anda perlu tahu sebelum memohon Kad Si Manjaku TAWAS.

Untuk pendaftaran kali pertama,anda boleh buat online dah klik di Pendaftaran Baru dan ikuti arahan dan penuhkan informasi yang dipilih.

Untuk pendaftaran kali pertama,anda boleh buat online dah klik di Pendaftaran Baru dan ikuti arahan dan penuhkan informasi yang dipilih.

Seterusnya, setelah permohonan dihantar, anda boleh menyemak dengan memasukkan no MyKid anda.

Seterusnya, setelah permohonan dihantar, anda boleh menyemak dengan memasukkan no MyKid anda.

Seandainya di web menujukkan bahawa permohonan anda telah berjaya, anda boleh datang ambil kad di sini:

Alamat : Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Saya baru saja ambil kad anak saya pada 07 September yang lalu.  Pendaftaran saya buat secara manual semasa anak berusia 2 tahun.  Baru berkesempatan nak ambil tahun ni hehe.

Kad Si Manjaku TAWAS

So, jangan tunggu lama2, rebutlah peluang dan inisiatif Selangor ini ye 🙂

Salam sayang

Ayu Fatarina.