Tag Archives: cacian

Buat aje.. jangan pedulikan orang…

Hmm.. bagaimana harus saya mulakan yer.. Apabila saya war-warkan kepada beberapa orang teman mengenai ebook panduan cinta untuk lelaki ini, ada yang mengucapkan tahniah, ada juga yang mencebik dan tersenyum sinis dan berkata “ada orang nak beli ker?  berlambak panduan dalam internet dengan majalah.. lagipun orang lelaki nih bukannya minat membaca.. buat penat aje kau tulis buku nih.. cinta ni tak perlu panduan la semua orang tahu.. ”  saya cuma tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas “semangat” yang diberikan pada saya..

Dalam hidup ni, pada sayalah, kalau kita dengar dan ikut semuaaaaaaaaa yang orang cakap, semuaaaaaaaaaa yang orang komen, cepat putus asa, cepat mengalah pada halangan dan kata-kata orang, memang la kita susah nak berjaya.. Orang ni, tak semua ikhlas dengan kita, ada yang memang tak nak langsung kita menuju puncak (cam AF pulak).. kalau boleh, dia je nak bagus, dia je nak senang..so, kalau anda nak buat sesuatu, dan tau ia akan membuahkan kejayaan pada anda, JUST GO FOR IT!  Peduli apa orang nak cakap.. bukan diaorang yang bagi kita makan, kan? hehheeheheh…  Yang penting, ada perancangan yang betul, anggap semua cacian & cemuhan sebagai kata-kata semangat.. usaha, doa & tawaqal!

Kalau anda sudah ada dalam kepala untuk melakukan sesuatu yang boleh membawa kebaikan dan kesenangan kepada anda, lakukanlah hari ini dengan sepenuh hati & penuh keazaman.. genggam bara appi, biar sampai jadi arang ya!  All the best!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

doa tahlil rumi,bacaan tahlil rumi,tahlil ringkas rumi,tahlil rumi,kelebihan zikir hasbiallah,doa tahlil dalam rumi,doa bersetubuh dalam rumi,doa tahlil arwah rumi,bacaan doa tahlil dalam rumi,bacaan tahlil dalam rumi,cara tahlil ringkas,lirik zikir hasbiallah,doa bersetubuh rumi,doa tahlil ringkas,panduan tahlil ringkas,bacaan tahlil arwah rumi,tahlil arwah rumi