Tag Archives: bus ke big ben

Autumn In London – Big Ben

Assallammualaikum wbt

Ya Rabbi, dah berlumut dah blog saya ni haha.. Tak sempat2 nak upload information & gambar.. Takde mood dan tak cukup masa sebenarnya nak mengarang.. Hari ni free sikit, so saya update sikit la mana yang saya ingat mengenai perjalanan ke London ENAM bulan lepas haha.. Adoi, dah 6 bulan dah, so saya update yang penting2 untuk menambah informasi pada anda yang akan ke sana nnt.. Semoga bermanfaat..

Seperti yang saya maklumkan sebelum ni, kami menaiki bas sahaja ke mana2.. Sebab utama, nak melihat panorama sekeliling London.. Kalau naik tube, memang cepat, tapi tak dapat la nak tengok bangunan2 dan taman2 di London.. Kalau jadual anda padat, saya syorkan naiklah tube, lebih jimat masa.. Satu lagi, kalau naik bus ni, kena la tunggu dalam 10-15 minit sblm bus sampai..

Saya suka naik bus London ni, bersih dan on time. Rasa selesa sangat..

Hari ketiga di London, kami melawat Big Ben & bangunan di sekitarnya..Sedikit fakta mengenai Big Ben utk pengetahuan anda semua:

Big Ben Facts

Dari Bayswater, kami menaiki bus nombor 148 menuju ke Big Ben, tarikan utama di London. Tak lengkap perjalanan anda tanpa melawat Big Ben. Oh ya, Ingat!!! BELI DULU OYSTER CARD, semua bus dan tube kena guna Oyster Card ok!

Bus 148 to Big Ben

Bus selalunya kosong, sentiasa ada tempat untuk duduk ? Dari Bayswater, perjalan mengambil masa lebih kurang setengah jam.. Saya menjamu mata melihat kecantikan bangunan, orang2 dan taman-taman di London.. sangat mengasyikkan.. tak perlu risau nak turun di mana, sebab bus akan berhenti berdekatan dgn Big Ben ni.. Anda boleh berhenti di Station Parliament Square. Jangan risau, setiap kali menghampiri station, akan ada pengumuman mengenai nama station seterusnya, anda kena pasang telinga betul2 ok..

Kawasan di mana terletaknya Big Ben ni adalah kawasan tarikan pelancong.. Di sini ada Eye of London dan juga House of Parliament. Buckingham Palace juga within walking distance, tapi kami tak pergi pun.. Matlamat nak tengok Big Ben saja, so Buckingham Palace tu tak masuk list..

Di sini ada juga beberapa gerai menjual cenderamata, tapi like usual, harganya mmg mahal la sebab main tourist attraction kan.. Beli saja di Bayswater, jauh lebih murah..

Saya syorkan anda bawa makanan sendiri, macam sandwich / biskut / buah-buahan serta air sendiri..  Anda boleh menghabiskan masa seharian berjalan2 di sini dan ambil gambar.. Kalau ada makanan dan kudapan, tak perlu tercari2 kedai makanan kan.. Lagipun di kawasan tumpuan pelancong ni, biasanya harga makanan lebih mahal.. Ini cadangan saja, kalau anda ada budget lebih, why not try the cafes kan.. Bukan selalu dapat lepak2 di cafe London hehe

Ok, till here, selamat menjamu mata dengan gambar2 semasa di sana.. Apa2 soalan boleh tinggalkan di bahagian komen.. Terima kasih

Big Ben London 2

Big Ben London Night View 2Big Ben London Tour

Big Ben London View

Big Ben London Night View

Big Ben London