Assallammualaikum wbt
Ok, sebelum saya share gambar2 yang diambil dari atas Hoho Paris, saya kongsikan sedikit tips.. Kadang2 kita ni tau, nak buat, tapi selalu terlupa, kan? So saya harap tips yang saya coretkan kali ni sebelum menaiki Hoho Paris memberi manfaat kepada semua ye.
Kalau pergi Paris, tempat yang paling top dalam senarai, sudah tentulah nak tengok Eifel Tower, kan? Tak sah lawatan ke Paris kalau tak sampai ke Eifel Tower, lambang cinta dan kasih sayang katanya 🙂 Jadi kami pilih Green Route yang akan membawa kami terus ke Eifel Tower.

Green Route HoHo untuk ke Eifel Tower
Kami naik dari bus stand Opera. Anda cuma perlu tunjuk tiket Hoho pada petugas bas, dan boleh naik terus.

Dari bus stand Opera, anda akan nampak bangunan yang sangat2 cantik ni.
Cuaca pada masa itu agak mendung, mula-mula kami duduk di deck terbuka di atas bas, tapi gerimis mula mengundang, dan diikuti dengan titisan hujan yang agak lebat.. Setibanya di Pont Neuf, kami pun turun duduk di bawah..

Gelap sangat masa ni, hati saya pun dah mendung sebab tak dapat ambil gambar…
Agak kecewa sebenarnya, sebab penglihatan agak terhad bila hujan, gambar pun blur sebab cermin bas Hoho tak berapa nak bersih 🙁
Off topic jap, kalau anda pernah menonton cerita Me Before You gandingan Sam Claflin sebagai Will Traynor dan Emilia Clarke sebagai Lou, dalam satu scene tu, Will Traynor ada sebut Pont Neuf ni.. Chewah .. hehe.. Tapi sayangnya, kami lalu aje, tak turun pun sebab hujan lebat ..
Hujan turun lebih kurang 20 minit jugaklah.. Hati ni memang sedih sangat, ye la, macam mana nak turun ambil gambar dalam hujan lebat tu kan…
Tapiiii, lepas hujan berhenti, Masya Allah, kota Paris nampak cantik sangat, macam bercahaya gitu (sangat) haha.. Tak dapat saya gambarkan dengan kata2.. Mungkin kalau anda suka dengan bangunan2 lama, anda akan dapat rasa apa yang saya cuba sampaikan.. Susah saya nak gambarkan dengan kata2..
Saya biarkan gambar berbicara ye..

The Lourve, Paris. Tak turun sebab hujan masa ni..
Saya tak tau tentang anda, tapi mata saya, hati saya, memang jatuh cinta dengan Paris.. Semua pemandangan ini anda boleh nikmati dari atas bas sahaja.
Bila bas berhenti di simpang jalan atau di traffic light, gunalah peluang itu sebaik-baiknya utk ambil gambar.
Saya pergi Paris masa Bulan November, jadi dah ada Christmas Market di sepanjang Champ Elysee. Sayang sekali, tak singgah, sebab kejarkan masa nak bergambar di Eiffel Tower. Takpe, maybe next time, Insya Allah, who knows kan?

Christmas Market, Paris
Nanti saya sambung pula dengan gambar2 di Eifel Tower ye.
Love
Ayu Fatarina