Tag Archives: budget ke London

Autumn in London – Hyde Park

Assallammualaikum wbt

Saya selalu teringin nak merasai musim luruh.. Kagum melihat Allah menjadikan alamnya berwarna keemasan, merah, jingga dan coklat apabila tiba musim luruh. Selalu tengok gambar aje, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kali ni dapat merasa sendiri musim luruh di London dan Paris.

Musim luruh ni, sejuk dan kadang kala anginnya kuat, so memang kena ada jacket dan bawaklah sarung tangan. Siangnya pendek.. Jam 4.30 petang dah macam jam 7 petang.. Tapi cuaca yang sejuk dan nyaman tu buat kami seronok berjalan-jalan.

Hari pertama sampai di London, 07/11, memang kami jet lag, 13 jam dalam kapal mmg buat badan saya rasa lembik.. haha.. So hari pertama, mmg berehat saja di apartment.. Lepas asar baru kami keluar berjalan-jalan di sekitar Bayswater. Macam saya cakap tadi, siangnya pendek, maka bila keluar selepas Asar, dah jadi macam keluar selepas Maghrib. Destinasi pertama, cari tempat makan.. Alhamdulillah, ada kedai orang Turki di Bayswater, jadi kami pesan seekor ayam dgn salad dan fries, harga 9.95 pound. Soft drink mahal ye di London, 1.50pound setin! Jadi kalau anda ke mana-mana, pastikan bawa air masak sendiri. Kalau menginap di hotel, beli air mineral dalam botol besar tu dan masukkan dalam botol kecil, memang save banyak kalau bawak air sendiri.

Hari kedua, kami menyusuri Bayswater dan menuju ke Hyde Park.. Masya Allah, cantiknya park ni.. Macam lukisan, kuning, jingga, merah, coklat, hijau, putih, memang tenang dok di sini.

Hyde Park ni adalah salah satu taman terbesar di London. Asalnya, ia adalah tempat kerabat diraja memburu, tetapi lama kelamaan, ia menjadi taman yang dibuka kepada orang awam.. Tupai dan burung merpati kat sini, gemuk2 belaka… Geram tengok, rasa nak picit sekor2.. Haiwan-haiwan ni juga sangat jinak, dah biasa agaknya tengok manusia di taman tu kan.. Ramai pelawat masa kami di Hyde Park ni, dan ramai yang berjogging.. Memang best la kalau dapat berjogging kat sini, pemandangan yang cantik, cuaca pun nyaman untuk beriadah.

Untuk sampai ke Hyde Park, anda boleh menaiki tube dan berhenti di station Bayswater. Keluar aje dari station tu, dah nampak Hyde Park.

Taman ini sesuai untuk anda yang sukakan alam semulajadi, nak berehat seketika, dan nak tengok bagaimana orang2 di sana menguruskan taman mereka. Memang cantik dan bersih.. Kalau musim panas dan musim bunga, boleh buat picnic di sini, bawa saja tikar, makanan dan minumam.. Pasti seronok dan tenang dengan hembusan angin dan pemandangan indah dari pepohon..

Saya tinggalkan anda melayan gambar2 kami di sana.. Maaf la sangat2, syok sendiri kami ni sebab berselfie sakan.. Haha.. Insya Allah akan saya update lagi informasi berkenaan Hyde Park ini..

Hyde park - pigeons

Hyde Park - Princess Diana

Hyde Park 1

Hyde park 2

Hyde park 3

Hyde Park 4

Hyde Park 5

Hyde Park 6

Hyde Park 7

Hyde Park 8

Hyde Park 9

Hyde Park 10

Hyde Park 11

Hyde park autumn leaves

Autumn In London – Oyster Card

Assallammualaikum wbt

Bestnya orang yang kerja di Selangor, cuti free hari ni.. Saya pulak dok Selangor, tapi kena kerja sebab opis kat KL.. huwaaa, bercinta betul nak bangun pagi2 tadi, jealous tengok suami dengan anak seronok golek2 atas katil sebab diorang cuti! Ini tidak adil! Haha..

Takpe, kita tepikan kecemburuan itu, kita sambung pasal pengangkutan di London. Sebut pasal pengangkutan, mesti semua dah terbayang tube underground di London. Ya, memang tepat sekali.. tapi buat pengetahuan anda, bus juga sangat sangat sangat efficient di London.

Sebelum kita cerita tentang bus, saya nak cerita pasal Oyster Card. Oyster Card ni WAJIB dibeli sebelum naik bus atau tube. Sekeping Oyster Card berharga 5 pound atau 3 pound. Kedua2 Oyster Card ni sama je, Cuma kalau anda beli yang 5 pound, boleh dipulangkan semula & anda akan dapat semula 5 pound anda. Saya tak beli masa di sana, sebab ada kawan yang baik hati pinjamkan 2 card untuk saya. Dari pembacaan, anda boleh pulangkan di mana-mana kaunter station underground untuk mendapatkan refund.

Oyster Card

Oyster Card ni boleh dibeli di mana-mana station underground. Jangan risau, staff underground sangatlah membantu, dan pembelian di machine ticket adalah sangat mudah. Masukkan duit dan beli Oyster Card, lepas tu kena top up. Oyster Card ni telah diprogramkan untuk memberikan penjimatan maksima kepada anda. Semasa pembelian di machine ticket tu, anda boleh pilih 1 day travel. Secara automatik, tak kira berapa kali pun anda touch tube / bus, perbelanjaan pengangkutan anda akan dihadkan kepada 9 pound sehari (nanti saya semak semula, tak berapa ingat sebab kawan tu dah tolong top upkan sebelum pinjamkan card).

Oyster Card 2

Oyster card ni boleh digunakan di pengangkutan berikut:-

Oyster Card

Untuk pembacaan lanjut, anda boleh rujuk di web ini – https://www.visitbritainshop.com/world/london-visitor-oyster-card/

Ok, sekarang nak cerita pasal bus. Saya memang salute la dengan bus di London ni, on time, bersih dan efficient. Anda cuma perlu satu map saja, di mana nombor bus dan tempat tarikan pelancong telah dinyatakan. Sepanjang berada di London, memang kami anak beranak naik bus aje, memang tak gunakan tube. Ada dua sebab utama kami hanya menggunakan bus:

1) Dapat lihat pemandangan dan bangunan sekitar London; dan
2) Mudah nak bawak naik stroller anak saya.

Bus merupakan cara yang paling mudah untuk anda mengelilingi kota London. Puas kami naik bus merah dua tingkat tu, memang seronok tengok bangunan-bangunan lama dan taman-taman di London, wah sana, wah sini, macam rusa masuk kampung saya dibuatnya hehehe.. Kalau naik Hop On Hop Off, sangatlah mahal, padahal lalu di tempat yang sama.. Cumanya mungkin lebih mudah sebab bus Hop On Hop Off tu akan terus pergi ke destinasi tarikan pelancong, manakala dengan bus biasa, anda perlu study map dan pastikan anda naik bus yang betul.

Saya ada map tempat2 menarik dan wajib dilawati di London yang ingin saya jual, tapi belum sempat ambil gambar. Nanti saya upload berserta harga. Dengan adanya map ni, anda tak perlu risau lagi, tak perlu buat research lagi, just tengok map, pastikan tempat apa yang anda nak pergi dan just naik bus, settle! Hehe

Bye for now, insya Allah to be continued soon..

Autumn In London – Tempat penginapan di London

Assallammualaikum wbt,

Salam Jumaat, penghulu segala hari, semoga semuanya sihat & ceria hendaknya hari ni.. Bulan lepas pada tarikh yang sama, kami sekeluarga dalam perjalanan ke Paris dengan Eurostar.. Saya ni kalau dah pergi satu2 tempat tu, terkenang2 sampai beberapa bulan hahaha.. Kawan2 pulak macam mana?

Ok, saya terus ke topic penginapan di London. Penginapan ni memang topic yang sangat penting kan, apa2 kita nak plan pun, mesti ada tempat penginapan dulu.

Sewaktu di London, kami menetap di The Colonnades. Kawasan ini “walking distance” ke Station Queensway dan Bayswater. Boleh juga naik bas ke Marble Arch dan tukar bas untuk ke mana-mana destinasi.

The Colonnades

The Colonnades ni memang kawasan perumahan, banyak café-café kecil, ada tempat membeli belah bernama Waitrose, sekolah dah sebagainya la. Yang paling saya suka, ada taman kecil untuk ambil angin sambil menikmati udara segar dan rimbunan pepohon yang indah.. Allah, memang rasa aman damai je duk sini. Rasa nak pindah terus la.. haha..

Colannades Little Park

Breakfast in London

Saya menyewa apartment di The Colannades ni, apartment syarikat, so untuk staf saja. TAPI, ada beberapa unit lain yang dibuka kepada orang luar, dan anda boleh rujuk di page Facebook ini https://www.facebook.com/London-Homestay-MY-872987106078341/?fref=ts

Saya rasa memang berbaloi menyewa apartment kalau anda datang dengan keluarga dan kawan-kawan yang ramai, sebab anda boleh masak, boleh basuh baju dan lebih selesa. Barang-barang segar seperti sayuran, telur, buah-buahan dan mkakanan laut memang murah (jangan convert harga ye). Secekak asparagus yang hijau menawan baru 1 pound, carrots yang telah dipotong anggaran 3 orang makan pun 1 pound. Buah pun sama, epal 10 biji 2 pound saja, strawberry satu bekas 2 pound, besar dan manis. Saya beli telur di Tesco dengan harga 1pound, besar dan fresh betul telurnya. Nanti saya upload gambarnya..

Di bangunan mengadap station tube Queensway dan Bayswater ni banyak hotel, tempat makan, kedai runcit seperti Tesco Express dan Sainsbury. Harga lebih kurang sama, tapi kalau rajin survey la dulu harga sebelum beli. Sayur dan buah kat dua2 tempat ni sangat fresh. Kedai makanan halal pun berderet di area Queensway dan Bayswater, so kalau tak nak masak, sediakan duit je la untuk makan. Ada banyak kedai kebab dan kedai orang Malaysia di area ini, bangga melihat kejayaan orang kita di perantauan ? Harga makanan pula bermula dari 3-30pound.

Ok, kalau nak cari hotel @ apartment, saya memang guna booking.com saja. Anda masukkan keyword Bayswater atau Queensway, either one boleh sebab tempat ni berdekatan aje. Kalau nak cari di Hyde Park pun boleh, sebab hotel di area Hyde Park actually belakang blok Bayswater dan Queensway ni.. So memang accessible by foot. Bus stand pun ada, kalau tak nak naik tube, boleh terus naik bus, tapi kena ada Oyster card, nanti saya cerita di posting mengenai pengangkutan.

Sehingga bertemu lagi di posting akan datang, Insya Allah ?

Autumn in London – Hello Heathrow!

Assallammualaikum wbt

Catatan Hari Pertama di London, 7hb November, 2015.

Hati berdebar kencang ketika melangkah masuk ke dalam airbus A380. MH 002 berlepas tepat jam 1130 malam, 6hb November 2015, membawa kami semua ke Heathrow International Airport.

Penerbangan lancar, cuma sekali dua saya terasa gegaran.. Kata suami saya, sebenarnya ada banyak gegaran teruk, tapi saya dah berdengkur, tak sedar apa2.. haha.. Lebih baik begitu, jika tidak, pasti saya trauma sepanjang perjalanan.

A380 KUALA LUMPUR LONDON

A380 KUALA LUMPUR LONDON

Tepat jam 530 pagi waktu London, kami mendarat dengan selamat. Penerbangan yang diketuai oleh Kapten Yusri dan anak2 kapal memang superb, pendaratan sangat smooth dan steady.. Tau2 aje dah atas landasan dan dah keluar melalui Terminal 4. Kami sempat la ambil 2-3 dua tiga keping gambar sebelum menuju ke arrival halL untuk pemeriksaan imigresen dan mengambil beg.

Welcome to Heathrow 2

Welcome to Heathrow

Kami sangkakan Heathrow International Airport ni mesti best gila, Heathrow kot! Tapi sangat mengecewakan.. KLIA tu, beratus kali best tau.. Tak ada kedai2 perfume, tak ada kedai cenderamata, yang ada cuma beberapa café aje.. Mungkin kedai-kedai dan café tersebut ada di bahagian departure.. Kami balik melalui Paris, so tak tau la macam mana keadaan di departure hall Heathrow.

Selepas mengambil bahasi, kami sempat la keluar dari airport, nak ambik angin katanya.. sekali, ambik kau, angin sejuk mencengkam tulang! Haha.. Terus kami masuk balik, cari café dan beli air panas secawan.. haha.. Kemudian, kami cari Heathrow Connect untuk ke Kota London.

Ok, ada 4 option utk anda ke Kota London dari Heathrow.

1. Heathrow Express
2. Heathrow Connect
3. Underground Tube
4. Bus

Kami memilih Heathrow Connect, sebab affordable dan mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja untuk ke Kota London.

Heathrow Connect ni, macam ERL Express dgn ERL Transit je. Buat pengetahuan anda semua, Heathrow Express tu berharga 22pound satu hala, menjadikannya tambang keretapi termahal di dunia!

Heahrow Connect

Untuk anda yang ingin lebih budget, boleh menaiki Underground Tube atau bus.

Ok, sampai sini dulu, nnt kita sambung lagi ye.. Insya Allah ..

Hello London, Bonjour Paris!

Assallammualaikum wbt

Rakan-rakan pembaca yang dihormati, Alhamdulillah, saya selamat sampai ke London dan Paris dan berada di sana dari 7hb November sehingga 15hb November, 2015

Saya mmg sangat nervous dgn perjalanan kali ini kerana sudah dua tahun tidak menaiki kapal terbang, dek kerana fobia dengan insiden MH 370 dan MH17.. Saya cuma mampu berdoa dan berserah sebulatnya kepada Allah agar perjalanan ini selamat dari segala bahaya dan malapetaka. Penerbangan pergi ke London berjalan lancar, cuma sedikit saja gegaran, tapi bila balik dari Paris, masya Allah, kami menghadapi turbulence hampir 4 jam. Sangat menakutkan dan saya tidak henti2 berdoa agar perjalanan selamat.. Ketika kapal bergegar dengan teruk, fikiran saya mula melayang ke insiden2 buruk yang menimpa MAS & Air Asia sebelum ini, masya Allah, ketakutan saya sudah di tahap maksima ketika itu.. saya rasakan sangat lama berada di dalam kapal dan terasa ingin keluar dari kapal terbang ketika itu juga.. Huhu.. Alhamdulillah, kami selamat mendarat, tapi getar dan debar di hati masih ada sampai ketika ini..

Yang keduanya ialah research yang sangatlah cetek dan tidak selengkap percutian yang pernah saya lakukan sebelum ini, disebabkan oleh kekangan masa.. kami mmg bergantung sepenuhnya kepada Trip Advisor dan map di London, serta pertolongan dari seorang sahabat di London, untuk membantu dalam perancangan percutian kali ini.. Tema perjalanan kali ini ialah “Selagi boleh melangkah, kita redah” hahaha.. Memang kami berjalan kaki bukan main jauh lagi tau, sampai sakit2 kaki, dan bergantung sepenuhnya kepada bas semasa di London, dan HoHo semasa di Paris.

Untuk percutian kali ini, memang saya dan suami menggunakan sehabis baik benefits dari syarikat masing2. Tiket penerbangan percuma dari MAS, kami bayar RM75 seorang saja utk airport tax di Heathrow dan RM289 saja untuk airport tax Charles De Guile, Paris. Saya sewa apartment dua bilik dari syarikat tempat saya bekerja dgn harga RM300 sehari dan tambang Eurostar dari kota London ke Paris dengan harga 29.50pound sehala untuk seorang. Alhamdulillah.. Sejujurnya, kalau tak dapat semua benefits ni, memang tak akan sampai la saya di London & Paris. Dengan matawang yang menggila tingginya sekarang ni, semua kemudahan yang syarikat bagi mmg sangat2 membantu kami untuk berjimat. Ada dapur untuk memasak dan mesin cuci baju di apartment tersebut, jadi saya membawa pakaian yang minimal kerana boleh membasuh baju di sana. Makanan wajib iaitu magee sememangnya dah masuk dalam beg haha.. Kami cuma beli telur, sayur, buah-buahan dan makan kebab di sana. Sebelum berjalan2 tu kami akan masak dulu, makan dan mula berjalan.

Perjalanan kali ini, sangat membuka minda dan sangat memberi kesan terhadap diri saya, kerana saya berada di Paris ketika kejadian letupan dan tembakan pada Jumaat, 13hb November yang lalu.

Doakan saya sihat dan mempunyai masa yang mencukupi untuk berkongsi cerita dan catatan perjalanan sepanjang berada di London & Paris, Insya Allah..

Salam sayang..

Big Ben London View

 

champs-eleysees-paris