Assallammualaikum..
Salam hari Jumaat pertama dalam tahun 1434 Hijrah 🙂
Saya masih lagi selsema, dengan keadaan sejuk dalam opis ni, memang hidung tersumbat, dok bernafas dengan mulut dari pagi tadik.. dah pakai sweater, dah pakai stokin, jadik macam orang dalam pantang lak hari ni.. hik2..
Waktu2 sejuk begini, teringat teh epal di Spice Bazaar.. Rasanya memang sedap sangat.. Kami ada beli beberapa kotak teh epal, tapi tak sama langsung dengan yang dijual di Spice Bazaar tu 🙁
Spice Bazaar ni adalah tempat membeli belah yang kedua terbesar di Istanbul.. Ia juga dikenali sebagai Misir Carsisi.. Ia lebih kecil dari Grand Bazaar, tapi kebanyakkan barang2nya adalah sama, dengan harga yang lebih murah.. Seperti di Grand Bazaar, anda juga perlu tawar-menawar hingga penjual memberikan anda harga yang paling murah..
Jika anda dari hotel2 di sekitar Sultanahmet, anda boleh naik train dan turun di stesen Eminonu.. Spice bazaar ini juga berada di belakang New Camii, jadi tidak payah untuk anda mencari tempat ini..