Tag Archives: Bank Notes & Phone Cards Fair

Stamps, Coins, Bank Notes & Phone Cards Fair, Heritage Hotel

Assallammualaikum,

Hari ini, saya, suami dan adik angkat saya mengunjungi Stamps, Coins, Bank Notes & Phone Cards Fair, yang bertempat di Heritage Hotel, Kuala Lumpur Railway Station.  Pameran ini hanya untuk dua hari sahaja, hari ini dan esok.  Waktu pameran ialah pada 9.30 pagi hingga 5.30 petang, masuk adalah percuma.

Pameran ini pastinya sesatu yang ditunggu2 oleh pengumpul barang2 seperti setem, syiling, duit lama & kad telefon ini.. Sewaktu kami sampai, lebih kurang jam 11.45 pagi, bilik pameran sudah dikunjungi oleh beberapa orang pengumpul.  Saya agak hairan juga mengapa agaknya pameran sebegini tidak mendapat liputan dari akhbar atau radio.. Mungkin kerana ia bukan pameran besar, atau rakyat Malaysia sememangnya tidak menggemari pamaran ilmiah sebegini? Saya sendiri tidak tahu jawapannya.

Berbalik kepada pameran tadi, harga-harga yang ditawarkan adalah berbaloi dan berpatutan.  Sekeping setem lama berharga antara 40sen hingga beratus ringgit, bergantung kepada tahun ia dikeluarkan.  Selain dari barang-barang yang disebutkan di atas, terdapat juga sampul surat hari pertama dan juga poskad-poskad terpakai.  Barang-barang ini semuanya dalam keadaan yang baik, dan ada juga yang bersampul untuk mengelakkan ia terkoyak.. Selain itu, ada satu sudut yang menempatkan beberapa buah buku yang khas menceritakan tetang matawang-matawang asing berserta dengan deskripsinya.  Namun, harga buku2 ini agak mahal.. Walaubagaimanapun, saya pasti, pengumpul buku2 seperti itu tidak akan teragak2 untuk membayar kerana itu adalah minat mereka.  Tambahan pula, buku tersebut berada dalam keaadaan baik, berseta dengan kotak pembalutnya.

Sewaktu kami sibuk memilih poskad, ada beberapa orang warga asing yang masuk.  Saya dapati mereka amat gembira dan bersungguh-sungguh meneliti dan membeli setem dan juga kad telefon.  Berbagai-bagai soalan ditujukan kepada penganjur.  Menurut penganjur, ada seorang warga German yang sanggup terbang ke sini, setahun sekali, semata-mata untuk mencari dan menambah koleksi setem beliau.. bayangkanlah betapa kuatnya pengaruh minat ke atas warga German tersebut! 🙂

Oh ya, buat pengetahuan anda, penganjur ini telah ke serata tempat dan berhubung dengan rakan2nya untuk mencari dan mendapatkan barang2 untuk pameran tersebut.  Beliau telah mengembara ke Singapura, UK, Australia, Amerika, Eropah, Hong Kong & Thailand demi mendapatkan barang2 pamerannya.

Sebenarnya, banyak pengetahuan yang boleh dikumpul dengan membuat koleksi barang-barang seperti setem, duit syiling, duit kertas, poskad dan sampul surat hari pertama ini.  Sebagai contoh, jika anda mengumpul setem, anda akan dapati setem sebenarnya mempunyai nilai2 sejarah, kemanusiaan dan peristiwa-peristiwa.  Ia adalah salah satu cara yang mudah untuk mengetahui tentang dunia atau negeri setempat.  Hanya dengan satu buku setem yang pedat dengan catitan, segala pengetahuan tentang sesuatu peristiwa atau negara itu ada di hujung jari anda.  Setem adalah salah satu hobi yang mendatangkan keseronokan, atau fun to learn bak kata orang2 putih.. hehehe..  Selain dari itu, setem juga mampu memberikan anda pulangan dalam bentuk wang, kerana nilai sehelai setem itu semakin bertambah dan bernilai, mengikut tahun, peristiwa dan kepayahan untuk ditemui (rare items).  Buat pengetahuan anda, beratus-ratus keping setem terjual di ebay setiap hari!  Oh, mungkin jika dipanjangkan umur, saya akan menulis dengan penuh tentang faedah mengumpul barang2 seperti ini 🙂

Baiklah, kepada anda yang berminat, saya sertakan di sini butir-butir lengkap pameran tersebut:-

Stamps, Coins, Bank Notes, Phone Cards Fair

Heritage Hotel,

2nd Floor, Srin Indah Hall,

Kuala Lumpur Railway Station.

Tarikh Pameran:  6 & 7 Mac, 2010

Waktu Pameran:  9.30 hingga 5.30 petang

Masuk adalah PERCUMA

Pelawat menemui web ini melalui carian:

pembeli setem lama,hobi mengumpul setem,karangan upsr hobi kumpul stem,hobi kumpul setem,contoh poskad,kumpul duit lama,Kebaikan mengumpul setem,kumpul setem,coin love sekeping