Tag Archives: Bandar Baru Bangi

Rumah Amal Buah Hatiku, Bangi, Selangor – Sinar Mata Si Kecil Yang Meruntun Jiwa

 UPDATE AS AT @ 11 JULAI, 2014

PADA ANDA YANG INGIN MELIPATGANDAKAN SAHAM AKHIRAT DI BULAN RAMADHAN INI, BOLEH LIKE PAGE DI BAWAH INI YE.. INSYA-ALLAH, INI BUKAN SCAM SEBAB SAYA DAH BERSAMA-SAMA DENGAN KAK ELLY HAMPIR 5 TAHUN.. SEMOGA SEDEKAH JARIAH ANDA DIBERKATI.. AMIN..

 

UPDATE AS AT 14/06/2013 – UNTUK RAKAN2 PEMBACA, SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA SAYA DIMAKLUMKAN OLEH BEBERAPA RAKAN BLOGGER DALAM KOMEN DI BAWAH BAHAWA RUMAH AMAL INI TIDAK BERLESEN & ADALAH ORANG2 KUAT AL ARQAM.. LULUH HATI SAYA MENDAPAT BERITA INI.. TERNYATA MEREKA MENGAMBIL KESEMPATAN & MEMPERGUNAKAN ANAK2 KECIL ITU.. LAPORAN PENUH BOLEH DIBACA DI BLOG MAZIDUL AKMAL SIDEK.

KEPADA RAKAN2 YANG TELAH MENGHULURKAN DERMA & BANTUAN, SAYA HARAP ANDA HALALKAN SEMUANYA DEMI ANAK2 ITU. SAYA AMAT TERKILAN KERANA SAYA SEOLAH2 TELAH MENYEBARKAN BERITA PALSU.. SAYA MOHON MAAF JIKA POSTING INI MEMBUATKAN ANDA SEMUA DATANG DARI JAUH UNTUK MELIHAT ANAK2 INI, & AKHIRNYA MENDAPAT TAHU BAHAWA IA TIDAK SEPERTI YANG KITA SANGKA..

SEMOGA ALLAH MEMBERI TAUFIK & HIDAYAH KEPADA MEREKA INI & SEMOGA MEREKA KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.. 

ANDAI ADA YANG INGIN MENDERMA SEMPENA BULAN RAMADHAN 2013 NI, BOLEH BACA POSTING DI SINI – MISI RAMADHAN SYAWAL 2013  INSAN2 YANG DICERITAKAN DALAM BLOG KAK ELLY NI MEMANG BETUL2 ORANG2 SUSAH YANG MEMERLUKAN BANTUAN KITA SEMUA.. SILA YE BACA POSTING SAYA TU.. TERIMA KASIH!

______________________________________________________________________________________________

 

Assallammualaikum Semua

Hari ni nak kongsi pengalaman saya menziarahi Rumah Amal Buah Hatiku yang terletak di Bangi Selangor.

Info mengenai rumah ini saya dapati dari laman Facebook. Sebak hati tak kala membaca informasi mengenai rumah ini.. Saya difahamkan, kerana kekurangan dana, penjaga rumah ini cuma mampu mamasak seekor ayam bagi hidangan 28 orang anak2, yang dibuat lauk untuk santapan siang dan malam.. Bayangkanlah, seekor ayam untuk mengisi perut 28 anak2 yang kelaparan dan sedang membesar..! Anak2 kita makan sekeping ayam seorang, itu pun memilih nak makan drumstick, tak nak makan bahagian lain, tapi anak2 kecil ini cuma mampu makan tanpa pilihan.. Sedih betul!!

Ekoran info tersebut, saya, suami & anak ke rumah tersebut semalam, dan kami sampai kira2 jam 2.45 petang.. berikut adalah alamat & no telefon Kak Asiah, penjaga rumah tersebut:-

Alamat & No Telefon Rumah Amal Buah Hatiku, Bangi

Alamat & No Telefon Rumah Amal Buah Hatiku, Bangi

 

Waktu kami sampai, kami dapati banyak bekalan makanan seperti beras, gula & susu di bahagian hadapan rumah tersebut.. Kami disambut oleh Puan Asiah, penjaga rumah tersebut.. Apabila melangkah, saya dapat melihat wajah2 anak2 yang penuh kesucian, tersenyum memandang kami.. Mungkin mereka tidak mengerti kenapalah ramai sangat orang yang datang melawat mereka.. Dek kerana ramai sangat orang yang menziarahi, saya tak dapat berbual panjang dengan kak Asiah.. Dari perbualan singkat, saya difahamkan ada satu lagi rumah anak yatim & asnaf yang bertempat di Sikamat, Kajang.. Mereka dalam proses untuk menyediakan @ membina asrama yang lebih baik bagi anak2 itu di sana.. Rumah tempat anak2 ini menumpang teduh buat masa ini diberikan secara percuma oleh Tuan Rumah, tidak perlu dibayar apa2 (semoga Allah melimpahkan rezeki berlipat ganda untuk Tuan Rumah).. Buat masa ini, ada 4 orang wanita lain yang membantu kak Asiah..

 

Bahagian hadapan Rumah Amal Buah Hatiku

Bahagian hadapan Rumah Amal Buah Hatiku

 

Di rumah ini, ada 28 orang anak2 yatim & asnaf.. Penghuni yang paling kecil berusia 1 tahun 1/2 dan yang paling besar ialah 7 tahun.. Bersih2 anak2 ini, yang lelaki bersongok, yang perempuan semuanya bertudung.. Sewaktu kami datang, ada lebih kurang  10 orang sahaja, selebihnya ada di Kajang.. Ada juga yang sedang menangis ketika itu, mungkin mengantuk & keletihan kerana orang datang menziarahi sejak awal pagi, seorang dari mereka demam…. Saya kemudiannya mengatur langkah ke sudut lain untuk memberikan ruang pelawat lain berbual dengan kak Asiah.

Di suatu sudut lain, 3-4 orang anak2 ini mengikut saya.. Seorang namanya Hani, seorang lagi namanya Marfuzah.. Kedua2nya datang hampir dengan saya, dan mungkin naluri keibuan, spontan saya memanggil mereka duduk di atas pangku saya.. Anak2 ini, bukannya berkira sangat tentang makanan, tapi saya pasti mereka mahukan belaian dari seorang ibu & ayah.. Di umur 33 tahun ini, saya masih merasa tenang jika di dalam pelukan ibu saya, tapi anak2 ini tidak berpeluang merasakan kehangatan pelukan itu.. Ketika mereka dalam pangkuan saya, mereka memegang saya erat, tak tau la jika mereka terkenangkan ibu mereka, atau cuma rasa “safe + comfortable”..

Rumah Amal Buah Hatiku

 

Seorang lagi anak lelaki yang comel datang kepada saya, minta tolong bukakan gula2.. pemalu orangnya, kurang berbicara, tapi nak duduk dekat2 dengan saya.. yang pegang bola tu anak saya.. hehe.. dia pun seakan faham, membenarkan kawan2 “meminjam” mamanya sebentar..

Ya Allah, lihat la kawan2, betapa sucinya wajah2 ini, apalah yang mereka faham pada umur2 sementah ini? Anak2 kita ada kita, ibu & ayah di sisi mereka setiap kali mereka memerlukan, tapi anak2 ini hanya ada penjaga mereka sahaja.. Sebak melihat kegembiraan mereka bergambar.. Bila ditanya, seronok tak tinggal di sini, semua kata seronok, ada ramai kawan2.. 
Rumah Amal Buah Hatiku 2 Rumah Amal Buah Hatiku 3 Rumah Amal Buah Hatiku 4

Dari pengamatan saya, Rumah Amal Buah Hatiku ini bukan sahaja memerlukan bantuan makanan & dana, tapi perlukan bantuan juga bagi mengemas dan menyelenggarakan rumah ini agar semua barang2 tersusun & teratur untuk membolehkan anak2 ini bermain.. Waktu kami datang, barang2 agak tidak teratur, saya rasa munking sebab terlalu ramai orang yang datang menghulur bantuan, jadi mereka tiada masa untuk mengemas & mengatur barang2 dengan lebih tersusun.. Pembantu2 ni cuma sempat angkat semua barang dan bawa masuk ke dalam rumah sahaja..

Rumah Amal Buah Hatiku 5

Yang berbaju pink & tudung pink tu ialah Kak Asiah.. Yang sedang tidur di pangkuaanya ialah salah seorang penghuni yang demam, panas kepalanya waktu saya pangku dia sebentar.. Anak kecil perempuan itu pula adalah penghuni yang paling kecil di Rumah Amal Buah Hatiku ini..

Rumah Amal Buah Hatiku 6

Ini pula bahagian dapur.. Saya tak pasti di mana mereka memasak & menjerang air untuk anak2 tersebut kerana bahagian dapur seakan tidak pernah digunakan untuk aktiviti memasak.. Saya rasa terkilan juga tak dapat berbual panjang dengan Kak Asiah untuk mendapatkan infor lanjut tentang rumah amal ini..

Rumah Amal Buah Hatiku 7

Ini pula gambar anak saya dengan salah seorang penghuni di sini.. Comel sangat adik ni, tak pandai bercakap sangat, tapi senyum2 bila kita cuba berbual dengan dia..

Rumah Amal Buah Hatiku 8

 

Makin petang, orang makin ramai.. Bantuan pun semakin banyak, Syukur Alhamdulillah.. Saya tengok bekalan beras untuk anak2 ni, boleh bertahan dalam setahun sebab memang banyak sangat… Yang lebih mengharukan, ada sepasang suami & isteri berbangsa Cina datang memberi bantuan makanan, memang satu Malaysia!! Nak buat amal kebajikan, memang tak boleh mengira agama & bangsa!  Saya syorkan pada kawan2 semua, lebih baik kita berikan wang @ karpet baru @ kita juga boleh anjurkan gotong royong untuk membantu membersihkan rumah ini.. Anda juga boleh hubungi kak Asiah jika perlukan lebih maklumat sebelum anda melawatdi talian 017- 392 5392.  Sumbangan juga boleh dibuat ke akaun  Maybank: 5628-3461-8936 atas nama Rumah Amal Buah Hatiku

Tapi kawan2, yang paling utama, jika anda ke sini, ambil la masa, belailah anak2 ini, berbual dengan mereka, peluk mereka, cium mereka, berikan mereka sesaat kasih sayang anda, agar mereka rasa dihargai + disayangi.. Bukan harta benda yang mereka dambakan, tapi kemesraan + perhatian dari kita semua.. 

 

 

Rumah Amal Buah Hatiku 9

Semoga anak2 ini diberikan kesihatan, kemuliaan & kebaikan, serta dipermudahkan segala urusan.. Untuk kak Asiah & pembantu2nya, moga Allah membalas segala jasa2 & kebaikan anda semua dengan syurga Firdausi.. Amin..

Sharing is Caring

Pelawat menemui web ini melalui carian:

rumah anak yatim bangi,rumah amal buah hatiku bangi,rumah amal buah hatiku,rumah anak yatim kajang,rumah orang tua bangi,rumah anak yatim seksyen 7 bangi,rumah anak yatim bangi seksyen 7,buah hatiku enterprise,rumah anak yatim di kajang