Tag Archives: balik ekmek atas bot di Eminonu

Diari Istanbul 19 – Galata Tower & Galata Bridge

Assallammualaikum semua,

Apa khabar semua?  Sekarang ni musim hujan, ramai yang demam & selsema, termasuk saya.. Uhuk.. tapi takpe, penyakit itu adalah kifarah bagi segala dosa2 kan.. 🙂

Mata rasa berat jer ni sebab dah makan ubat.. so kita layan dulu gambar2 di Galata Bridge & Galata Tower pada waktu malam..

Sedikit informasi mengenai Galata Tower, ia juga dikenali sebagai  Galata Kulesi di Turki, juga dipanggil Christea Turris (Menara Kristus dalam bahasa Latin).  Ia dibina pada tahun 1348 dan sebenarnya adalah sebuah menara batu yang terletak di utara Golden Horn. Ketinggiannya menjadikan ia salah satu mercu tanda yang paling menarik, di mana kita boleh melihat sekitar Istambul jika berada di puncaknya..
Di sini terdapat restoran dan kafe di tingkat atas  dan sebuah kelab malam.. Ada lif yang membawa anda semua ke puncak.. Saya & suami tak naik pun, cuma ambik gambar dari atas Galata Bridge saja.. Di bahagian bawah Galata Bridge ni, ada banyak kedai2 makanan laut.. Kat sini pun kami tak pergi juga, sebab sesak sangat dengan orang.. Kami makan balik ekmek yang sangatttttt sedap, dijual di atas bot.. harganya 4TL..  ada bangku2 kecil & meja kecil disediakan kalau anda nak makan kat situ.. Kami lupa agaknya nak ambik gambar orang panggang ikan tu atas bot.. rugi betul.. rileks jer diorang sedaikan makanan walaupun bot bergoyang2.. dah biasa kan.. Jom layan gambar.. tak leh nak pikir banyak sebab dan mamai dengan ubat ni.. huhu

Yang paling tinggi itu la Galata Tower

 

 

 

 

 

 

Di pelabuhan Eminonu..

 

 

 

Deretan kedai2 makan di Galata Bridge

 

 

Abang2 & Pakcik2 yang memancing kat Galata Bridge..

 

Yang tinggi tu ialah Galata Tower
Pemandangan di waku siang..