Tag Archives: bajet percutian ke Amsterdam & Belgium

Autumn in London – Tempat-tempat Wajib Dilawati Di London

Assallammualaikum wbt

Hari ni saya nak share kawasan-kawasan yang wajib dikunjungi ketika bercuti ke London.. Semoga ia bermanfaat untuk anda menyusun perjalanan dan merancang masa lawatan anda ketika berada di sana.

London Attraction

tempat-wajib-lawat-di-london

Kawasan A tu landmark buildings utk London, kiranya tak complete lawatan kalau tak ke sana.. Saya syorkan anda spend setengah hari @ satu hari di sini kalau nak bergambar atau nak melawat semua tempat di sekitarnya.  Saya cuma habiskan setengah hari di sini untuk bergambar dan lepak2 .. Saya naik bus ke semua kawasan di atas, tube station tu adalah dari pembacaan saya.. So double check sebelum naik train ye.  Boleh check di sini

Kawasan B pun wajib pergi. Kalau naik bus, tolonglah pergi pagi2.. kami buat kesilapan sbb pergi petang dan naik bus, jem yang amat.. buang masa sejam tau 🙁  Kalau naik tube, tak jem la huhu

Kawasan C & D, optional, tu tempat shopping dan cuci2 mata saja,  Tapi kalau anda hantu shopping, ni jadi tempat wajib untuk anda la kan haha

Semoga posting ini bermanfaat untuk anda semua yang merancang percutian ke London 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

longchamp paris cuti blogspot

Wordless Wednesday – Budget ke Amsterdam & Belgium

 

 

Budget ke Amsterdam & Belgium

 

Budget ke Amsterdam & Istanbul

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

amsterdam melancong,bercuti ke amsterdam,percutian ke belgium,percutian ke brussel

Kembara Amsterdam 15 – Dam Square

Assallammualaikum semua..

Bila tengok2 balik posting pasal Amsterdam & Belgium dulu, rasa nak cuti je.. Semak kepala tengok file2 berterabur atas meja ni.. huhu.. Tapi ongkos tak berapa nak ada, dalam tabung ayam baru ada 2 hengget 35 sen, so kita sambung aje la cerita pasal Amsterdam hari tu 🙂

Jom kita tengok apa ada kat Dam Square.. Ok, macam Grand Place di Brussels, Dam Square ni adalah “meeting point”.  Tak lengkap lawatan anda ke Amsterdam kalau tak melawat Dam Square.  Sepintas lalu, ia tidaklah secantik Grand Place, bangunan di sekelilingnya sudah dimakan usia.. tapi ramai orang berkumpul di sini untuk melihat “street performance” macam nyanyian, magic show, memberi makanan kepada burung merpati atau duduk2 saja memerhatikan gelagat manusia yang lalu lalang.. Saya sendiri berpeluang menikmati semua aktiviti tersebut.. Salah satunya, bergambar dengan Batman di siang hari.. haha.. Mujur cuaca tak panas masa kami di sana, so best gak la lepak2 tengok performance & orang lalu lalang..haha..  Dam Square ni pun tak besar mana, lebih kurang 3/4 dari padang bola sepak.. tapi sentiasa packed dengan orang tempatan & pelancong..

Tempat ini tidak jauh dari Amsterdam Centrale. Kalau nak ke sini, cuma jalan terussssssssssssssssssssss je dari Amsterdam Centrale, jangan pusing kiri kanan.. leboh kurang 10 – 15 minit nanti, anda dah jumpa Dam Square ni..

Ada beberapa tempat menarik di sekitar Dam Square ni, tapi sebelum tu saya konsi info dari about.com mengenai Dam Square.

© Dutchamsterdaml.nl — Dam Square is Amsterdam’s best-known square, and it is a handy central location from which to explore the medieval city centre.

What to see at Dam Square

  • Royal Palace When it was completed this neoclassical building was referred to as the Eighth Wonder of the World, but you’ll have to go inside to see why someone would think that.  Though the outside doesn’t promise much — in part because the once white sandstone facade has over the centuries taken on a grey/brownish appearance — inside you’ll be treated to opulent beauty.  The building started out in 1655 as Amsterdam’s City Hall, but was re-purposed as a palace in 1808 by the brother of Napoleon. A definite must-see
  • Nieuwe Kerk (New Church) This 15th century gothic building is the site of Royal coronations and weddings, as well as art exhibitions, but not of church services.
  • National Monument Erected in 1956 to memorialize the victims of World War II.  Visitors often marvel at the fact that people are allowed to sit all around the monument, but the Dutch government says that’s simply a reflection of the freedom we enjoy.
  • Madame Tussauds In our opinion visiting this branch of the famous wax museum is one of those things not to do in Amsterdam.  It’s expensive and often quite crowded.  If you do go, you’ll enjoy a great panoramic view of Dam Square and Damrak from the round picture window at the top floor.

There are several other monumental buildings, a few cafes, and some shops.

The building with the ugly façade — next to Bijenkorf — is an office complex designed by Cees Dam.  The architect is also known as the designer of the Stopera — the monstrosity that serves as combination city hall/opera building — as well as the Options Exchange building at Rokin.

Di sekeliling Dam Square ni pun ada shopping complex, salah satu darinya ialah the Bijenkorf yang menempatkan berbagai jenama terkenal seperti Loius Voutton, Longchamp, Aigner, Salvatore Feragamo & banyak lagi.. kalau kaki shopping, boleh la masuk sini.. saya setakat masuk je la, tak mampu nak beli apa2.. haha..

Seperti biasa, di tempat tarikan utama, mestilah banyak kedai makan & hotel. kat area sini pun banyak kedai makan, yang bestnya, kedai MAKANAN HALAL, so takde la kebulur kalau duduk area ni.. hotel pun banyak, cuma sesuaikan aje dengan budget anda..

Ini antara beberapa gambar yang sempat diabadikan di Dam Square 🙂

 

Dam Square Amsterdam 1 Dam Square Amsterdam 2 Dam Square Amsterdam 3 Dam Square Amsterdam Amsterdam Centrale Dam Square Amsterdam Kedai Ganja Dam Square Amsterdam Madam Tussaud Building Dam Square Amsterdam Madam Tussaud Full Pic Dam Square Amsterdam Madam Tussaud Dam Square Amsterdam Tourist Costume Photos De Bijenkorf 2 De Bijenkorf

Sehingga bertemu lagi di posting yang lain, xoxo!

Kembara Amsterdam 14 – Apa beza Iamsterdam Card dengan Holland Pass?

Assallammualaikum wbt,

Antara benda2 yang boleh memberikan penjimatan pada kita sebagai traveller bila melancong ialah Discount Card.. Kat Amsterdam, ada dua pilihan, Holland Pass @ Iamsterdam Card.  Saya telah memilih Holland Pass sebab masa kami pegi ke sana, Keukenhoff dibuka, jadi kami nak jimat dengan penggunaan free ticket dari Holland Pass.  Nanti saya tunjukkan berapa penjimatan yang saya dapat dengan pembelian Holland Pass with 5 free tickets ok 🙂

 

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 4

Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 3Perbezaan Iamsterdam & Holland Pass 2

Dari pengalaman saya, lebih mudah membeli Holland Pass di Arrival Hall 2 di Schipol Airport. Cari Holland Tourist Information, atau jika tak jumpa tanya saja di kaunter pertanyaan di Schipol Airport, staff2 di sana sangatlah helpful & friendly 🙂

Ok, berikut adalah penjimatan yang saya dapat dengan pembelian Holland Pass with 5 free tickets – 29 Euro.. Pada saya berbaloi sebab tak perlu beratur panjang, tunjuk tiket percuma tu dan anda terus dapat masuk ke tempat2 menarik..

Savings Benefit with Holland Pass

 

Ok, kalau anda masih mahu masuk ke tempat2 yang menarik @ museum di Holland tapi dah habis ticket free, anda boleh tunjukkan Holland Pass dan anda akan dapat diskaun 10 – 50% bagi tempat2 yang terpilih.. saya senaraikan di sini tempat2 yang menarik perhatian kami.. Anda cuma perlu tunjukkan Hollad Discount Card tu untuk mendapatkan diskaun di tempat2 yang di senaraikan di bawah.. Informasi lanjut boleh didapati di sini:- http://www.hollandpass.com/things-to-do/

 

Discounts and Free Tickets with Holland Pass 1Discounts and Free Tickets with Holland Pass 3Discounts and Free Tickets with Holland Pass 2

Saya harap posting kali ini memberi manfaat kepada future traveller ke Amsterdam, Insya-Allah 🙂  Kalau ada soalan boleh tinggalkan di ruangan komen ye, Insya-Allah saya cuba memberikan jawapan sebaik mungkin..

 

Kembara Amsterdam 13 – Amsterdam Tours & Tickets Price

Assallammualaikum semua..

Syukur kita semua masih diberikan peluang berpuasa lagik pada hari ke 21 Ramadhan.. Sedihnya dah makin dekat dengan penghujung bulan yang mulia ni.. Semoga amalan kita dapat dipertingkatkan lagi pada hari2 terakhir ni, Insya-Allah..

Ada pembaca yang email saya untuk bertanyakan harga tours, canal cruise & hop on hop off bus.. Oleh sebab tu, saya rasa lebih baik saya berkongsi phamplet yang sempat saya ambik di Amsterdam hari tu untuk kebaikan & informasi anda semua..

Harga2 dalam gambar ni valid sehingga 3November 2013, jadi anda yang merancang untuk pergi bulan Ogos, Sepetember, Oktober & November bolehlah rujuk pada gambar2 ni untuk harga tours & sesuaikan dengan budget anda ye 🙂

Ok, sebelum tu saya nak bgtau:

1)  Saya tak ambik mana2 pakej dalam phamplet ni, saya cuma ambil untuk informasi sahaja so saya tak dapat nak advise sama ada ia bagus atau tidak.. Tapi dari pengamatan saya, office travel agent ni penuh dari pagi hinggalah petang, so i guess  its safe to book the tours with them;

2)  Mudah untuk menemui office travel agent ni.. Namanya Tours & Ticket, dalam tulisan berwarna merah terang & besar.  Dari Central Station, anda terus berjalan ke arah kedai2, menuju ke Dam Central.. Ia terletak di sebelah kanan anda.. Belah kiri tu sungai, so tak payah tengok belah kiri ye.. hehe

3)  Keistimewaan ambik tours  ni ialah anda boleh combine dengan canal cruise @ hop on hop off bus, so anda boleh save a few euro kat situ..

4)  Dengan travel agen ni, tak payah beratur panjang, anda boleh terus potong orang2 lain tanpa rasa bersalah & dengan muka berlagak sebab diorang dah ada arrangement dengan museum @ attraction places tu.. hik2..

5) Untuk countryside tours, anda tak perlu pening2 nak ambik bus apa, nak turun kat mana, sebab semua dah sedia, naik je bus, dan mereka akan bawa anda ke sana..

Ok, sila rujuk gambar untuk melihat harga2 tours, canal cruise + hoho bus.. Sekali lagi saya ingatkan, sebelum nak ambik apa2 pakej pun, buat reserach di internet dulu ya.. Posting kali ini sekadar informasi untuk anda semua 🙂

 


Amsterdam Tours and Tickets 1 Amsterdam Tours and Tickets 2 Amsterdam Tours and Tickets 3 Amsterdam Tours and Tickets 4 Amsterdam Tours and Tickets 5 Amsterdam Tours and Tickets 6 Amsterdam Tours and Tickets 7 Amsterdam Tours and Tickets 8 Amsterdam Tours and Tickets 9 Amsterdam Tours and Tickets 10 Amsterdam Tours and Tickets 11 Amsterdam Tours and Tickets 12 Amsterdam Tours and Tickets 13

Amsterdam Tours and Tickets 14

 

Amsterdam Tours and Tickets 15