Tag Archives: bagaimana menjadikan kerja satu ibadah?

Bagaimana Menjadikan Kerja Satu Ibadah?

Assallammualaikum semua

tadi ada usrah kat surau opis, penceramahnya ¬†Ustaz Mohd Solleh bin Abd Razak, Imam di Masjid At Taqwa, Taman Tun., muda lagik orangnya, tapi dah jadik Imam.. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia, harap2 anak saya pun akan jadik macam Imam ni jugak.. Aminn ūüôā

Uztad Solleh Uztad Solleh

 

Ok, berbalik pada title usrah hari ni, menurut Imam Soleh, ada 5 syarat untuk menjadikan kerja kita satu ibadah. Sebelum itu, kita perlu memahami bahawa ibadah ini ada 2 jenis :-

a)  Ibadah Khusus Рseperti solat, zakat, puasa & menunaikan haji; dan

b)  Ibadah Umumj Рmenackupi urusan harian kita, antaranya pekerjaan yang kita lakukan..

5 syarat untuk menjadikan kerja kita satu ibadah, menurut Yusuf Al Qardawi adalah:-

1)  Kerja yang dilakukan haruslah tidak melanggar syariat, yakni halal;

2)  Kerja haruslah disertakan dengan niat yang baik Рcontohnya kerja kerana Allah, untuk menyara keluarga;

3)  Bekerja dengan TEKUN & SEBAIK mungkin (jangan memulau time keja, pegi tengok wayang la, pegi sekolah anak la, makan2 & minum2 kat luar lama2, layan utube, layan game);

4)  Berpegang teguh dalam hukum hakam Allah & tidak merampaas hak orang lain; dan

5)  Mestilah amalan dunianya tidak menghalang dia dari melakukan amalan akhirat (janganlah tekun sangat bekerja sampai tak solat.. tak sempurna juga ibadah khusus kita tu.. )

 

Cuba teka mana saya? hehehehe

Cuba teka mana saya? hehehehe

Ingat saudara/saudari, kita bekerja 8 jam sehari, makan jadikanlah ini amalan ibadah kita yang mampu membawa kita ke syurha Allah, dah ingatlah, kerja yang berkat menghasilkan rezeki yang halal untuk anda & anak-anak anda… Kalau anak sukar dilentur, biadap, banyak masalah, cuba tengok balik pada kerja anda, mungkin ibadah kerja anda belum sempurna lagik ūüôā

Renung-renungkan & selamat beramal!  Jazakallah..

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

kerja sebagai ibadah,kerja suatu ibadah,kerja itu satu ibadah