Tag Archives: baby center malaysia

All about pregnancy, parenthood & babies!~

Assallammualaikum..

Tahun lepas, saya sedang mengandung lebih kurang 7 bulan..

Sebagai 1st time mother, saya sememangnya tiada pengalaman langsung dalam hal2 berkaitan dengan mengandung, babies, atau keibubapaan.. kala itu cuma excited nak dapat baby.. hehe

Mujur ada kawan memperkenalkan saya dengan web ini – http://www.babycenter.com.my/.

Baby center adalah satu web yang mengumpulkan semua artikel dan informasi berkenaan dengan kandungan, bayi, kanak2 dan keibubapaan. Kebanyakkan persoalan terjawab melalui artikel dalam web ini.. Dengan ulasan dari pakar-pakar, dan ilustrasi yang menarik, anda akan rasa seronok dan puas hati dengan jawapan2 yang diberikan..

Jika anda sdang mengandung, anda hanya perlu daftar @ subscribe mailing list untuk mendapatkan infor terkini mengenai kandungan anda, contohnya berapa berat baby, apa baby buat dalam perut, apa pula perubahan yang berlaku pada anda, tanda2 masalah pada kandungan dan sebagainya.. Email akan dihantar setiap minggu berserta dengan gambar, jadi anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang infor yang diberikan..  Dengan membaca sahaja, saya cukup teruja, dan dah dapat membayangkan tentang si kecil dalam perut saya pada waktu itu..

Bila menghampiri waktu bersalin, mereka akan menghantar artikel mengenai apa yang patut dilakukan apabila anda merasakan contraction,sewaktu bersalin i.e di dalam labour room, bersalin secara normal @ ceasarian, masalah2 semasa bersalin dan apa yang berlaku kepada anda dan bayi sejurus selepas bersalin..  Sekurang2nya, infor ini membuat anda bersedia tentang apa saja yang bakal berlaku..

Kemudian, bila si comel tu dah dilahirkan, kita dihidangkan juga dengan infor mengenai penjagaan bayi, berpantang, breastfeeding, imunisasi dan lain2 sehinggalah bayi tersebut membesar menjadi kanak2…

Pada masa yang sama, ada juga artikel mengenai perhubungan suami isteri dan tanggungjawab kita yang berubag menjadi ibu dan ayah.. Owh, memang bukan mudah menjadi isteri dan ibu pada masa yang sama, kerana anak dan ayah memerlukan perhatian dari kita.. Si ayah ada kalanya cemburu kerana perhatian ibu sudah lebih kepada anak, jadi di http://www.babycenter.com.my/ ada diutarakan perbincangan seperti ini.

Owh, jika anda sedang berusaha untuk mengandung, artikel2 yang berkenaan juga ada di sini..

Secara jujur, saya banyakkkkkkkkk belajar dari sini.. dan masih belajar dan merujuk ke http://www.babycenter.com.my/ sehingga ke hari ini.. ia satu laman web yang sangat berguna untuk mothers to be, fathers to be dan juga existing parents.. After all, life is all about learning, right? So jom, kita ke http://www.babycenter.com.my/ untuk memhami si kecil kita dengan lebih mendalam lagi 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

babycenter malaysia