Tag Archives: autumn in London

Autumn In Paris – Hotel Altona

Assallammualaikum wbt

Sekiranya anda mencari hotel di Paris dengan harga yang murah, dan anda tak kisah sangat tentang tilam yang empuk, tandas yang besar, dan bunyi yang agak bising, saya cadangkan Hotel Altona kepada anda.

Hotel Altona ni terletak within walking distance dari Gare Du Nord, tapi pastikan anda print direction ke Hotel Altona ni, sebab walaupun dekat, ia terlelak di lorong belakang, dan kalau sampai waku dah gelap macam kami masa tu, memang boleh sesat sekejap hehe.

Kami menginap dari 11/11/2015 – 14/11/2015.  Kos penginapan adalah RM1200 utk 5 hari, tak termasuk sarapan.

Saya buat bookng melalui Booking.com.  Anda juga boleh buat tempahan terus dengan Hotel Altona di sini.

Ok, saya ceritakan dulu KEBAIKAN Hotel Altona ni:

1) LOCATION – memang thorbaik! Dekat dengan metro, kat bawah Hotel ada kedai kebab halal, ada kedai runcit dan pemandangan dari balkoni hotel, memang awesome (kalau anda jenis suka bangunan lama macam saya la – boleh tengok gambar di bawah).  Kami jalan kaki je ke Sacre Caeur dari Hotel ni, dalam 1/2 jam kalau tak silap..

Ini saya ambil dari website mereka:

The Hotel Altona benefits from an exceptional location. A few minutes walk, and you have direct access to the Gare du Nord and the Gare de l’Est from where you can take the Eurostar or the Thallys.

The basilica at Sacré-Coeur in Montmartre and the Moulin Rouge are also accessible on foot/ The Metro Station Barbès-Rochechouart is 120 metres from the Hotel Altona, serving line 4 and 2 allowing you easy access to the main Parisian sites :

  • Eglise Notre Dame : Métro N° 4 – station Cité
  • Quartier Latin : Métro N° 4 – station Place Saint Michel
  • Quartier Saint-Germain : Métro N°4 – Station Odéon ou Saint-Germain
  • Champs Elysées et Arc de Triomphe : Métro N°2 – Station Charles de Gaulle Etoile
  • Basilique Sacré-Cœur : Métro N °2 – Station Anvers
  • Cimetière du Père-Lachaise : Métro N° 2 – Station Père-Lachaise
  • Marchés aux puces Saint-Ouen : Métro N° 4 – Porte de Clignancourt
  • Gare Montparnasse : Métro N° 4 – Station Montparnasse-Bienvenue
  • Gare du Nord : Metro N°4
  • Gare de l’Est : Metro N°4

Paris is at your feet!

Ni pulak gambar yang diambil dari balkoni Hotel Altona.. sangat la cantik..

Buildings in Paris - Hotel 2 Buildings in Paris - Hotel 3 Buildings in Paris - Hotel 4 Buildings in Paris - Hotel

Bayangkan, bangun pagi2, bukak balkoni, tengok bangunan yang indah macam ni, alahai, mmg awesome hehe

Ok, thats the good part of Hotel Altona..

Yang TAK BEST ialah –

1) Bilik tak berapa nak bersih, bau hapak.. Tilam dengan bantal pun ala2 je la haha.. Lampu ada yang rosak, dan tak ada cerek masak air.  Bilik kami siap ada cawan berkulat yang entah dari tahun berapa, atas almari.. Suami letak kat luar & mintak cleaner bawak turun.

Hotel Altona Triple Room 2 Hotel Altona Triple Room 3 Hotel Altona Triple Room 4 Hotel Altona Triple Room 5 Hotel Altona Triple Room

2)  Receptionist pagi & petang yang tak berapa nak friendly dan language barrier.  Receptionist malam sangat best, lelaki kulit hitam yang fasih berbahasa Inggeris & banyak tunjuk kami direction.

3)  Malam terakhir, ada nota dilekatkan di pintu kami, minta kami bayar pada malam itu juga sedangkan kami check out esok.  Kami turun bawah dan minta explanation dari receptionist, dia selamba menjawab – “A lot of people checking out tomorrow, so better pay tonight”.  Sakit hati jugak dengan jawapan dia, kami bayar malam tu jugak, dan Paris Attack juga berlaku pada malam yang sama..

So, secara keseluruhannya, Hotel Altona ni OK saja, mmg kami tak expect tinggi, sbb harga pun dalam RM400, tak boleh nak mengada2 nak hotel yang superb la kan? hehe.. Anda boleh baca dulu reviews di Booking.com tentang hotel ni, dan jangan tertipu dengan gambar2 di website mereka tu..

Ok, till next time, xoxo

Pelawat menemui web ini melalui carian:

Sedangkan Amsterdam

Bye-bye London, Bonjour Paris!

eifel-tower-3

Assallammualaikum wbt

Hati bercampur baur nak ke Paris, excited pun ada, takut pun ada.. macam2 bermain dalam fikiran sbb dari pembacaan saya, Parisian kebanyakkannya sombong2 belaka.. dan mereka enggan menolong @ bercakap dalam bahasa Inggeris dengan pelancong asing.. Tapi tawaqal aje la, yakin Allah akan menolong musafir seperti kami..

Kami telah menempah Eurostar ke paris pada 11/11/15. Tempahan dibuat secara online, dan kami gunakan staff rate yang suami dapat, dari London St Pancras ke Paris Gare Du Nord. Untuk 3 orang, jumlahnya ialah 92.5GBP, lebih kurang RM510.00.

Dalam email, kami dimaklumkan waktu perlepasan dan nombor tempat duduk. E-ticket boleh diprint dari rumah.

Departs: London St Pancras Intl at 14:31 on 11 Nov
Arrives: Paris Nord at 17:47
Train no: ES9032
Class: Standard

Tempahan melalui Eurostar boleh dibuat seawal 120 hari, lebih awal anda tempah, lebih murah.

Untuk memahami mengenai Eurostar dengan lebih baik, saya syorkan anda baca blog The Man in Seat 61. Blog ni memang sangat2 berinformasi, masa pergi Amsterdam dan Brussel pun saya guna informasi dari blog ni. Seronok sangat tengok beliau mengembara dengan train 🙂

Ok, berbalik kepada cerita saya, usai siap mengemas, kami menikmati pemandangan dari The Collanades untuk kesekian kalinya.. Entah bila dapat datang lagi kan..

the-collanades

Bye-bye London :(

Bye-bye London 🙁

Kami menaiki bas dari The Collanades ke station Paddington. Dari sana, kami naik train terus ke St Pancras. Tiket sehala ke St Pancras ialah 4.8GBP seorang, dalam RM20 jugak la..

Tiket dari Paddington ke St Pancras

Tiket dari Paddington ke St Pancras

paddington-station

Sampai di St Pancras, rakan saya Adila yang cantik jelita dah tunggu. Masa ni Dila further studies kat UK, Oyster card pun dia yang pinjamkan hehe.. Sempat lagi Dila belanja kami makan di Le Pain Quotidien.. Sedap betul waffle kat situ! Kata Dila, ni salah satu cafe kegemaran Kate Middleton

le-pain-quotidien-2

le-pain-quotidien

Lepas makan2 semua and big hugs for Dila, kami pun masuklah departure hall untuk Eurostar.. Tunggu saja announcement untuk menaiki train anda, no frills, mudah saja 🙂

eurostar-train

Eurostar akan membawa anda ke terowong dasar laut sepanjang 50.45km. Berikut petikan dari Wikepedia:-

“The Channel Tunnel (French: Le tunnel sous la Manche; also nicknamed and shortened to Chunnel) is a 50.45-kilometre (31.35 mi) rail tunnel linking Folkestone, Kent, in the United Kingdom, with Coquelles, Pas-de-Calais, near Calais in northern France, beneath the English Channel at the Strait of Dover”

Untuk informasi lanjut, boleh klik English Channel ni ye.

Jika anda seorang yang claustrophobic macam saya, mmg rasa “lemas” bila train masuk ke terowong. Rasa nak muntah, pening, tangan berpeluh, kaki berpeluh, semua ada.. huhu.. mmg berdoa cepat2lah keluar dari terowong ni.. Otak pun pikir macam2 sebab tau kita di bawah dasar laut kan.. Anak & suami boleh je tidur, tapi saya mmg terkebil2 sepanjang dalam terowong.. Allah aje la yang tau perasaan saya masa tu..

Bila nampak aje hujung terowong, mmg rasa lega, ALhamdullillah sangat2.. hehe

Kami sampai di Paris jam 530 petang, tapi sebab autumn, cuaca dah gelap macam pukul 8 malam. Kami bergegas keluar dari station untuk mencari hotel pulak.. Berhati2 ketika di station, ramai homeless yang akan pandang kita semacam je.. Pastu ramai juga pemandu teksi sapu yang akan ikut anda dan tanya mana anda nak pergi.. Just ignore @ senyum dan jalan je.

Paris Nord Train Station

Kami sudah menempah Altona Hotel, lebih kurang 20 minit perjalanan dari train station, tapi silap sebab tak print direction dari train station. Berpusing jugaklah mencari.. Alhamdulillah, jumpa, tapi kena jalan di lorong belakang.. Masa tu, bau hancing dan najis menyucuk2 lubang hidung.. Saya mmg dah rasa mual dan pikir – Is this really Paris? Pandang kiri kanan jalan, mmg kotor.. Rasa nak patah balik London je masa tu.. 🙁 Tapi kuatkan semangat, baru sikit je kan, maybe tempat lain bersih (nak sedapkan hati).

Usai check in, kami terus cari tempat makan.. Alhamdulillah, bawah Hotel Altona tu, ada kedai kebab. macam biasa, portion makanan kat kedai kebab mmg banyak, beli satu, boleh kongsi dua orang. Harga sepinggan dari 4-15E.

Lamb Grill Halal Food Paris

Halal Food Paris

Lepas makan, terus naik rehat. Nanti saya cerita pasal Hotel Altona ni ye..

Autumn in London – Tower of London & Tower Bridge

Assallammualaikum wbt

Happy New Year 2017!

Dah dua tahun dah cerita pi London ni tak habis2 haha!

Ok, Insya Allah, hari ni cerita penutup lawatan sepanjang ke London, sebab lepas tu kami menaiki Eurostar ke Paris pula.

Seperti yang saya ceritakan sebelum ni, kami buat kesilapan yang besar sebab pergi Harrods dulu.  Sepatutnya, pergi ke Tower Bridge dulu pada waktu pagi, kemudian barulah ke Harrods @ destinasi lain ye.

Kesilapan yang kedua, naik bas, so jalan jem yang amat! 🙁 Hampir sejam lebih dalam bas.  Namun, agak menarik kerana bas yang digunakan adalah bas yang antik, maka kami pun pujuklah hati dengan menikmati pemandangan dan details dalam bas tersebut.

Bus Antik ke Tower Bridge

Bus Antik ke Tower Bridge

around-tower-of-london

Bangunan di sekeliling Tower of London

Cuaca sudah agak gelap ketika kami tiba di Tower of London & Tower Bridge.  Maka kami pun bergegas nak ambil gambar Tower Bridge.  Macam biasa, tempat tumpuan pelancong kan, mmg sangat2 ramai orang, kena banyak bersabar dan cepat2 ambil gambar bila orang dah surut.

Untuk anda yang nak masuk ke Tower of London ni, berikut adalah admission fees:

Admission to Tower of London

Admission to Tower of London

#toweroflondon

Tower of London

Tower Bridge

Tower Bridge

the-shard-london

The Shard, the other side of London

london-bridge-2 london-bridge
the-other-side-of-london-2 the-other-side-of-london-3 the-other-side-of-london the-shard-london-2 the-shard-london-trip-2 the-shard-london-trip the-shard-london tower-of-london

london-tower

Tak banyak gambar yang dapat kami rakamkan sebab hari dah gelap 🙁

Mmg kecewa jugak la, tapi silap perancangan kami, so redha je la.. ada la hikmahNya kan hehe

So please keep this in mind, PERGI KE TOWER BRIDGE DAN TOWER OF LONDON PAGI2 SEBELUM KE TEMPAT LAIN.

NAIK TUBE KALAU NAK CEPAT SAMPAI.

Dengan lawatan ke Tower Bridge ni, maka berakhirlah kembara kami di London.

Kami naik bus juga utk balik ke rumah, bersiar2 dan makan di Bayswater sebelum balik utk packing ke Paris.. Memang rasa sedih, memang rasa tak puas, semoga ada rezeki lagi untuk menjejaki bumi London.. Amin <3 🙂

Autumn in London – Tempat-tempat Wajib Dilawati Di London

Assallammualaikum wbt

Hari ni saya nak share kawasan-kawasan yang wajib dikunjungi ketika bercuti ke London.. Semoga ia bermanfaat untuk anda menyusun perjalanan dan merancang masa lawatan anda ketika berada di sana.

London Attraction

tempat-wajib-lawat-di-london

Kawasan A tu landmark buildings utk London, kiranya tak complete lawatan kalau tak ke sana.. Saya syorkan anda spend setengah hari @ satu hari di sini kalau nak bergambar atau nak melawat semua tempat di sekitarnya.  Saya cuma habiskan setengah hari di sini untuk bergambar dan lepak2 .. Saya naik bus ke semua kawasan di atas, tube station tu adalah dari pembacaan saya.. So double check sebelum naik train ye.  Boleh check di sini

Kawasan B pun wajib pergi. Kalau naik bus, tolonglah pergi pagi2.. kami buat kesilapan sbb pergi petang dan naik bus, jem yang amat.. buang masa sejam tau 🙁  Kalau naik tube, tak jem la huhu

Kawasan C & D, optional, tu tempat shopping dan cuci2 mata saja,  Tapi kalau anda hantu shopping, ni jadi tempat wajib untuk anda la kan haha

Semoga posting ini bermanfaat untuk anda semua yang merancang percutian ke London 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

tip melancong ke belgium
Harrods

Autumn In London – Harrods of Knightsbridge

Assallammualaikum wbt

Harrods terkenal sebagai sebuah tempat membeli belah yang wajib dikunjungi di Kota London.  Saya mmg nak sangat ke Harrods ni sebab selalu tengok aje gambar bangunannya kan, teringin betul nak tengok bangunan ni dengan mata sendiri.

So, awal pagi kami mulakan dengan breakfast telur dan roti bakar aje.  Bila cuaca sejuk, kena pulak dengan roti bakar, mmg heaven la.. Makan apa pun jadik sedap bila cuaca sejuk dan perut lapar kan hehe..

Kami ke Harrods dengan menaiki bas.  Anda juga boleh menaiki tube untuk ke Harrods.

Saya syorkan anda refer kepada web rome2rio.com utk perjalanan, mudah dan anda boleh budget masa.. Berikut saya sertakan screen shot utk perjalanan dari Bayswater ke Knightsbridge.

bayswater-to-knightsbridge-by-bus

baywwater-to-knighstbridge

Kalau anda naik bus, bus akan berhenti betul2 depan Harrods.

Harrods Knightsbridge London Bus Station

Harrods Knightsbridge London Bus Station

Kalau naik tube pulak, kena jalan sikit.. tak jauh mana pun..

harrods-knightsbridge-london-tube-station-2 harrods-knightsbridge-london-tube-station-3 harrods-knightsbridge-london-tube-station

Stationnya pun cantik kan..

Bila dah sampai tu, mmg teruja la tengok Harrods.. Bukan nak shopping pun, cuma nak tengok Harrods depan mata haha..

Harrods

Harrods

harrods-knightsbridge-london-2

Bangunan di sekeliling Harrods ni pun cantik2 tau.. Masya Allah, macam mana la diorang ni buat bangunan dulu tanpa teknologi yang canggih kan?

knightsbridge-london-2 knightsbridge-london-3 knightsbridge-london-4 knightsbridge-london

Dah puas ambik dan tengok bangunan sekeliling, kami pun masuk window shopping.. pada yang mmg ada banyak duit tu, boleh la membeli belah barang2 berjenama kat sini.. kami tak belek harga pun, just masuk dan tengok2 je

kami cuma habiskan masa dalam setengah jam di toys section, melayan keterujaan anak saya tengok toys dan ambik gambar 🙂

harrods-knightsbridge-london-4 harrods-knightsbridge-london-5 harrods-knightsbridge-london-6 harrods-knightsbridge-london-7 harrods-knightsbridge-london-8 harrods-knightsbridge-london-9 harrods-knightsbridge-london-10

di luar Harrods ni, ada street perfomers.. time kami pi tu ada la seorang pemain bag pipe dan sorang lagi dok ukir anjing dari pasir.. nampak real anjingnya..

harrods-knightsbridge-london-12 harrods-knightsbridge-london-13

Dari sini, kami berjalan kaki ke Hyde Park untuk ke Tower Bridge, dan ini satu kesilapan besar untuk kami.. Nanti saya ceritakan kenapa ye..

xoxo