Tag Archives: anak yatim 2013

Misi Ramadhan/Syawal 1434H/2013 – KELANTAN (26-28JULAI)

Assallammualaikum para pembaca + rakan2 blogger yang budiman.. Paparan kali ini saya cut & paste terus dari blog Kak Elly, seorang kenalan yang begitu aktive dalam membantu golongan susah + daif.

Misi Kak Elly & kawan2nya adalah – Kami merupakan aktivis bebas yang memperjuangkan nasib anak yatim, anak2 terbiar, OKU, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, pelajar madrasah al-Quran & tahfiz. Tanpa mengira penat lelah & balasan sekadar mencari keredaan Allah dan bekalan di akhirat nanti.. 

Saya dah mengenali Kak Elly di alam maya lebih kuran 3 tahun dan saya yakin dengan keikhlasan & ketelusan Kak Elly dalam menjalankan misi beliau ini.. Gambar2 yang disertakan dalam setiap posting, cerita mengenai mereka + betapa susahnya mereka2 itu menghadapi hari2 mendatang memang sangat memilukan.. Anda boleh baca tentang perjuangan + pengalam Kak Elly membantu rakan2 yang memerlukan di sini – – http://eksekutifsuri.blogspot.com/

Bila baca blog Kak Elly ni, timbul keinsafan yang mendalam.. Kadang2 saya ni pun terlalai jugak, membazir makanan, membazir elektrik, beli barang2 yang just for fun, baju terlebih2, kasut terlebih2.. Orang2 yang di luar sana pulak semuanya serba kekurangan, baju pun ada 2 helai, rumah retak seribu, bocor sana sini, air bersih pun tak ada.. Jadi patutnya saya + anda semua bersyukur siang malam atas kelebihan nikmat yang kita miliki & berkongsi dengan orang2 yang sangat memerlukan..

Kadang2 kita segan nak bagi sebab takut orang tu rasa terhina dengan kekurangan mereka kan? Tapi Allah Maha Adil, diciptakan orang2 macam Kak Elly untuk memudahkan kita beramal + bantu membantu antara satu sama lain.. So apa tunggu lagik, jom kita sama2 membantu Kak Elly dalam perjuangannya.. Jangan dikira asal usul, warna kulit, negeri asal, loghat negeri dan sebagainya, sebab kita ini semuanya makhluk Allah, Allah jadikan kita berbagai2 rupa, dari serata negeri dengan tujuan untuk saling kenal-mengenali & membantu antara satu sama lain.. Apatah lagi sekarang ini bulan di mana semua amalan dilipat-gandakan, so jom buat amalan banyak2 untuk saham akhirat! Diharap rakan2 pembaca & bloggers semua dapat memanjangkan informasi ini kepada semua kenalan yang lain.. Jazakkallah, moga Allah memberkati usaha murni kita ini 🙂 Sayang anda semua banyak2! xoxo!

 

 

UPDATE: 23 JULAI  2013 

**Dana masih diperlukan untuk membeli pakaian raya anak2 yatim & miskin. sumbangan kuih raya juga masih belum diterima..Sokongan sahabat2 amat dialu2kan..

MISI:

1. MISI SEPASANG BAJU BARU DI AIDILFITRI

Shopping baju raya bersama anak2 yatim&miskin

Tarikh: 27 Julai 2013 (10am-12pm)
Tempat: Abask Trading, Rantau Panjang, Kelantan

Anggaran kos: RM100 x 50orang=RM5000
Jumlah yg diterima setakat ini: RM3940

2. MISI ZIARAH & SEDEKAH


Jom turun padang..Penyampaian sumbangan barang dapur/makanan

Tarikh: 26&28Julai 2013
Tempat: kampung2 sekitar Mukim Rantau Panjang & Pasir Mas

Anggaran kos: RM75 x 40 keluarga=RM3000


3. MISI BISKUT RAYA: SEBALANG KUIH PENGIKAT KASIH


Matlamat: mengumpulkan sebanyak mungkin kuih raya utk dihulurkan kepada fakir miskin. Semoga ada hidangan istimewa yang dapat menceriakan mereka di pagi raya..

Kepada sahabat yang berhajat utk sampaikan kuih raya boleh serahkan kpd sahabat2 Sanggar Suri mengikut kawasan2 terdekat :

FACEBOOK::

Elly Nizam (Bandar Sri Damansara/Kepong) Che’Pah Cutecakes (Bangi/Kajang) Eda Fairuz & Mohd Fairuz Yusak (Melaka), Nazlina Talib(Kuala Terengganu), Ainie Md Ruslan (Teluk Intan), Fidah Ahmad(Shah Alam)

Semoga Allah permudahkan usaha kita ini dan memberkatinya…amin