Tag Archives: Alhamdulillah

Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salam..

Assallammualaikum & Selamat Pagi Semua..

Sudah bersedia untuk bekerja pada hari ini?  Harap2nya minda & badan anda telah puas berehat pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu..

Ok, hari ini saya nak berkongsi 3 lagi Asmaul Husna buat panduan dan amalan kita seharian.

Kita mulakan dengan Al-Malik.  Al Malik ini bermakna Maha Merajai.  Sesiapa yang mengamalkan membaca Ya Malik pada bila-bila masa, maka dia akan mendapat penghormatan dan menerima layanan yang sewajarnya dari orang lain.. Seandainya anda mengamalkan Ya Malik sebanyak 121kali setiap hari, iaitu selepas terbit fajar dan setelah gelincir matahari, Insya Allah, Yang Maha Esa akan memberikan anda kekayaan atau pintu hati anda dibukakan kepada kebaikan.

 

Seterusnya ialah Al Quddus, yang membawa maksud, Maha Suci.  Sesunggunhya Allah itu Maha Suci yang tiada cacat cela dan kekurangan.  Fadhilat membaca Ya Quddus adalah seperti berikut:-

1)  Baca Ya Quddus sebanyak 100kali setiap hari, ketika matahari terbenam/tergelincir matahari, Insya-Allah, anda akan dibersihkan dari sifat sombong, rakus, dengki, iri hati, dendam & semua penyakit2 hati.

2)  Baca Ya Quddus sebanyak 1000kali sehari, Insya-Allah, anda akan diselamatkan dari malapetaka.

3)  Baca Ya Quddus sebanyak 100kali sehari, Insya-Allah, bebas dari apa bentuk kebimbangan.

 

Asmaul Husna ketiga yang ingin saya kongsikan bersama ialah As Salam. yang bemaksud Maha Menyelamatkan.  Allah Yang Maha Esa itu, sesunggunhya pemberi keamanan dan ketenteraman kepada semua makhlukNya. 

Jika anda membaca Ya Salamsebanyak 160 kali di hadapan orang yang berpenyakit, Insya Allah, penyakitnya akan sembuh selama belum sampai ajalnya, atau sekurang-kurangnya, Allah akan meringankan penyakit tersebut.

Kemudian, jika anda amalkan membaca “Salammun qaulan mirrabbirahim” sebanyak 28 kali setiap hari, di kala merebaknya sesuatu penyakit, Insya Allah, Allah akan menyelamatkan anda dari wabak tersebut.

 

Subahanallah… betapa mudahnya mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah dengan hanya berzikir dan mengamalkan nama-namaNya yang ternyata tekandung zat-zat dan fadhilat-fadhilat yang tersembunyi..

Ayuh semua, kita rebut peluang yang Allah berikan untuk makhluk-makhluknya yang beragama Islam.  Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Muslim, kerana sesungguhnya, kebaikan yang sebesar zarah pun akan dikira dan boleh menyelamatkan kita dari api neraka..

Subbahanallah, Alhamdulillah, Allah Huakbar!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

ya malik,arti ya salam,ya quddus,arti ya malik,maksud ya salam,Ya salam artinya,arti ya malik ya quddus,maksud ya malik,arti yassalam,arti yasalam,ya malik ya quddus,ya malikul quddus artinya,yassalam artinya,maksud ya quddus,arti kata yassalam,ya malikul quddus,ya qudus,makna ya quddus,ya malik ya quddus artinya,maksud ya malikul quddus,ya maliku ya quddus,makna ya salam,ya malik ya kudus ya salam,maksud al-quddus,arti dari ya salam,arti ya malikul kudus,maksud quddus,makna ya malikul quddus,ARti ya mali,arti ya quddus ya salam